Seorang Wartawan Melaporkan Qatar Merasuah 8 Pemain Ecuador Untuk Kalah 1-0

Seorang wartawan yang berpangkalah di Bahrain iaitu Amjad Taha  memuat naik berita tentang Qatar telah merasuah 8 pemain Ecuador untuk kalah dalam perlawanan pembukaan.

Amjad Taha menulis: “Eksklusif: Qatar merashuah 8 pemain Ecuador dengan nilai $7.4 juta untuk kalah dalam perlawanan pertama (1-0 gol separuh masa kedua).”

“5 sumber dari Qatar dan Ecuador mengesahkan berita ini.”

“Kita berharap laporan ini tidak benar.”

“Kita berharap dengan berkongsi tweet ini akan dapat mengekang hasilnya.”

“Satu dunia seharusnya menentang rasuah FIFA.”

Berita itu benar benar mengejutkan ramai peminat bola sepak. Malah ada yang menyatakan bahawa, pasukan tuan rumah biasanya tidak akan kalah dalam aksi pembukaan.

Berita tersebut cepat tersebar dan mendapat liputan di beberapa negara termasuk di UK, Belanda dan Amerika Syarikat.

Namun laporan itu disanggah oleh Marc Owen Jones, penerbit digital.

Dia menyatakan bahawa berita tersebut sebagai berita palsu.

Marc Owen menulis: “Amaran awal kepada sesiapa yang melihat berita tentang Qatar merasuah pemain Ecuador $7.4 juta untuk kalah perlawanan pembukaan.”

“Ianya bermula daripada sumber yang dikenali dengan berita tidak benar, juga sumber tunggal berita tersebut iaitu Amjad Taha.”

“Ianya sudah mendapat ribuan retweet.”

Dia turut memberikan beberapa contoh lain bagaimana Amjad Taha pernah melaporkan laporan palsu.

Antaranya adalah laporan tentang persaudaraan Muslim telah membunuh seorang aktivis UAE serta beberapa berita tidak sahih tentang Afghanistan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.