Sepakan Percuma Ikonik Beckham vs Greece Pada 2001

Dengan masa sudah mencecah minit ke 93, England ketinggalan 2-1 di Old Trafford di belakang Greece.

England memerlukan gol penyamaan, jika tidak, Jerman akan mengetuai Kumpulan 9 dan layak secara automatik dan England akan ke play off.

David Beckham banyak sekali sepakan percuma ikonik. Namun yang ini ada nilai yang berbeza.

Beckham melangkah penuh yakin walaupun dia mengakui agak gementar dan hampir memberikan sepakan itu kepada Sherringham yg meminta untuk melakukan tugasan itu.

Segala tekanan dan adrenalin mulai menguasai dirinya. Dan Beck cuba mengambil masa yang sesingkat mungkin untuk membuang tekanan itu, mengosongkan fikirannya.

Titik sepakan itu bukanlah titik kegemaran Beckham dan banyak kali freekick dari kawasan yg sedikit ke kanan itu gagal disempurnakan pakar sepakan percuma yg terkenal dengan in swinger/curler.

Namun Beckham mahu memberitahu Teddy, dia mengambilnya.

Adakah beliau mampu untuk menambah koleksi gol di hadapan Stretford End yg merupakan salah satu zon seksyen tempat duduk yg popular di Old Trafford.

Banyak kali penyokong Manchester United menyaksikan Goalkeeper ditewaskan Beckham daripada panorama Streford End. Kali ini ia lebih daripada misi individiu, ia misi negara.

Dengan hayunan inside boot dan postur badan yg pernah digunakan Adidas sebagai logo produk mereka, kapten England ini menjaringkan salah satu gol yang paling penting dan magis dalam sejarah England.

Satu sepakan deras yang cuma mampu dilihat sahaja oleh GK Greece. Letak lah sesiapa sahaja penjaga gol di situ, pasti reaksi yang sama akan terjadi.

ENGLAND VS GREECE WORLD CUP QUALIFIER 6.10.01..PIC JACK DAWES…ENGLANDS CAPTAIN DAVID BECKHAM CELEBRATES ENGLANDS SECOND GOAL

England seri 2-2 dengan pasukan yg menjadi fundamental Greece 3 tahun selepas itu untuk menjuarai Euro 2004.

Ia sekaligus menolak Jerman ke pusingan
play-off menentang pasukan giant killer Ukraine.

Skuad England di bawah Sven-Goran Eriksson mara ke Piala Dunia Jepun / Korea Selatan 2002.

Jom lihat kembali:

Power bukan?

I am A Pool Fan But Beckham is One of my fav Player. #LEGEND

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun