Seni Sepakan Percuma Messi Dengan Melengkok Buku Lali Ekstrim

Lionel Messi telah melaungkan masa yang sangat banyak di dalam kariernya untuk berlatih sepakan percuma.

Ini termasuk melatih badannya untuk berada dalam posisi yang sangat ekstrim dan dalam kedudukan membahayakan buku lalinya setiap kali melakukan sepakan percuma

Sepanjang kariernya Messi sudah menjaringkan 50 gol daripada sepakan percuma.

Antara sepakan percuma beliau yang diingati adalah ketika menewaskan penjaga gol terbaik dunia Alisson Becker.

Teknik sepakan percuma Messi

Selepas membuat kajian tentang Cristiano Ronaldo tempoh hari, Dr Rajpal Brar menjelaskan tentang sepakan percuma Lionel Messi.

https://axello.net/analisis-teknik-knuckleball-free-kick-cristiano-ronaldo/

Bercakap dalam podcast di Squawka, beliau menjelaskan:

“Setiap kali Messi merembat bola, beliau mengalihkan pinggulnya ke kanan. Dan dia berbuat begitu untuk membuka ruang kepada kaki kirinya merembat.”

“Dan apa yang dilakukan pada kaki yang berdiri dan ditanam / standing foot/ plant leg adalah mengalihkan semua berat badannya ke kaki luarnya.”

“Jadi apabila dia melakukan susulan dan merembat bola, kaki kirinya datang dari kiri ke kanan. Dan sekarang semuanya pergi ke arah luar buku lalinya, seperti mana keadaan kita sedang terpelecok buku lali.”

“Kita panggil ini sebagai ‘inversion sprain’ – apabila buku lali dipusing ke dalam – pada masa yang sama, kamu meletakkan seluruh tenaga di kaki luar buku lalu dan diputar masuk ke dalam.”

“Namun dalam kes Messi, beliau sudah melatih dirinya untuk memastikan badannya dapat mengawal pergerakan itu.”

Analisis Marca

Marca sebelum ini pernah menganalisis sepakan percuma Messi. Dan ianya sangat menarik.

Sudut bengkokan kaki Messi adalah pada 50 darjah. Ini bermakna beliau hampir menanam semua berat badannya di atas bootnya yang terpacak di atas padang sebelum merembat bola untuk memberikannya stabiliti luar biasa.

Kajian di University of Barcelona – menyatakan bahawa Messi menggunakan Magnus Effect untuk mengekalkan konsistensi dalam sepakan percuma beliau.

Di mana beliau sudah terbiasa dan mengawal gerakan badannya yang mampu mempengaruhi trajektori pada bola yang dirembat.

Malah sepakan percuma mesti dilakukan dalam keadaan beliau seperti seorang penari balet yang tunduk memberikan penghargaan kepada penonton selepas tamat persembahan.

Rumusan

Ianya adalah satu teknik yang dilatih dan dibiasakan dengan banyak oleh Lionel Messi.

Ini untuk memastikan badannya terbiasa dan mengelak daripada kecederaan.

Messi antara free kick tacker yang sangat berbahaya.

Beliau mampu menetapkan sasaran dan menujunya dengan lencongan serta kekuatan bola yang secukupnya.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai