Sepanyol Kalah Dengan 75% Possession, Rodri Anggap Taktikal Scotland Sampah

Rodri melabel taktikal dan gaya permainan bola sepak Scotland sebagai sampah. Ini selepas Scotland menang 2-0 ke atas Sepanyol hanya dengan 25% penguasan bola.

Sepanyol dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di tangan Scotland untuk aksi kelayakan Euro 2024 di Hampden Park.

Rodri menuduh Steve Clarke (pengurus Scotland) sebagai jurulatih yang mengarahkan pemain pemainnya agar kuat berlakon dan melengah lengahkan perlawanan.

Ini bukan pertama kali Rodri merasa sakit hati dengan taktikal lawan kerana merasakan bahawa pasukan Sepanyol berhak menang kerana bermain cantik.

Sebelum ini Rodri pernah membidas taktikal Maghribi yang menurutnya hanya bertahan dan menyerang balas tanpa melakukan apa apa.

Rodri: Maghribi Tak Buat Apa Pun, Bertahan Dan Counter Attack, Kami Berhak Mara

Scott McTominay menjadi wira kemenangan Scotland dengan mecetak kedua dua gol di setiap babak.

Memberikan kekalahan pertama buat Luis de la Fuente sejak dia mengambil alih daripada Luis Enrique.

Ini merupakan kekalahan pertama Sepanyol dalam aksi kelayakan Euro sejak Oktober 2014, ketika itu mereka tewas 1-2 di tangan Slovakia.

Dan ini juga kekalahan pertama La Roja dengan margin lebih daripada 1 gol sejak Euro 2016 di tangan Itali.

Sepanyol benar benar buntu untuk menembusi pertahanan Scotland yang bermain kental sekali di Glasgow.

Dengan beberapa siri perbalahan antara pemain berlaku sepanjang perlawanan.

Rodri menjadi kapten Sepanyol dalam aksi ini. Dia mewakili pemain pemain Sepanyol lain menyatakan bahawa Scotland bermain taktikal sampah.

Rodri dengan nada sinis berkata: “Itu dah cara mereka bermain, jadi kita kena hormat sahaja dengan cara mereka. Tetapi bagi saya, ianya agak sampah [untuk bermain dengan cara begitu].”

“Mereka sentiasa melengahkan perlawanan, mereka sentiasa memprovokasi kamu dan sentiasa terjatuh.”

“Bagi saya, ini bukan bola sepak. Pengadil pula tidak berkata apa apa, dan ianya sangat mengecewakan kerana kami mahukan kemenangan.”

“Ianya sukar kerana mereka sentiasa membuang masa. Mereka ada senjata mereka tersendiri, dan kami akan belajar selepas ini.”

“Kami mahu masuk ke padang dan bersedia memenangi pertarungan fizikal. Kami sentiasa berjuang. Kekalahan ini tiada kaitan dengan isu perjuangan. Ini semua kerana pemain melengahkan perlawanan. Dengan 4 atau 5 pemain tiba tiba terjatuh di atas padang. Situasi seperti ini yang berlaku.”

“Pasukan pasukan seperti ini sentiasa kuat secara fizikal. Namun kita harus menggunakan senjata kita tersendiri.”

“Kami bagus dengan bola di kaki dan menggerakkan bola dengan pantas. Hari ini kami melakukan banyak perkara positif. Cuma gagal menjaringkan gol sahaja.”

Kapten Scotland, Andy Robertson tidak bersetuju dan membidas pandangan Rodri.

Robertson malah menuduh Sepanyol yang awalnya banyak berlakon pada awal permainan untuk memenangi sepakan percuma. Robertson turut memuji rakan rakan sepasukannya yang berjaya memenangi banyak pertarungan fizikal dan memenangi perlawanan ini.

“Saya rasa, mereka [Sepanyol] yang terlalu mudah jatuh. Kami cuba memberitahu pengadil tentang perkara itu,” kata bek sisi Scotland itu.

“Kami sentiasa bersedia untuk bertempur secara fizikal dan mahu berada di depan muka mereka, memenangi cabaran dan memenangi bola dengan tandukan.”

“Rasanya hari ini kami berjaya melakukannya, dan saya tak rasa permainan kami hari ini melampaui batas.”

“Saya rasa, terutama sekali separuh masa pertama, mereka [pemnain pemnain Sepanyol] banyak berguling guling atas padang, dan agak berlebihan.”

“Mereka [Sepanyol] menggunakan pengalaman yang mereka ada untuk memastikan kami mendapat beberapa kad amaran.”

“Tetapi saya rasa kami sudah memenangi perjuangan ini dan membuatkan mereka rasa rimas.”

Baca yang lain