Perancis tersingkir di separuh akhir Euro 2024 selepas tewas di tangan Sepanyol pada aksi awal pagi waktu Malaysia.
Aksi kedua dua pasukan menjadi perhatian kerana kedua duanya adalah pasukan gergasi Eropah.
Perancis terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Randal Kolo Muani minit ke-8.
Tetapi Lamine Yamal telah menyamakan kedudukan pada minit ke-21. Menjadikan dia sebagai pemain paling muda pernah menjaringkan gol dalam sejarah pertandingan Euro.
Lamine Yamal yang sebelum ini sudah mencetak 3 assist – menjadi assist leader – telah berjaya menjaringkan gol. Dia melakukannya pada usianya baru 16 tahun.
🇪🇸 Lamine Yamal becomes the youngest scorer in EURO history 👏#EURO2024 | #ESPFRA pic.twitter.com/tp7lRJooxn
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 9, 2024
4 minit kemudian Dani Olmo memastikan Sepanyol di hadapan. Kounde cuba menghalang percubaan tersebut namun tidak berjaya melakukannya.
Perancis hampir dihukum dengan gol ketiga apabila Nico Williams melepasi perangkap ofsaid. Mujur Mike Maignan pantas melakukan sweeping – itu pun hampir sahaja dia berjaya diatasi Nico.
Perancis terus bergelut untuk mencari gol penyamaan. Kylian Mbappe sekali lagi gagal menjaringkan gol daripada permainan terbuka dalam Euro 2024.
Tamat perlawanan Sepanyol 2 Perancis 1. Skuad La Roja mara ke final selepas konsisten menunjukkan aksi cemerlang.
Taktikal kurang bermaya Perancis akhirnya tidak dapat membantu mereka untuk mara lebih jauh.
Selepas wisel penamat, Lamine Yamal menjerit di hadapan kamera: “Cakaplah sekarang.
Before Spain vs. France, Rabiot said Lamine Yamal needed to do more than he's done now.
After Spain beat France, Lamine Yamal said this to the camera 🥶 pic.twitter.com/S2DAXh6cq2
— ESPN FC (@ESPNFC) July 9, 2024
Ianya dipercayai ditujukan kepada Adrien Rabiot yang melabel pemain itu tak cukup bagus jika dia mahu bermain di final Euro 2024.
Lamine Yamal memberikan respon menerusi IG story dengan menyatakan: “Susun langkah dalam diam dan hanya bercakap apabila tiba masa untuk checkmate”.
Lamine Yamal on his Instagram story ahead of Spain vs. France 👀 pic.twitter.com/aepEJnN1kk
— ESPN FC (@ESPNFC) July 9, 2024
Lamine Yamal berjaya meraih anugerah pemain terbaik perlawanan separuh akhir Euro 2024 selepas prestasi cemerlangnya di atas padang. Terutama sekali kerana gol luar biasa yang dilakukannya ke atas Juara Dunia 2018, Perancis.
🚨🥇 UEFA Man of the Match for Spain vs France: Lamine Yamal. 🇪🇸 pic.twitter.com/QYohvMSN20
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 9, 2024
Sepanyol akan menunggu pemenang daripada aksi antara Belanda dan England yang akan dilangsungkan pada awal pagi esok waktu Malaysia.