Sepanyol Raja Eropah 2024! England Terus Kempunan

England bertemu dengan Sepanyol di dalam perlawanan akhir Euro 2024. Gareth Southgate dan England melangkah ke final untuk kali kedua berturut-turut dalam edisi Euro.

Sepanyol yang sebelum ini tidak begitu diberikan perhatian berbanding pasukan lain seperti England, Perancis atau Jerman telah berjaya membuktikan prestasi sebenar mereka.

Sepanyol tampil dengan aksi dominan pada separuh masa pertama. England pula lebih defensif dan cuba untuk menyerang balas Sepanyol.

Sepanyol beberapa kali berjaya menggerakkan bola sehingga ke sepertiga akhir padang. Tetapi kualiti hantaran mereka sangat teruk terutama sekali hantaran lintang Nico Williams. De La Fuente jelas sekali mengarahkan dua pemain sayapnya melakukan hantaran lintang kepada Alvaro Morata yang bertindak sebagai target man.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Pada separuh masa kedua Sepanyol di hadaan pada minit ke-47, hanya selepas dua minit aksi disambung semula.

Ianya selepas Nico Williams menerima bola di dalam kotak penalti dengan ruang sangat terbuka. Dia menewaskan Jordan Pickford dengan leretan tajam.

Peminat Sepanyol di tanah air mereka meraikan gol tersebut seperti gempa bumi.

Tidak lama selepas itu Alvaro Morata mempersiakan peluang satu lawan satu dengan Jordan Pickford.

Kemudian Gareth Southgate terpaksa mengeluarkan Harry Kane dan memasukkan Ollie Watkins, hero mereka pada aksi separuh akhir. Kane sebelum perlawanan dilaporkan bergelut untuk cergas secara optimum.

Lamine Yamal memiliki peluang terbaik pada minit ke-66 dan sekali lagi Jordan Pickford menjadi penghalang.

Kapten Alvaro Morata kemudian dikeluarkan pada minit ke-68 untuk Mikel Oyarzabal masuk beraksi.

Sepanyol berterusan mengasak ke kubu England dengan momentum mereka ada. Mereka tidak ada tanda tanda mengurangkan intensiti untuk bertahan walaupun sudah memiliki pendahuluan 1 gol.

Bintang Chelsea, Cole Palmer dibawa masuk untuk menggantikan Kobbe Mainoo pada minit ke-70.

Dan kita kira dua minit kemudian Cole Palmer terus mencetak gol penyamaan yang dicari cari oleh England. Ianya berpunca daripada serangan balas dari sebelah kanan. Saka menghantar bola kepada Bellingham yang kemudian melakukan lay off kepada Cole Palmer yang melepaskan rembatan deras menewaskan Unai Simon.

England mendapat motivasi daripada gol itu dan menyerang sekali lagi.

Namun kemudian Sepanyol kembali mendapatkan rentak mereka. Pada minit ke-83, satu gerakan cantik direncana oleh Nico Williams dan Dani Olmo yang mencipta peluang kepada Lamine Yamal tetapi rembatan pemain remaja sensasi itu ditepis Jordan Pickford.

Pemain gantian Mikel Oyarzabal membalas kepercayaan De La Fuente dengan meletakkan Sepanyol di hadapan pada minit ke-86 setelah dia menerima lorongan cantik di depan gawang. Kali ini Marc Cucurella membekalkan assist.

England memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan namun berjaya dikeluarkan pertahanan Sepanyol.

Tamat perlawanan Sepanyol menang 2-1 dan England terus kempunan Euro mereka. Dalam sejarah England tak pernah menang Euro. Dan kali terakhir bola sepak itu coming home adalah pasa 1966. Ketika mereka menang Piala Dunia.

Harry Kane terus gagal menjulang sebarang trofi dalam kariernya. Dan yang pasti Sepanyol adalah Raja Eropah 2024.

Sepanyol selayaknya menang kerana better team dalam perlawanan ini dan sepanjang kejohanan mereka menang kesemua 7 perlawanan mereka.