Sepanyol berjaya menyingkirkan tuan rumah, Jerman daripada suku akhir Euro 2024. Aksi kedua dua pasukan menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua gergasi eropah.
Kedua dua pasukan bermain sehingga 120 minit dalam aksi yang berlangsung di Stuttgart Arena.
Aksi kedua dua pasukan sengit dengan kedua duanya sangat seimbang dari segala aspek permainan.
Sepanyol melakukan ancaman seawal minit pertama apabila gerakan Nico Williams yang disambar Pedri. Pedri sekali lagi melakukan ancaman ke arah kubu Jerman tidak lama selepas itu sebelum dia dikeluarkan kerana kecederaan,
Dani Olmo dimasukkan pada minit ke-8 untuk menggantikan Pedri.
Tidak lama selepas itu Rudiger melakukan hadangan ke atas percubaan Alvaro Morata. Kai Havertz melakukan percubaan menerusi tandukan yang diselamatkan oleh Unai Simon.
Dan pada minit ke-35, Havertz sekali lagi melakukan ancaman ke arah gawang lawan tetapi Unai Simon menafikannya. 4 minit kemudian Manuel Neuer berjaya menyelamatkan percubaan oleh Marc Cucurella.
Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Pada separuh masa kedua, Nagelsmann membuat dua pertukaran, memasukan Florian Wirtz dan juga Andrich.
Minit ke-51, pemain gantian yang masuk menggantikan Pedri pada awal separuh masa pertama, Dani OImo menewaskan Manuel Neuer menerusi rembatan rendah yang cantik selepas menerima hantaran Lamine Yamal.
Kai Havertz memiliki peluang untuk menewaskan Unai Simon yang sudah terkeluar jauh daripada kedudukannya kerana kesilapan hantarannya. Tetapi chip daripada Havertz tinggi.
Havertz sekali lagi berpeluang menjaringkan gol daripada tandukan, namun tidak masuk.
Setelah berhempas pulas mendapatkan gol penyamaan, pemain gantian, Florian Wirtz meneruskan rentak cemerlangnya musim ini dengan gol cantik menewaskan Unai Simon pada minit ke-89, ketika aksi sebenar berbaki seminit.
Gol itu telah mengheret aksi ini ke masa ekstra 30 minit.
Pada masa kecederaan seorang lagi pemain gantian, Mikel Merino menjaringkan gol kemenangan buat Sepanyol pada minit ke-119.
Tamat perlawanan Jerman 1 Sepanyol 2. Pasukan Jerman terus gagal untuk mencipta kejayan di dalam pertandingan major yang memberikan tekanan berterusan kepada Julian Nagelsmann. Terutama sekali selepas tersingkir di suku akhir di hadapan penyokong sendiri.