Seperti UEFA, MFL Mansuh Kelebihan Gol Tempat Lawan Bermula Musim Ini

MFL mengumumkan bahawa badan pengendali Liga Malaysia itu telah mengubah peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan sesuai dengan perubahan di UEFA dan AFC.

Kelebihan gol tempat lawan merujuk kepada, nilai gol di tempat lawan akan dijadikan kiraan jika kedua dua pasukan terikat secara agregat dalam perlawanan timbal balik untuk peringkat kalah mati.

Jika masih tetap terikat selepas jumlah gol tempat lawan yang sama, barulah perlawanan diheret ke penentuan penalti.

UEFA bermula musim ini telah memansuhkan kelebihan gol tempat lawan ini dalam semua pertandingannya termasuk dalam Liga Juara Juara Eropah, Liga Negara Negara Eropah, Euro dan pertandingan yang lain.

AFC pula sudah memaklumkan bahawa mereka akan memansuhkan peraturan away goal bermula musim hadapan.

Jadi, MFL ternyata mengikut UEFA untuk memulakan pemansuhan peraturan gol tempat lawan bermula musim ini.

Oleh itu, MFL telah mengumumkan perubahan tersebut.

Dalam kenyataannya MFL berkata:

MFL MENYELARASKAN PERATURAN AWAY GOAL SELARI DENGAN PERUBAHAN UEFA DAN AFC

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah memansuhkan kelebihan jaringan di tempat lawan (Away Goal) dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa pada hari ini selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA.

“Berdasarkan Artikel 2.6.3(iv)(vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia di mana ia adalah peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati merangkumi peraturan Away Goal.

“Pada 24 Jun 2021, UEFA telah membuat keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim 2021/2022 sementara pada 1 Ogos 2022 pula, AFC telah memaklumkan keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim hadapan.

“Justeru MFL telah memutuskan untuk menyelaraskan peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA dengan memansuhkan peraturan kelebihan ‘away goal’ dalam kejohanan kalah mati di mana perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik, akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit.

“Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Ini bermakna pemansuhan peraturan tersebut akan berkuatkuasa dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober 2022.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan