Barcelona kini berada di dalam krisis. Ini apabila enam orang pengarahnya telah meletakkan jawatan bersama-sama.
Keenam-enam mereka ialah Emili Rousaud, Enrique Tombas, Silvio Elias, Josep Pont, Jordi Calsamiglia dan Maria Teixidor adalah mereka yang meletakkan jawatan mereka.
Mereka meletak jawatan kerana tidak yakin dan kecewa dengan Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu yang dituduh tidak cekap dan mengupah orang untuk menyerang pemain sendiri di media sosial.
Kepimpinan Bartomeu yang lemah ini dikhuatiri akan menyebabkan kelab terhumban ke dalam masalah yang lebih besar selepas krisis koronavirus.
Insiden Barcagate
Pada Februari lalu, pentadbiran Bartomeu dilaporkan mengupah satu firma khas untuk memburuk-burukkan dan menyerang pemaimn mereka di media sosial.
Jelas sekali, tindakan itu sukar untuk diterima, menurut mereka lagi.
Oleh kerana hilang kepercayaan kepada Josep Maria Bartomeu, mereka mendesak pemilihan presiden kelab yang baharu diadakan dengan serta merta, sebaik sahaja keadaan mengizinkan — ini kerana ketika ini Sepanyol sedang dalam perintah kuarantin.
Bersama dengan perletakan jawatan, mereka berenam turut melampirkan satu kenyataan media bersama.
Di mana mereka berkata, tindakan mereka itu diambil kerana sudah cukup, sudah sampai ke tahap yang sangat kecewa.
Surat mereka bertulis: “Kami sampai ke tahap ini kerana kami tidak boleh menukar cara kelab ini diuruskan ketika berhadapan dengan cabaran di masa akan datang, terutama sekali pasca era pandemik ini.”
All the details about the recent chaos in the FCBarcelona board.
✍️ @ElJuegoPosicion https://t.co/5nzBUCr3yt
— BarcaBuzz (@Barca_Buzz) April 10, 2020
“Kami juga ingin menunjukkan rasa tidak puas hati kami ke atas episod malang tentang perbalahan di media sosial yang digelar ‘Barcagate’, yang kami dapat tahu daripada media.”
Mereka juga meminta ahli lembaga pengarah yang lain untuk mengadakan pemilihan presiden baharu.
“Untuk yang terakhirnya, kami mencadangkan agar pemilihan presiden kelab yang baharu dilakukan segera, sebaik sahaja keadaan mengizinkan.”
“Ini untuk membolehkan kelab ini diuruskan dengan sebaik mungkin terutama sekali ketika berhadapan dengan cabaran di masa akan datang.”
6 board members resign as "Barcagate" rages onhttps://t.co/jmhbpiVbOh
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) April 10, 2020
“Tidak lupa juga, kami ingin menyatakan penghargaan khas kepada semua rakan seperjuangan kami di Board of Directors – yang selama ini memberikan usaha dan dedikasi terbaik untuk kelab yang kita sayangi.”
Barcelona sudah menerima surat perletakan jawatan enam board tersebut. Dan Barcelona kecewa dengan tuduhan tak berasas dilemparkan kepada Presiden kelab.
Ini kerana menurut Barcelona, Josep Maria Bartomeu memang sedang dalam penstrukturan semula hierarki pengurusan beliau untuk behadapan dengan cabaran yang sedia ada ketika covid-19.
Barcelona juga bakal mengambil tindakan perundangan kepada Emili Rousaud yang dituduh mengeluarkan kenyataan berniat jahat kepada media Sepanyol tentang presiden kelab.
Josep Maria Bartomeu menjadi Presiden Barcelona FC sejak 2014. Dan sejak kebelakangan ini kerap berhadapan dengan kritikan dan kecaman dari pelbagai pihak termasuk penyokong Barcelona sendiri.