Sergio Aguero Bakal Kembali Dengan Lebih Kuat Dari Sebelumnya

Manchester City agak bermasalah apabila 2 penyerang mereka cedera dalam tempoh yang sama bermula awal musim ini.

Jesus cedera seawal GW1 ketika Aguero masih berada dalam senarai kecederaan.
Guardiola terpaksa menggunakan Riyad Mahrez, Raheem Sterling dan Ferran Torres bagi mengisi posisi center foward sepanjang ketiadaaan Aguero dan Jesus.

SERGIO AGUERO

Pep Guardiola berkata ‘mengurus’ kecederaan Sergio Aguero dengan berhati-hati mampu memberi ‘pulangan’ baik.

Pemain Argentina ini dilaporkan sudah berada dalam kecergasan baik dan boleh digunakan ketika bertemu Burnley minggu ini.

Pemegang rekod -penjaring gol terbanyak Manchester City- itu hanya bermain 190 minit dalam tempoh 5 bulan lepas dan akan dimasukan ke kesebelasan secara perlahan-lahan.

Gabriel Jesus sebelum ini telah kembali dan situasi itu tidak memerlukan Aguero digunakan secara terburu-buru.

Guardiola dilihat lebih berminat untuk mengembalikan prestasi terbaik dari Aguero apabila dia kembali menjadi pilihan utama nanti.

“Aguero telah melakukan segalanya untuk berada ditahap (kecergasan) terbaik tetapi dia menghadapi kecederaan jangka masa panjang.”

“Dia berusia 32 tahun dan memerlukan masa. Dia akan berlatih dengan baik, mendapat minit (permainan) dan setiap minggu akan menjadi lebih baik.”

“Kami menyediakannya sesi latihan yang diperlukan melalui jadual spesifik. Kami masih mempunyai 7 bulan (liga) lagi.”

“Banyak perlawanan untuk dimainkan dan tentu saja kami memerlukannya.”

“Pada saat penting dia akan berada disana. Vincent sentiasa penting apabila dia bermain, Aguero juga sama.”

“Tetapi dia tersisih agak lama dan lebih memerlukan masa, lebih latihan, lebih minit permainan di tahap tertinggi.”

“Minggu demi minggu dan jika dia tidak cedera setiap minggu akan menjadi lebih baik.”

“Hakikatnya dia akan kembali menjadi lebih baik dari sebelumnya.”

JOHN STONES

Pep Guardiola juga memuji aksi John Stones dan menarik minatnya ketika menentang Olympiakos pada pertengahan minggu.

Guardiola mengatakan peningkatan persaingan tempat di posisi pertahanan tengah telah mengeluarkan sesuatu yang terbaik dari Stones.

Dia juga berkata pemain pertahanan itu akan mempunyai lebih peluang untuk terus memikatnya.

“Pemain yang bermain baik akan terus bermain.” kata Guardiola

“Saya menilai pemain dengan apa yang mereka lakukan sekarang. John (Stones) dan Ruben (Dias) bermain dengan baik pada pertengahan minggu lepas.”

“Saya gembira untuk John. Dia merupakan orang istimewa bagu saya.”

“Dia tiba disini bersama saya, mengalami kecederaan, mempunyai masalah peribadi tetapu semuanya dapat diselesaikan sekali lagi.”

“Dia akan mendapat peluang untuk mempamerkan kualitinya dalam pasukan ini.”

“Apabila dia bermain baik, dia akan terus mendapat peluang untuk kekal berada di atas padang.”

John Stones mula diberi minit permainan terutamanya di pertandingan Liga Juara-Juara.

Dia tampil dalam kesemua 4 dan 2 perlawanan terakhirnya sebagai pemain kesebelasan utama.

Manchester City menjadi 5 pasukan terawal layak ke pusingan 16 bersama Chelsea, Barcelona, Sevilla dan Bayern Munich.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.