Sergio Aguero: Di England, Semua Media Dan Pundit Sokong Manchester United

Sergio Aguero  membuat satu dakwaan pelik dengan menuduh ‘semua saluran TV dan wartawan’ di England menyokong Red Devils.

Aguero diminta mengulas semula tentang gol dramatiknya ketika membantu Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2012.

Sergio Aguero menyebut kenyataan pelik tentang United menerusi saluran Twitchnya.

Aguero ketika itu sedang menonton klip golnya yang terkenal dalam kemenangan 3-2 City ke atas QPR pada 2012, yang memberikan kelab itu gelaran Liga Perdana pertama mereka dengan menewaskan United pada saat akhir.

Aguero menggambarkan ianya satu kepuasan kerana menewaskan pasukan Manchester United yang dilabelnya sebagai kesayangan media atau media darling di England.

Aguero tiba tiba berkata: “Orang ramai, dan anda semua tidak tahu bagaimana keadaan di England,” kata bekas pemain antarabangsa Argentina itu.

“Di England, semua orang, semua wartawan, semua saluran TV, semua orang lah, mereka semua penyokong Manchester United. Semua orang!”

United sentiasa disokong / back up dengan sangat baik oleh media serta pundit dalam liputan TV bola sepak di England kerana pundit dan hos pun ramai bekas bintang mereka yang sudah bersara.

Misalnya, Gary Neville ialah salah seorang penganalisis terbaik di Sky Sports, manakala studio BT Sport selalunya menyertakan sekurang-kurangnya seorang bekas pemain Setan Merah – terutamanya Rio Ferdinand – apabila perlawanan Liga Perdana ditayangkan di saluran itu.

Roy Keane, Paul Scholes dan Owen Hargreaves juga tetap berada di studio. Begitu juga dengan Michael Owen yang turut merupakan bekas pemain Manchester United.

Micah Richards, bekas rakan sepasukan  Aguero, adalah satu-satunya bekas pemain City yang bekerja di media, walaupun legenda Arsenal Lee Dixon – merupakan seorang lagi pengulas di ITV yang pernah mengakui dia adalah peminat Manchester City.

Ramai juga yang kurang bersetuju dengan Aguero. Kerana pundit bekas pemain Manchester United sendiri antara yang paling lantang membantai Manchester United secara terbuka. Terutama sekali Paul Scholes dan Roy Keane.

Malah peminat United seringkali menganggap legenda mereka itu kadangkala melampaui batas dalam ulasan mereka tentang United dan seringkali memuji kelab seperti Manchester City dan Liverpool.

Seolah olah ada sahaja yang tak kena di mata Keane dan Scholes pada United. Rio Ferdinand juga seringkali mengkritik Man United secara terbuka dan pernah meminta Man United belajar dari Liverpool.

Begitu juga dengan Gary Neville. Walaupun dia dikenali sebagai fanatik Manchester United tetapi ulasannya seringkali dianggap sangat atas pagar dan dianggap sebagai salah seorang pundit terbaik bersama sama dengan Jami Carragher apabila tiba ke ulasan taktikal.

Aguero yang hebat

Aguero memenangi lima kejuaraan Liga Perdana sepanjang karier yang berjaya di Manchester City. Aguero, yang terpaksa bersara daripada bola sepak pada usia 33 tahun pada Disember kerana masalah jantung. Dia berada di tempat keempat dalam senarai penjaring gol sepanjang masa Liga Perdana Inggeris.

Dia menjaringkan 184 gol dalam 275 penampilan untuk City dan memenangi lima kejuaraan liga di Etihad sebelum meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu.

Aguero antara salah seorang penyerang terbaik dalam generasinya. Telah menjadi pencetak gol yang luar biasa tempoh 10 tahun kariernya.

Walaupun memulakan kariernya dengan Atletico, nama Aguero sangat signifikan dengan Manchester City, kerana beliau merupakan penyerang yang melengkapkan era baharu Manchester City di bawah pemilikan Arab.

Ketajaman Aguero memberikan kejayaan EPL pertama City di bawah pemilikan Sheikh Mansour. Detik AguerOOoooOOOO! memang akan sentiasa diingati selalu.

 

Aguero legenda yang terpaksa bersara awal

Aguero musim ini menyertai Barcelona secara percuma. Namun hasratnya untuk beraksi lebih lama bersama Barcelona tidak kesampaian.

Musim panas ini, Aguero mencuba nasib baharu dalam kariernya. Dia memutuskan untuk berpindah ke Barcelona untuk sekali lagi mencuba kerasnya La Liga.

Sebelum ini, dunia dikejutkan oleh insiden Aguero terpaksa dikeluarkan selepas 40 minit aksi antara Barcelona dan Alaves. Aguero mengalami sesak nafas. Dan kemudian disahkan ada masalah kadar degupan jantungnya.

Aguero dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad untuk dua malam. Kemudian, Aguero diminta untuk berehat daripada aktiviti berintensiti tinggi seperti bermain bola sepak profesional selama 3 bulan.

Barca mengeluarkan kenyataan sehari selepas kejadian itu, mendedahkan bahawa Aguero sah akan diketepikan untuk beberapa bulan. Dan proses pemulihan dalam masa tiga bulan ini sangat penting untuk Aguero.

Doktor yang merawatnya, Dr. Josep Brugada dikatakan sudah memberikan laporan perubatan kepada Aguero. Dan beliau menyarankan agar Aguero bersara daripada bola sepak. Aguero akhirnya akur dan bersara daripada bola sepak.