Sergio Romero Berminat Sertai Marcelo Bielsa Di Leeds

Penjaga gol kedua Manchester United, Sergio Romero dilaporkan mempertimbangkan untuk angkat kaki daripada jawatan sebagai timbalan / deputy di Old Trafford.

Ini selepas beliau merasakan memang tak ada peluang untuk menjadi no.1 di kelab itu.

Walaupun De Gea banyak melakukan kesilapan dalam beberapa musim ini, Romero masih bukan pilihan utama.

Romero menyertai Man United pada 2015 dari Sampdoria dan telah bertindak sebagai back up yang kuat untuk De Gea sejak itu.

Memang, Setan Merah sering memberikannya masa permainan dalam pertandingan piala.

Musim ini, Sergi Romero telah muncul dalam semua tujuh perlawanan Liga Europa di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan total 15 kali kesemua aksi beliau musim ini.

Lima lagi penampilan beliau hadir dari Piala FA.

Menurut Metro.co.uk, Romero awalnya diletakkan sebagai calon utama untuk bermain dalam aksi separuh akhir Piala FA menentang Chelsea.

Namun Ole Gunnar Solskjaer menukar pilihan tersebut menjelang hari perlawanan.

Metro turut melaporkan Romero agak kecewa dengan keputusan itu. Selepas beliau menunjukkan aksi cemerlang sebelum ini.

Dengan prestasi Dean Henderson yang cemerlang dan mungkin akan dipanggil menguatkan pasukan.

Namun Ole Gunnar Solskjaer masih percayakan David De Gea sebagai no.1 malah melabel penjaga gol itu masih terbaik di dunia ketika ini.

Solskjaer memberikan gambaran bahawa Dean Henderson akan dipinjamkan ke kelab lain sekali lagi musim hadapan.

Ini bermaksud Romero akan kekal menjadi nombor 2.

Romero begitu, penjaga gol kebangsaan Argentina itu sudah bersedia untuk meninggalkan Man United.

Marcelo Bielsa antara pengurus yang mahukan Sergio Romero. Di mana Bielsa menawarkan tempat sebagai penjaga gol utama kepada Romero.

Marcelo Bielsa yang juga sama dari Argentina, mahu menguatkan pasukannya dengan Romero.

Ianya mungkin bukan berita yang digemari penyokong United dengan mengambil kira permusuhan di antara Leeds dan United.

Pemilik Leeds, Andrea Radrizzani telah mengesahkan bahawa kelab akan berbelanja sebesar yang mereka mampu untuk memastikan Leeds dapat bersaing di Liga Perdana Inggeris.

United meletakkan tanda harga sekitar £4 juta untuk Romero. Pemain berusia 33 tahun itu juga menarik minat daripada banyak kelab lain di Eropah.

Antaranya adalah Everton yang turut mengintai khidmat Sergio Romero.