Serie A Larang Eriksen Beraksi Dengan Bantuan ICD Defibrillator

Seorang wakil dari Serie A memberitahu kepada umum bahawa Lega Serie A buat masa ini tidak membenarkan Christian Eriksen untuk beraksi dalam liga mereka.

Ini kerana pemain itu masih lagi menggunakan defibrillator sebagai langkah berjaga jaga selepas terkena serangan jantung ketika aksi Euro 2020.

Pemain tersebut masih lagi bersama dengan Inter Milan. Namun Serie A memberitahu bahawa, Eriksen mungkin harus menerima kenyataan pahit bahawa pihak pengurusan liga tersebut tidak bersedia untuk memberikannya pelepasan untuk bermain.

Liga bola sepak profesional sangat tinggi risikonya untuk Eriksen. Di mana ia menuntut pemain menggunakan jantung mereka dengan intensif ketika aksi di atas padang.

Inter Milan ketika ini masih belum memberikan sebarang komen sama ada Eriksen akan mampu untuk bermain di tahap tertinggi. Ini kerana pemain itu masih berehat selepas aksi Euro.

Eriksen dilaporkan menggunakan defibrillator yang diimplan di dalam jantungnya bagi membantu dia merangsang denyutan jantungnya sepanjang masa.

Alat itu dikenali sebagai cardioverter defibrillator (ICD). Eriksen sudah pun menjalani pembedahan untuk memasang alatan tersebut.

Ianya sebesar kotak mancis dan dipasang pada tulang selangka manusia. Ia akan memantau aktiviti jantung dan mengesan jika ada kadar denyutan jantung yang tidak normal lalu membantu untuk menstabilkannya.

Sebab itu ianya dipanggil heart starter device ataupun peranti untuk menghidupkan jantung.

Itali larang atlet dengan bantuan defibrillator

Seterusnya, dalam peraturan sukan profesional di Itali, mana mana atlet yang mendapat bantuan defibrillator, mereka tidak dibenarkan untuk bertanding.

Protokol di Itali ini sangat ketat berbanding dengan beberapa negara Eropah yang lain, di mana atlet yang menggunakan defibrillatormasih dibenarkan bertanding.

Bekas pemain KV Kortijk dan KV Machelen, Anthony Van Loo dibenarkan beraksi di Liga Belgium dengan bantuan defibrillator. Di mana pemain itub dilaporkan diselamatkan oleh defribillator sebanyak 3 kali di atas padang.

Seterusnya, pemain Ajax, Daley Blind juga masih menggunakan alat bantuan defibrillator yang dipasang di dalam badannya, namun dia masih dibenarkan beraksi di Ererdivisie malah mewakili negaranya di peringkat antarabangsa.

Tetapi pernah terjadi detik ngeri di mana defibrillator tersebut gagal berfungsi dan membuatkan pemain itu segera dikejarkan ke hospital.

Francesco Braconaro berkata kepada Radio Kiss Kiss: “Eriksen tak akan dibenarkan bermain di Itali. Kecuali dia membuktikan bahawa dia tidak menggunakan defibrillator lagi sebagai alat sokongan.”

“Dan perkara ini perlu mendapat pengesahan daripada pakar perubatan. Di mana mereka akan menilai sama ada Eriksen boleh mengatasi masalah tersebut tanpa defibrillator lagi.”

“Jika semua proses ini lulus, barulah dia boleh beraksi dengan Inter sekali lagi.”

Serie A sangat tegas soal jantung ini. Lebih lebih lagi bekas kapten Fiorentina, Davide Astori meninggal dunia kerana serangan jantung di hotel selepas pegawai perubatan Fiorentina tidak menilai sebaiknya kondisi kecergasan pemain itu.

Pengurus Inter, Simone Inzaghi buat masa ini enggan mengulas apa apa tentang Eriksen kerana menghormati ruang dan masa pemain itu untuk pulih sepenuhnya.

“Saya belum bercakap lagi dengan beliau selepas insiden itu. Namun Eriksen akan diberikan banyak masa untuk dia kembali. Kelab ini akan membantunya untuk pulih dengan sedaya upaya kami.”

“Dia perlu berehat sekarang. Dan kami di sini menunggunya dengan tangan terbuka.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan