Serious Men: Kisah Budak Genius Yang Sebenarnya Tidak Genius

Serious Men merupakan filem Hindi bergenre satira komedi diarahkan oleh Sudhir Mishra. Filem ini adalah adaptasi daripada buku dengan judul sama hasil tulisan Manu Joseph.

Filem ini mulai ditayangkan di Netflix pada 2 Oktober 2020 yang lalu. Mengisahkan Ayyan Mani, lelaki pertengahan usia bekerja sebagai pegawai sokongan kepada angkasawan di National Institute of Fundamental Research di Mumbai.

Ayyan telah mencipta satu kisah luar biasa bahawa anaknya berusia 10 tahun adalah seorang genius sehingga dia sendiri sukar untuk mengawal keadaan. Berikut senarai pelakon filem ini:

  • Nawazuddin Siddiqui sebagai Ayyan Mani
  • Indira Tiwari sebagai Oja Mani
  • Aakshath Das sebagai Adi Mani
  • Nassar sebagai Dr Arvind Acharya
  • Sanjay Narvekar sebagai Keshav Dhavre
  • Shweta Basu Prasad sebagai Anuja Dhavre
  • Vidhi Chitalia sebagai Oparna
  • Pathy Aiyar sebagai Udayan
  • Sameer Khakhar sebagai Ganesh Tawde
  • Uday Mahesh sebagai Dr. Namboodri
  • Manu Joseph (Cameo)

Ulasan

Aku baru tengok movie ni kat netflix dan tak sempat nak habis lagi tapi aku teruja nak suggest kat hampa untuk tengok sekali.

Nota editor: Penulis merupakan orang Utagha, jadi ada beberapa perkataan Utara dikekalkan demi keaslian

Seriously memang best cerita ni. Dia mengisahkan Ayyan Mani ni kalau tak silap aku dia kerja ngan politician yang banyak terlibat dengan project sains. Lepas tu bini dia lahirkan anak pertama depa yang nama Ady Mani.

 

Awal tu Ayyan bawak anak dia nak masuk sekolah yang elok sebab dia nak anak dia jadi orang-orang yang hebat masa besar nanti.
Awal tu susah jugak dia nak dapatkan tempat untuk anak dia tu sebab depa dari golongan kasta rendah.

Si Ayyan rasa macam terhina sebab komuniti kat situ masih memandang kasta so dia nak ubah supaya orang yang dari kasta rendah pun akan dapat layanan yang elok berdasarkan merit.

Tiba-tiba dalam sekolah tu dan area kawasan penempatan depa semua mula agung-agungkan Ady sebab Ady ni ada otak yang cerdik macam Einstein walaupun masih kecik. Kiranya Ady ni genius la.
Dah half movie ni berjalan baru tau rupa-rupanya Ady ni bukan betul genius pun cuma bapak dia si Ayyan yang bagi quotes sains yang power-power untuk Ady ni hafal.

Orang tanya benda yang dia taktau jawap dia terus spin ke quotes sains so orang nampak macam dia cerdik sebab orang tak faham apa yang dia cakap.

Baik punya scam. Dia punya power tu sampai Obama pun follow dia dekat insta.

Kalau hampa suka movie Parasite for sure hampa mesti suka jugak dengan movie ni.

Dah aku nak sambung tengok apa yang jadi kat si Ady ngan bapak dia ni.

Kredit: Bvrd Ortega – Peminat tegar Janna Nick dan BTS

Baca yang lain