‘Seriusla? Kau Ingat Mbappe Nak Datang Liverpool?’

Ibrahima Konate memberikan jawapan yang pantas dan menarik apabila ditanya sama ada Liverpool akan menandatangani Kylian Mbappe berikutan keputusan pemain itu mahu meninggalkan PSG.

Mbappe akan meninggalkan PSG pada penghujung musim sebaik sahaja kontraknya tamat, setelah memaklumkan keputusannya kepada presiden kelab Nasser Al-Khelaifi.

Real Madrid masih dilihat destinasi baharu Mbappe. Namun ada beberapa kelab lain turut dikaitkan dengan pemain tersebut.

Liverpool juga tiba tiba dikaitkan kerana ibu Mbappe merupakan peminat Mbappe.

Namun faktor itu tidak cukup kuat untuk menyokong hujah bahawa Mbappe akan datang ke Anfield.

Pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate malah rasa soalan itu agak kelakar.

Selepas kemenangan 4-1 ke atas Brentford pada hari Sabtu, Konate ditanya tentang situasi rakan senegaranya.

Ditanya sama ada pemain berusia 25 tahun itu akan menyertai pasukan Liga Perdana, dia menjawab: “Sejujurnya adakah anda benar-benar fikir dia akan datang ke Liverpool?

“Kami tidak memikirkannya langsung, dan kita semua dah tahu dia akan pergi ke mana,” tambah pemain pertahanan itu sambil ketawa sambil berkongsi pandangannya.

Konate nampaknya merujuk kepada Real Madrid, yang merupakan pendahulu persaingan untuk memperoleh perkhidmatan mewah Mbappe pada musim panas ini.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp turut ditanya mengenai Mbappe walaupun dia akan meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini.

Klopp tidak berminat menjawabnya kali ini. Beberapa bulan lalu, Klopp berkata, dia cuma akan dapat Mbappe jika ada orang cuba buat kejutan luar biasa kepadanya. Kerana dia jarang dapat kejutan sebagai pengurus bola sepak.

Yang pasti ketika itu Klopp menafikan laporan bahawa Liverpool berminat mendapatkan Mbappe. Dan kali ini Klopp berkata dia tidak mahu memberikan komen kerana dia sudah tidak terlibat dalam urusan seperti itu di Liverpool.

Klopp akan meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini.

Mbappe masih berunding dengan Real Madrid untuk menyertai kelab itu. Sebelum ini Mbappe dikatakan sedia mempertimbangkan tawaran lain selain Madrid. Ini selepas dia kurang berpuas hati dengan tawaran gaji yang dibentangkan kepadanya.

Namun Florentino Perez benar benar yakin pemain itu akan datang ke Madrid. Dengan kelab masih dalam rundingan dengan Mbappe.