Setiap Rabu Jam 3.30 Petang Wanita Kelihatan Lebih Tua Dan Hodoh

Ini merupakan satu berita buruk kepada para wanita di luar sana kerana satu kajian telah dijalankan oleh seorang pakar kulit dari St. Tropez, Nichola Joss pada tahun 2013 telah mendapati bahawa wanita akan kelihatan lebih tua dan hodoh pada setiap hari Rabu jam 3.30 petang.

Nichola Joss merupakan salah seorang Pakar Terapi Kulit yang terbaik dan terkenal di seantero dunia. Scarlett Johansson, Hilary Swank, Gisele Bundchen dan Gwyneth Paltrow merupakan antara individu yang menggunakan khidmat beliau.

Kajian ini telah dijalankan dalam satu tinjauan yang melibatkan beberapa orang wanita British pada tahun 2013.

Ini adalah kerana kesan kemuncak daripada tekanan kerja dan kesan daripada berjaga sehingga lewat malam pada hujung minggu. Memetik dari sumber The Telegraph Nicola Joss telah berkata :

“Penemuan ini satu perkara yang menarik kerana pada hari Rabu jam 3.30 petang adalah masa untuk para wanita meihat diri mereka lebih tua daripada biasa. Tekanan kerja yang memuncak di waktu tengahari pada hari rabu yang menyebabkan wanita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.”

Kajian yang dijalankan oleh Syarikat St Tropez ini, menyatakan bahawa dua pertiga daripada wanita mengalami situasi kurang bertenaga pada waktu tengahari setiap rabu.

Ada 3 faktor utama yang menyebabkan kejadian ini terjadi dan untuk para wanita diluar sana jangan risau jika 3 faktor utama ini tiada dalam rutin hidup anda.

1. Tabiat Minum Minuman Keras

Nicola Joss menyatakan situasi ini boleh terjadi kesan daripada berparti dan minum minuman keras sehigga mabuk pada hujung minggu. Ini kerana dari kajian tersebut di ketahui bahawa hampir separuh (46 peratus) daripada wanita yang terlibat dalam kajian ini gemar untuk minum sehingga mabuk pada hujung minggu.

Beliau menambah, aktiviti yang tidak sihat pada hujung minggu mengambil masa beberapa hari untuk menunjukkan kesannya.

Hindarkan

Badan memerlukan masa sehingga 72 jam untuk memproses kandungan gula dan toksin dalam minuman keras sekaligus proses ini memberi tekanan kepada badan.

Hasilnya hari rabu merupakan hari kesan itu berlaku.

2. Tidur Yang Tidak Berkualiti

Kajian ini juga mendapati bahawa Isnin malam kebanyakkan wanita mengalami tidur malam yang teruk. Tidur yang tidak cukup memberi kesan yang buruk kepada kulit kerana ia mengambil masa sehingga 48 jam untuk memberi kesan kepada kulit muka.

Tidak mendapat tidur yang tidak berkualiti juga boleh memberi tekanan kepada individu.

“Penting bagi seorang wanita untuk mendapatkan tidur yang cukup iaitu selama 7-8 jam setiap malam, ini kerana tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kulit wanita akan kelihatan lebih tua.”

Dapatkan tidur yang berkualiti

“Tidur yang kurang menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dan tidur yang lebih menyebabkan muka kelihatan sembab atau bengkak.”

Kalau tidur kurang bukan wanita je, lelaki pun nampak hodoh.

3. Tidak Mencuci Muka

Nichola Joss juga menasihati para wanita diluar sana mencuci wajah mereka setiap hari walaupun tidak mengenakan solekan pada wajah mereka. Mandi dengan cuci muka ni perkara berbeza ke?

Kajian ini juga mendedahkan seorang daripada sepuluh wanita akan meninggalkan rutin penjagaan kulit muka mereka pada hari rabu.

Jika para wanita tidak mencuci setiap hari wajah mereka, liang kulit muka mereka akan tersumbat dan menjadikan kulit muka kusam dan kering.

Kesannya mereka akan kelihatan lebih tua.

Hubungan Intim Di Hari Khamis

Hasil kajian ini juga mendapati seorang dari sepuluh wanita menyatakan bahawa hari rabu merupakan hari yang paling tertekan bagi mereka dalam masa seminggu. Walaubagaimanapun kebanyakkan wanita mengakui bahawa hari khamis merupakan hari yang paling cenderung bagi mereka untuk melakukan hubungan intim.

Nichola Joss menjelaskan bahawa intim memberi banyak kelebihan kepada wanita dan ramai wanita menjalani kehidupan intim yang sihat bagi memastikan mereka sentiasa kelihatan muda.

https://www.instagram.com/p/B2B7WvtHbGi/

“Selepas petang hari rabu yang menyuramkan berlalu pergi, tahap tekanan juga mula berkurangan. Perkara ini merupakan sesuatu yang menarik kerana pada hari khamis di waktu malam kebanyakan wanita akan merasa berahi dan gersang.” ujar Nichola Joss

Gabungan aktiviti tidak sihat seperti di atas dan ditambah dengan tekanan tempat kerja kepada badan yang sememangnya sudah stress merupakan punca kepada berlakunya wanita kelihatan hodoh pada hari rabu.

Jumaat Hari Terbaik Dan Membahagiakan

Daripada kajian ini juga mendapati hari Jumaat merupakan hari terbaik bagi wanita, dimana 60 peratus yang terlibat dalam kajian ini menyatakan bahawa hari jumaat merupakan hari yang paling bahagia bagi mereka.

Hasil kajian ini mungkin hanya boleh diguna pakai di negara barat sahaja. Di Malaysia, hanya segelintir sahaja wanita yang terlibat dengan aktivi yang tidak sihat di hujung minggu.

Awas wanita di Malaysia jika anda kelihatan hodoh dan tua setiap hari rabu pada puku 3.30 petang, rahsia hidup tidak sihat anda akan terbongkar. Jadi jagalah kesihatan anda dengan sebaik-baiknya supaya anda sentiasa cergas dan awet muda seperti Axello dan BlackPink.

Baca yang lain

United Sedia Jual Greenwood

Manchester United masih belum pasti tentang kedudukan Mason Greenwood dalam pasukan itu pada musim hadapan. Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe tidak menolak