Sevilla 3 Man United 0 (agg 5-2): Maguire Pamer Aksi Kalut

Sevilla menyingkirkan Manchester United daripada Europa League dengan cara cukup kejam.

Sevilla menang 3-0 dan sekaligus mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2. Menamatkan impian United mahu menjuarai UEL musim ini.

Sevilla yang bergelut di peringkat domestik telah menunjukkan salah satu aksi terbaik mereka musim ini.

Pemegang rekod 6 kali juara UEL itu mendominasi skuad Erik Ten Hag. Berterusan menyerang dan menghukum kesilapan pertahanan United.

Harry Maguire bertanggungjawab kepada beberapa gol itu selepas aksi pertahanan gelabah. Maguire yang dilihat semakin bangkit beberapa minggu ini, mendapat pujian Ten Hag, sekali lagi menghampakan peminat Man United.

Dia turut terlepas bola kepada En Neysri dan membuatkan mereka bolos gol awal.

Loic Bade menanduk masuk untuk gol kedua selepas menerima sepakan penjuru.

Skuad bimbingan Jose Luis Mendilibar memastikan mereka mara dengan kemenangan sempurna tanpa bolos 3-0 selepas En Neysri menambah gol kedua peribadinya.

Erik Ten Hag menyisihkan Marcus Rashford dan Luke Shaw daripada kesebelasan utama. United turut kehilangan khidmat gandingan bek tengah Lisandro Martinez dan Raphael Varane.

Maka Maguire dan Lindelof kembali bergandingan.

Maguire yang ditekan 3 pemain Sevilla telah kalut ketika menerima bola daripada De Gea. Maguire cuba melorongkan kepada Wan Bissaka, namun Bola itu dipintas bekas pemain sayap Spurs, Erik Lamela. En Neysri menyambung bola tersebut dan merembat masuk.

Red Devils untuk bangkit dan membalas balik gol tersebut. Mencipta beberapa peluang gol namun gagal disudahkan.

Aaron Wan-Bissaka melakukan rembatan lemah dan mudah diselamatkan Yassine Bounou.

Sevilla merasakan mereka sudah menjaringkan gol kedua menerusi Lucas Ocampos namun VAR membatalkan gol tersebut kerana ofsaid melibatkan Marcos Acuna.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Pada separuh masa kedua Man United mahu bangkit. Tetapi Sevilla menggunakan kepakaran mereka di UEL.

Ten Hag memasukkan Shaw dan Rashford.

Usaha Man United bangkit tersentak lagi apabila Sevilla menambah gol kedua menerusi Bade yang menyambut sepakan penjuru Ivan Rakitic. De Gea gagal melakukan aksi lebih baik untuk menafikan gol itu.

Anthony Martial, yang dipinjamkan ke Sevilla musim lalu tanpa memberikan impak, telah dikeluarkan untuk Wout Weghorst.

Casemiro cuba menjaringkan gol jarak jauh tetapi diselamatkan Bounou.

Man United kemudian menunjukkan karakter mereka yang mahu bangkit dalam malam Eropah.

Tetapi Sevilla membunuh sisa sisa perjuangan mereka dengan baki 10 minit lagi perlawanan. Pemain antarabangsa Maghribi, En Neysri mencetak gol ketiga pasukanya.

Mendilibar yang menggantikan Sampaoli sebelum ini sudah mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Saksikan rangkuman aksi di sini: