Sevilla Pulangkan Semula Martial: “Dana Penting Kami Dibazirkan Pada Benda Tak Berbaloi”

Impian Martial untuk terus bermain di Sevilla nampaknya tidak kesampaian. Ini apabila kelab itu tak sanggup untuk mengaktifkan perpindahan tetap pemain tersebut.

Sebelum ini Martial beriya iya meminta dilepaskan ke Sevilla. Sehingga meletakkan kelabnya sendiri, Man United dalam masalah. Di mana United kekurangan penyerang.

Ia juga memberikan impak kepada Jesse Lingard yang ketika itu sudah berunding dengan Newcastle. Oleh kerana Martial lebih teruk mendesak, maka United terpaksa melepaskan pemain itu.

Rangnick sebelum itu menyatakan dia tak akan melepaskan mana mana pemainnya terutama sekali penyerang.

Ini selepas situasi Mason Greenwood yang tidak menentu. Kemudian Edinson Cavani pula berdepan masalah kecergasan.

Ralf Rangnick kemudian mendedahkan bahawa Martial tidak mahu terlibat dalam satu perlawanan penting Man United pada masa itu.

Ralf Rangnick menjawab persoalan tentang Anthony Martial yang tidak terlibat dalam aksi menentang Aston Villa.

Di mana pemain itu langsung tidak berada dalam rombongan Man United ke Villa Park.

Man United ketika melepaskan pendahuluan 2 gol di Villa Park dal diikat pada lewat babak kedua oleh Aston Villa.

Wartawan bertanya tentang status Anthony Martial yang tidak berada dalam pasukan.

Rangnick sebelum ini sudah menyatakan bahawa Anthony Martial sudah memberitahunya secara peribadi bahawa dia mahu keluar dari Man United. Ianya selepas beberapa hari sebelum itu Rangnick mencabar Martial berjumpa sendiri dengannya. Bukannya ejen beliau yang lebih lebih membuat kenyataan terbuka kepada umum.

Pada masa yang sama juga Rangnick menegaskan bahawa, selagi lagi tiada kelab pembeli maka Martial akan kekal sebagai pemain United sama seperti pemain lain.

Rangnick menjelaskan bahawa, walaupun United setuju untuk menjual Martial, namun United mahukan harga sepatutnya untuk pemain itu. Jadi, kelab yang mahukan Martial perlu menyediakan harga yang cukup seperti diminta Man United.

Rangnick berkata: “Anthony Martial tidak mahu berada dalam skuad ini lagi. Dia sepatutnya berada dalam skuad seperti biasa namun dia tak kamu. Sebab itu dia tidak ada dalam kunjungan kami kali ini.”

Rangnick membayangkan bahawa Martial mungkin akan pergi secara pinjaman. Namun dasar kelab untuk Martial tidak akan sama seperti Sanchez di mana kelab membayar sebahagian gajinya.

Sebaliknya kelab peminjam perlu membayar yuran pinjaman baki musim ini serta membayar gaji Martial sepenuhnya. Martial merupakan penerima gaji ketujuh termahal di United dengan £250,000 seminggu.

Namun kenyataan Rangnick itu disangkal oleh Martial. Di mana adik pemain Pahang itu menegaskan bahawa dia tak pernah menolak untuk beraksi. Martial kekal profesional dan menuduh Rangnick memfitnahnya.

“Aku tak pernah menolak untuk bermain untuk Manchester United. Aku dah berada di sini tujuh tahun. Dan aku tak akan sesekali tidak menghormati kelab ini dan penyokong.”

Martial terpaksa dilepaskan ke Sevilla secara pinjaman. Pada awalnya dia disambut seperti dia, bagaikan seorang pahlawanan, menjadi pembela pada yang tiada upaya. Dengan kepantasan langkah menewaskan musuh yang membuat angkara. Dialah satria. Lebih kurang begitulah pandangan peminat ke atasnya.

Martial bermula dengan baik pada awalnya. Namun entah macamana dia terus merudum sekali lagi. Dia mulai menuai kritikan peminat. Dia beraksi 12 perlawanan untuk Sevilla hanya menjaringkan 1 gol dan 1 assist.

Presiden Sevilla iaitu Jose Castro Carmona mengesahkan kepada media bahawa mereka akan memulangkan semula Anthony Martial dengan cara baik. Selepas mereka dulu melamar dengan cara baik.

Beberapa hari lalu, Erik Ten Hag sudah menyatakan bahawa dia akan cuba membentuk pasukan Man United yang intensif dan bermain cantik. Dengan rekod prestasi Martial di Sevilla, dia mungkin tidak menepati CV itu buat masa ini.

Harus diakui juga kecederaannya juga mempengaruhi prestasinya.

Tetapi rekod beliau dalam beberapa musim di Man United juga agak membimbangkan. Dengan reputasinya yang seringkali dianggap malas bertahan dan mengejar bola.

Castro kemudian tampil dengan kenyataan panas bahawa mereka telah membazir sebahagian besar wang mereka yang penting untuk kelab terutama sekali selepas pandemik.

Di mana pelaburan ke atas Martial dianggap sia sia dan tak berbaloi.

Castro berkata: “Anthony Martial akan kembali ke Old Trafford. Kami membelanjakan wang penting kami dekat dia, tetapi ianya tidak berbaloi. Juga, dia mengalami kecederaan, jadi, kami tak akan membelinya secara tetap.”

Pastinya Martial kecewa dengan kenyataan tersebut. Kerana dia pasti mengharapkan Sevilla memberikannya peluang sekurang kurangnya semusim lagi untuk membuktikan keupayaan sebenarnya.

Adakah dia bakal mengikut jejak langkah abangnya ke Liga Malaysia?

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan