Shafiq Shahruddin: Dari Penjaring Terbanyak Tempatan Menjadi Pemain 0 Minit Semusim

Kelantan tersingkir ke Liga Perdana tetapi sekurang-kurangnya pasukan itu berjaya mengangkat seorang pemain yang belum membuktikan apa-apa di Liga Super.

Shafiq Shaharudin menyertai Kelantan dari JDT II pada musim 2018. Musim yang menyaksikan Kelantan menguna 44 pemain sepanjang 22 perlawanan liga.

Agak luar biasa bukan, biasalah masa tu presiden perempuan kan.

Walaupun Kelantan mengharungi musim mencabar kerana masalah kewangan dan hala tuju tidak jeals, Shafiq masih mampu memusatkan fokusnya menjadi penyerang terbaik negara.

Selepas musim tamat pemain kelahiran Johor itu menjadi penyerang tempatan paling banyak menjaringkan gol di liga tertinggi Malaysia melalui 6 jaringan.

Pada 8 perlawanan awal, Shafiq bukanlah pemain pilihan Sathit Bensoh yang kemudiannya dipangku oleh Yusri Che Lah.

Situasi itu membuatkan ayah kepada pemain ini merayu supaya Kelantan memberi peluang kepada anaknya membuktikan kemampuan.

Ayah Shafiq, Shaharuddin Abdullah merupakan bekas pemain kebangsaan.

“Saya bukan mahu memuji anak sendiri tapi tahu sejauh mana kemampuannya kerana mengikuti perkembangan karier Shafiq sejak kanak-kanak.”

“Dia memang mewarisi bakat serta mampu menggantikan saya walaupun belum mencapai tahap saya.”

“Tapi sayang, dia lambat berkembang kerana jarang diturunkan sebagai pemain utama. Kalau digunakan hanya sebagai pemain gantian.”

“Kadang-kadang bila difikirkan, ada benar juga kata orang kehadiran pemain import menyebabkan bakat muda kita terjejas kerana setiap pasukan lebih mengutamakan tenaga import,” kata pemain era 1960-an hingga 170-an itu kepada Arena Metro pada Mac 2018

Syafiq akhirnya mula mendapat peluang selepas Fajr Ebrahim menjadi ketua jurulatih ke-3 Kelantan dalam tempoh 2 bulan.

Kesebelasan pertamanya hadir pada 5 Mei ketika Kelantan berhadapan Kuala Lumpur, perlawanan ke-9 Liga Super.

Pemain berusia 24 tahun ketika itu terus membuktikan kata-kata ayah betul. Dia menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Kelantan menang 4-2.

Selepas itu dia meneruskan kepercayaan yang diberikan dengan tampil 10 kali lagi di kesebelasan utama dan mengumpul 6 jaringan.

Tiada mana-mana penyerang tempatan mempunyai jaringan lebih dari pemain ini. Berikut adalah penampilan Syafiq bersama Kelantan

1. Liga: 11(6) penampilan/6 gol
2. Piala FA: 1(1)/1
3. Piala Malaysia: 4(2)

Secara keseluruhan Shafiq bermain sebanyak 16(9) kali dan mencetak gol sebanyak 7 kali. Nilai Sahfiq naik ketika Kelantan tersungkur ke Liga Perdana.

Shafiq menyertai PKNS, pasukan yang menamatkan musim 2018 dengan cemerlang, menamatkan musim di kedudukan ke-3 di belakang JDT dan Perak.

Bagaimanapun kecermerlangan Shafiq tidak dapat diteruskan apabila dia gagal menembusi kesebelasan PKNS.

Shafiq tidak bermain walau 1 perlawanan atau 1 minit pun bersama skuad Dato K.Rajagopal. Hanya berada di bangku simpanan sebanyak 2 kali dan kekal disitu sehingga tamat perlawanan.

Khabar angin mengatakan pemain ini mempunyai masalah dengan bekas jurulatih negara itu. Tetapi tidak tahu sejauh mana kebenaran tersebut.

Jendela pertengahan musim 2019 melihat Syafiq dipinjamkan ke Kuala Lumpur, sebuah pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran.

Disana Shafiq digunakan 2 kali oleh pemangku jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt. Kedua-duanya dari bangku simpanan.

Memasuki musim 2020, Syafiq ditandatangani secara kekal oleh Kuala Lumpur tetapi nasibnya tidak berubah, kekal sama seperti sebelumnya.

Dia tidak pernah muncul dalam mana-mana perlawanan. Tetapi kelibatnya boleh dilihat 4 kali di bangku simpanan.

Sepanjang 2 musim, Syafiq hanya tampil 0(2) kali berbanding 16(9) kali ketika bersama Kelantan.

Pemain yang bakal berusia 27 tahun pada musim hadapan ini meningkat dengan mendadak tetapi hilang dengan sekelip mata.

Harapan ayahnya sudah pasti semakin pudar melihat perkembangan 2 tahun itu.

Kuala Lumpur mengumumkan barisan pemain yang tidak disambung kontrak bagi menghadapi musim 2021.

Nama Syafiq salah seorang dari senarai tersebut.

Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada barisan pemain yang tidak dikekalkan musim 2021

Pasukan manakan yang mampu mengembalikan kemampuan bekas penyerang terbaik tempatan in