Shah Rukh Khan: Kisah Kebangkitan Daripada Kesedihan Kerana Pemergian Ibunya

Bukan semua bintang Bollywood itu boleh hidup di dalam impian sama ada di dalam filem dan di dunia nyata.

Namun Shah Rukh Khan salah seorang daripadanya. Beliau bintang di dalam filem dan legenda di dunia nyata. Dikenali di seluruh dunia kerana karisma beliau sebagai anak seni.

Shah Rukh Khan seperti ramai pemuda India yang lain. Memiliki impian Mumbai/Bombay yang kemudiannya menjadi impian Bollywood la.

King Khan juga dahulunya seorang pemuda yang mahu mengejar kejayaan di tempat tersebut.

Beliau tiba di Mumbai dan bercakap kepada dirinya sendiri: “Saya akan tawan kota ini nanti.”

Pada hari ini Shah Rukh Khan adalah legenda Bollywood. Bollywood ada banyak legenda namun Shah Rukh Khan berada satu takuk di atas yang lain.

Bak kata orang Undisputed King Of Bollywood.

Shah Rukh Khan memulakan karier seninya dari bawah. Shah Rukh Khan berkongsi cerita di mana beliau tak ada tempat tinggal ketika memulakan kerjaya di industri perfileman.

Namun kemuliaan hati seorang lagi legenda, Hema Malini telah menumpangkan beliau sementara Khan ada duit untuk menyewa rumah sendiri.

King Khan menganggap Hema Malini sebagai mentor hidupnya. Mengajarnya untuk tidak terlalu meninggi diri apabila melihat ada bintang baharu yang mahu naik dan dalam kesukaran.

Hema Malini membantu Shah Rukh Khan untuk menembusi industri perfileman ketika itu.

Khan menyatakan, pada awalnya dia terpaksa tinggal di tingkat atas bangunan yang tiada bumbung.

Mendengarkan kesusahan yang dihadapinya, Hema Malini datang untuk menawarkannya tempat tinggal. Khan datang dari Delhi dan tiada saudara mara di Mumbai.

“Saya datang dari Delhi. Saya tiada keluarga di Mumbai. Saya tiada tempat untuk saya meminta bantuan.”

“Yang saya ada hanyalah keluarga baharu saya dalam set penggambaran filem.”

“Mereka yang sudah lama di industri ini ketika itu telah banyak membantu saya dan membolehkan saya mendaki sehingga ke tempat yang saya ada hari ini.”

“Jika tidak kerana mereka, saya tidak akan meraikan ulangtahun ke-25 saya di sini,” tegas Shah Rukh Khan dalam majlis meraikan 25 tahun beliau di Bollywood pada 2016.

Ibu bapa Shah Rukh Khan meninggal dunia ketika beliau masih muda. Dan beliau memang bertekad mahu menjadikan seni lakonan sebagai kerjaya untuk mengubah hidupnya.

“Ketika saya kecil, bapa saya pergi meninggalkan saya tiba-tiba. Kami semua ketika itu tak tahu yang mereka ada kanser.”

“Selepas 2 bulan setengah kami mengetahuinya, mereka pergi selamanya. Saya ketika itu tak tahu apa nak buat.”

Ibunya pula meninggal dunia 10 tahun kemudian kerana diabetes. Pemergian ibunya memberikan kesan yang sangat dalam di dalam dirinya.

“Pada satu malam, saya bertekad mahu mengisi kekosongan itu dengan melakukan sesuatu. Saya bernasib baik kerana berpeluang terlibat dalam industri perfileman.”

“Bagi saya, berlakon bukan semata-mata tempat kerja, tetapi ia adalah tempat saya meluahkan perasaan saya dan mengalihkan perhatian daripada kesedihan.”

“Tuhan yang memberikan kita nikmat, kehidupan dan Dia juga memberikan kita ujian serta ‘roadblocks’, dan membantu kita mencari jalan keluar untuk mengatasi semua itu.”

Ketika mulai tiba di Mumbai beliau membawa hanya Rs 1,500 atapun kira-kira RM87. Dan ketika itu beliau pernah berhasrat mahu pergi ke Hollywood bertemu dengan Madona ketika hanya ada sekitar RM100.00 bersamanya.

Hari ini Shah Rukh Khan memiliki kekayaan bernilai $750 juta ataupun sekitar RM3.15 billion.

“Mula-mula saya datang ke sini, saya sangat takut dengan kegagalan. Saya datang daripada kelas pertengahan dan saya sudah melihat ramai yang gagal.”

“Ada ketika saya sesak nafas juga sebab tak ada duit. Saya dihalau keluar oleh tuan rumah sebab tak mampu bayar sewa.”

Khan mengakui, cabaran paling besar dalam hidupnya sebagai pelakon yang baru nak naik ketika itu adalah kesulitan hidup.

Di mana, apabila tiada wang tinggal di bandar, ia memberikan tekanan.

“Apabila anda tiada duit, anda akan stress dan boleh tertekan.”

Khan sentiasa percaya kepada tuhan dalam perjalanan hidupnya.

Shah Rukh Khan akhirnya mendapat beberapa rezeki yang tidak diduga selepas beberapa pelakon yang sudah ada nama ketika itu menolak tawaran atas pelbagai alasan.

Kebanyakannya mereka menolak sebab bayaran tak kena dengan permintaan mereka.

Khan berlakon dalam Deewana selepas Armaan Kohli enggan menerima tawaran. Dan kemudiannya, rezeki beliau lebih murah apabila berjaya mendapatkan peranan dalam Baazigar kerana ketika itu Salman Khan enggan menerima tawaran.

Begitu juga dengan Darr. King Khan mendapat peranan dalam filem itu selepas Aamir Khan menarik diri.

Peluang yang ada diambil dengan sebaiknya oleh Khan. Misalnya dalam Baazigar, lakonan beliau mendapat banyak pujian. Dan akhirnya nama Shah Rukh Khan mulai meningkat naik.

Shah Rukh Khan kemudian berlakon dalam banyak filem dengan bayaran yang tidak terlalu mahal. Walaupun selepas menjadi bintang, beliau tidak pernah menjadikan bayaran sebagai isu utama.

Beliau hanya menolak tawaran hanya kerana tidak mampu memberikan komitmen, kerana ada komitmen ke atas penggambaran filem lain.

Dan pada 1995, beliau berlakon dalam filem legend, Dilwale Dulhania Le Jayenge dengan Kajol. Filem yang masih ditayangkan sehingga lebih 22 tahun di India sehingga 2017.

Mungkin juga masih ditayangkan sehingga sekarang. Siapa tahu?

Tibalah ke lewat 90-an, nama beliau terus melonjak menerusi filem seperti Dil To Pagal Hai, dan Kuch Kuch Hota Hai.

Ia menjadi batu loncatan paling besar di dalam kariernya. Selepas itu, beliau menempa namanya dengan lebih kukuh.

Bukan sahaja menawan India, malah beliau menawan dunia. Shah Rukh Khan menjadi antara selebriti yang paling popular dan berpengaruh di dunia.

Nak senaraikan pencapaian beliau, terlalu banyak. Korang bacalah di sini:

Wikipedia – Shah Rukh Khan Filmography

King Khan!

Baca yang lain