Shakhtar Donetsk Dikritik Sebagai ‘Scammer’ Kerana Jual Jersi Pemain Chelsea

Shakhtar Donetsk sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada Mykhailo Mudryk yang menyertai Chelsea sengan pakej keseluruhan €100 juta.

Presiden Shakhtar Donetsk, Rinat Akhmetov, mengesahkan bahawa kelab telah mendermakan £20.5 juta daripada yuran perpindahan Mykhaylo Mudryk ke Chelsea untuk membantu tentera dan mangsa perang di Ukraine.

Chelsea menewaskan Arsenal untuk mendapatkan Mudryk pada hari Ahad lalu dan mengarak pemain itu di Stamford Bridge ketika perlawanan menentang Crystal Palace.

Chelsea menang 1-0 dalam aksi tersebut.

Mudryk, yang telah bersetuju dengan kontrak lapan setengah tahun, mengenakan bendera Ukraine disarungkan di bahunya.

Chelsea telah membayar €70m (£62m) awal untuk pemain sayap itu dengan €30m (£26.5m) sebagai bonus tambahan.

Akhmetov menyatakan bahawa dia mempunyai perasaan bercampur-campur terhadap penjualan Mudryk.

Di satu sudut, dia gembira untuknya, bangga dengan cara dia akan mewakili Ukraine dalam Liga Perdana.

Sebaliknya, di satu sisi lain, dia tidak mahu kehilangannya kerana dia perlu mempunyai pemain seperti Mudryk bagi memenuhi cita-citanya bagi memacu Shakhtar menjulang trofi Eropah.

Dia malah berharap Mudryk dan Chelsea akan datang ke Ukraine bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Shakhtar Donetsk.

“Kami memerlukan pemain seperti Mykhaylo dalam kelab Ukraine, bersaing di peringkat Eropah,” kata Akhmetov.

“Malangnya, itu adalah mustahil pada masa ini kerana perang yang tidak adil ini dilancarkan terhadap kita oleh Persekutuan Rusia.”

“Saya tetap yakin kami akan mengalahkan penyerang negara kami. Salah satu perkara yang paling saya nantikan selepas kemenangan kami ialah Mykhaylo kembali dengan pasukan Chelseanya untuk perlawanan persahabatan di Arena Donbass di Donetsk Ukraine.”

Semalam, Shakhtar mengesahkan bahawa mereka ada menjual jersi khas Mudryk untuk dibeli peminat mereka.

Jersi edisi terhad itu berwarna hitam dengan garisan oren mewakili warna kelab. Kemudian set nama dan nombor berwarna emas.

Namun di ruangan komen ramai yang mengecam tindakan Shakhtar Donetsk itu termasuk penyokong mereka sendiri.

Salah seorang peminat Shakhtar berkata: “Terima kasih di atas 12 gol dan 100 juta euro, tetapi ini sudah semakin melalut.”

 

Seorang lagi berkata, Shakhtar seharusnya tidak menjual jersi pemain yang mewakili kelab lain. Kerana ianya berkaitan dengan hak imej.

Hanya Chelsea yang berhak menjual jersi Mudryk bermula pada hari dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain The Blues.

Ianya dianggap ada unsur unsur penipuan.

Ramai lagi yang meluahkan pandangan membantah tindakan kelab tersebut. Malah melabel Shakhtar sudah menjadi seperti badut pula sekarang ini.

 

Baca yang lain