Shakira Bergelek Dalam Aksi Halftime Show Pertama Dalam Sejarah Copa America

Final Copa America kali ini akan dianjurkan dengan cara Amareka! Di mana pada separuh masa akan ada persembahan separuh masa atau Half Time Show.

Aksi final Copa America akan berlangsung pada Ahad ini. Dua pasukan yang akan merebut gelaran adalah juara bertahan, Argentina dan juga Colombia. Aksi akan dilangsungkan di Stadium Hard Rock, Maimi Garden, Florida, Amerika Syarikat.

Lionel Messi dan rakan rakan Scalonetta beliau akan berpeluang untuk menambah satu lagi koleksi piala antarabangsa mereka.

Argentina juara 15 kali Copa America sementara Colombia pula cuma ada kejuaraan tunggal yang mereka menangi pada 2001.

Janda kepada Gerrard Pique, Shakira ataupun Inul Daratista cawangan Amerika Selatan, akan membuat persembahan pada final itu nanti. Dan ianya bukan persembahan biasa, tetapi berkonsepkan Halftime Show macam Super Bowl tu.

Shakira merupakan penyanyi lagu latin berdarah Colombia. Dia memiliki banyak sekali lagu hits di dalam kariernya.

Kini Shakira sedia untuk bergelek di atas panggung pada hari final Copa America. Aksi halftime show biasanya mengambil masa yang agak lama kerana ianya adalah mini concert.

Jadi rehat separuh masa akan menjadi 25 minit berbanding dengan hanya 15 minit kebiasaannya. Ini adalah julung kalinya halftime show dibuat pada final Copa America.

Sebelum ini media di Amerika Syarikat seringkali mengkritik penganjuran sukan bola sepak terutama sekali di Eropah yang menurut mereka membosankan kerana tiada persembahan separuh masa seperti maan sukan di negara mereka.

Dengan halftime show di Copa America, ramai yang merasakan selepas ini FIFA atau UEFA mungkin akan tertarik dengan idea itu. Kerana ianya boleh mendatangkan lebih wang kepada penganjur.