Shane McMahon Dedah Cerita Diajak Ibu Undertaker Settle Kat Luar Kerana Cederakan Anaknya

Shane McMahon berkongsi satu cerita menarik. Di mana beliau pernah kena maki dengan ibu The Undertaker pada 2016 selepas membuatkan anak lelaki kesayangannya itu berdarah dekat dengan bahagian mata.

Apa korang ingat Undertaker ni tak ada emak ke nak bekap dia kalau ada apa berlaku.

Ibu Mark Calaway aka The Undertaker telah mengubungi Shane untuk makan malam untuk bertemu dengannya. Dan malam itu Shane telah mendengar amaran dan luahan rasa marah Puan Calaway ke atas Shane.

Sebelum makan malam itu, dalam aksi awal minggu itu di RAW, McMahon telah melompat dan menyiku  Undertaker selepas menghumbangkannya ke arah meja pengulas.

Eksekusi itu menyebabkan sedikit pendarahan dekat matanya.

Walaupun itu bukan masalah besar di belakang pentas, kerana kita semua tahu gusti ni satu aksi lakonan langsung (live action).

The Undertaker pun ok je dengan benda macam tu. Namun Puan Calaway tidak memaafkan Shane dan berkonfrontasi sendiri. Di mana dia mengajak Shane yang besar itu settle kat luar gelanggang untuk pihak anaknya.

“Puan Calaway, ibu Mark, datang menemui saya ketika makan malam beberapa hari sebelum WrestleMania,” katanya kepada ESPN.

“Saya sudah lama mengenalinya. Dan ketika itu saya bertanya bagaimana keadaannya, memeluknya.”

Namun Shane ternyata tidak begitu dilayan dengan mesra pada hari itu. Kerana Puan Calaway ada misi dan perhitungan lain dengannya.

“Kemudian dia menarik saya dengan kedua-dua tangannya dan berdiri di belakang saya.”

“Dia berkata: ‘dalam undian di Texas ini, kamu tahu, kamu selalu menjadi salah seorang penggusti kegemaran saya. ”

“Namun … kamu hari tu telah memukul anak saya tepat di matanya dan membuatnya berdarah. Sekarang kamu dah turun beberapa kedudukan di dalam senarai buku penggusti pilihan saya’. ‘”

“Dia memarahi saya untuk aksi pada Monday Night Raw terakhir sebelum WrestleMania – di mana ketika itu kami saling kejar mengejar.”

“Dan saya melihat Mark Calaway yang besar gedabak itu menundukkan kepalanya dengan rendah hati, memikirkan betapa saat itu membuatkannya rasa sangat malu dengan kelakuan ibunya.”

“Tetapi, tidak peduli seberapa buruknya kamu, apa yang pasti, kamu sentiasa ada ibu yang sentia sanggup melindung kamu [walaupun kamu The Undertaker].”

Ini bukan pertama kali ibu The Undertaker berkofrontasi dengan lawan anaknya. Sudah berberapa kali dan seringkali Undertaker malu dengan perbuatan ibunya serta meminta maaf kepada rakan seperjuangannya.

Namun peduli apa Puan Calaway, yang penting dia tak nak orang membelasah anaknya dengan teruk. Tapi macamana pula ketika anaknya membelasah orang lain?

The Undertaker, tanpa ragu adalah legenda di arena WWE. Beliau antara penggusti yang sangat berpengaruh. Selalu juga dia bawa keranda ke arena. Mungkin boleh colab dengan geng joget keranda lepas ni.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil