Berita buruk buat peminat Man United, apabila Luke Shaw disahkan mengalami satu lagi siri kecederaan.
Pemain itu yang seringkali cedera, baru sahaja kembali ke pasukan utama dengan 3 penampilan sebagai pemain gantian.
Shaw kini dilaporkan akan berehat beberapa minggu lagi setelah mengalami kecederaan.
Namun kecederaan kali ini bukan kecederaan lama yang berulang, ianya adalah kecederaan yang baharu – menurut kenyataan kelab – seperti dilaporkan Simon Stone.
Shaw menjadi antara pemain yang dianggap boleh memainkan peranan penting dalam sistem bek bertiga Ruben Amorim kerana boleh bermain sebagai wingback.
Dia juga pernah bermain sistem ini ketika era Gareth Southgate di England.
Man United tidak begitu banyak pilihan untuk posisi wingback. Mujur mereka ada Amad Diallo yang cemerlang bermain posisi itu di sebelah kanan.
Peminat United akui sedih namun pada masa yang sama menyatakan bahawa kelab seharusnya tidak menawarkan lagi sebarang kontrak kepada Luke Shaw lagi.
Hal ini kerana pemain itu jelas tidak boleh bermain lebih banyak perlawanan untuk kelab kerana masalah kecergasan.
Seorang peminat berkata: “Pemain yang bagus dan sentiasa profesional, namun jumlah hari dia disisihkan sangat tidak masuk akal. Harus pergi.”
Seorang lagi berkata: “Harus move on. Kita tak boleh maju ke hadapan dengan pemain yang lebih banyak tidak beraksi berbanding waktu bermain.”
Time to move on, can't move foward with players that miss more than they play
— Rory Mc Colgan (@mccolgan_R) December 3, 2024