Shaw Gesa United Beli Pemain, Dan Akhirnya Red Devils Hampiri Pengganti Beliau

Bek sisi Manchester United Luke Shaw berpendapat bahawa kelabnya memerlukan pemain baru berikutan kekalahan dalam perlawanan pembukaan di EPL minggu lalu.

Manchester United kalah 1-3 di tangan Crystal Palace dalam perlawanan pembukaan mereka. Di mana bekas pemain mereka, Wilried Zaha menjadi igauan ngeri United dengan 2 gol.

Satu lagi gol adalah menerusi Andros Townsend.

Gol saguhati United dijaringkan pemain baru, Donny Van De Beek pada minit ke-80.

Shaw gembira melihat impan Van De Beek. Namun  Luke Shaw menganggap itu masih belum cukup untuk memperkuatkan skuad mereka.

Pemain belakang berusia 25 tahun itu berharap Setan Merah akan membawa beberapa pemain lagi.

“Kami mempunyai pasukan yang sangat baik,” kata Shaw.

“Namun, secara peribadi, saya fikir kami memerlukan lebih banyak pemain untuk memperkuatkan skuad. ”

“Apabila anda melihat bagaimana pasukan lain memperkuat pasukan mereka, maka kami juga harus melakukannya untuk mengimbangi kekuatan pasukan lain,” tambahnya.

“Banyak isu yang dinyatakan setelah perlawanan dan kami harus menyelesaikannya,” kata Shaw.

“Kami sangat kecewa kerana seharusnya, tetapi lupakan dan teruskan.”

Dan kini United dikatakan hampir mendapatkan bek kiri Porto iaitu Alex Telles selepas terlepas Sergio Reguilon sebelum ini.

United gagal mendapatkan Reguilon kerana tidak setuju dengan harga dan klausa beli balik yang mahu diselitkan Real Madrid.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa United semalam telah mengadakan perbincangan dengan wakil Alex Telles.

Telles sangat mahukan perpindahan ke United dan berharap ia dapat diselesaikan minggu ini.

Namun Porto menyatakan tanda harga pemain itu adalah €20 juta.

Paris St Germain juga berminat mendapatkan pemain bek sisi yang cemerlang musim lalu itu.

Kehadiran Telles mungkin akan membuatkan Shaw hilang tempat di dalam pasukan United.

Shaw dikritik hebat oleh Patrice Evra minggu lalu yang menuduhnya sebagai pemain yang malas.

Selain itu, United turut mengidamkan serang lagi pemain sayap untuk dibawa masuk dalam baki jendela perpindahan kali ini.

Baca yang lain