Shazam 2 Akan Temui Peminat, Tarikh Tayangan Sudah Diumumkan

Zachary Levi, Asher Angel, dan Jack Dylan Grazer dijangka akan kembali beraksi dalam filem sekuel arahan David F. Sandberg. Henry Gayden akan kembali menjadi penulis skrip.

Filem Shazam menjadi filem DCEU yang paling rendah kutipannya di box office, hanya  $140 juta di AS dan $364 secara global.

Shazam menjadi filem adiwira di ranking ke-25 dari segi kutipan untuk tempoh yang lima tahun ini. Dan kebanyakan filem adiwira memang dikuasai Marvel dan DC.

Namun begitu ia antara filem DCEU yang mendapat banyak pujian.

Shazam berjaya mendapat skor 90% di Rotten Tomatoes dan 71% dari Metacritic rating.

Ramai yang menganggap Shazam sebagai adiwira yang paling ceria dan disenangi selepas Superman era Christopher Reeve.

Shazam 2 disahkan akan ditayangkan pada 1 April 2022, ya pada hari April Fool. Namun jangan risau, tarikh itu bukan prank.

Pastinya berita yang dinati-nantikan oleh peminat Shazam walaupun seperti yang dinyatakan di atas, ianya bukanlah naskah adiwira yang terlalu ramai pengikut, tetapi tetap ada.

 

Baca yang lain