Alan Shearer dengan mengejutkan telah mempertahankan tindakan Erling Haaland atas insiden baling bola ke arah kepala Gabriel yang dianggapnya perbuatan ‘tidak berbahaya’.
Pakar Match of the Day Alan Shearer telah memperkecilkan insiden yang menyaksikan Erling Haaland membaling bola di belakang kepala Gabriel selepas gol penyamaan lewat Manchester City menentang Arsenal
Juara Liga Perdana Inggeris itu dalam kedudukan 2-1 pada masa itu – hasil jaringan pertahanan Brazil, Gabriel dan Riccardo Calafiori, yang sebelum itu menyamakan jaringan ke-100 Haaland untuk City.
Haaland kemudian kegirangan meraikan gol John Stones pada masa kecederaan yang sangat lewat. Membuatkan dia meraikannya dengan mengutip bola dan membalingnya ke arah belakang kepala Gabriel.
WATCH HAALAND HERE. Bounces the ball off of Gabriel's head after City equalizer. Haaland Haaland-ing ☠️ pic.twitter.com/iG4mOeSxkY
— Men in Blazers (@MenInBlazers) September 22, 2024
Insiden itu membuatkan pemain pemain kedua dua pasukan bergaduh sesama sendiri.
Shearer mengulas insiden itu dengan menegaskan bahawa insiden itu tak perlu diperbesarkan. Kerana suhu perlawanan yang panas, insiden itu dianggap tidak memudaratkan sesiapa.
Shearer dalam ulasannya berkata: “Saya anggap insiden itu tidak memudaratkan sesiapa pun. Ianya perlawanan yang sangat sukar untuk pengadil. Namun dari segi agresif, dan pertarungan satu lawan satu, ini perlawanan yang luar biasa.
Bernardo Silva kemudian menuduh pengadil sebagai berat sebelah dan punca 2 gol Arsenal. Silva berkata: “Kami dibolosi gol selepas pengadil memanggil kapten kami dan kemudian tidak membenarkan dia memulihkan kedudukannya. Gol kedua sudah menjadi blok biasa mereka kepada penjaga kami, dan ianya dibenarkan oleh pengadil.
“Kemudian pengadil membenarkan rentetan acara yang membuang masa oleh Arsenal. Perkara yang paling mengganggu, kerana sudah banyak bermesyuarat dengan FA pada awal setiap musim. Mereka memberitahu kami bahawa mereka akan mengawal situasi seperti ini dan akan menghalang mereka yang mahu membuang masa, tetapi pada akhirnya ia tidak ada apa pun yang mereka cegah.”