Alan Shearer telah menasihati Raheem Sterling agar tidak mengambil penalti lagi jika ada Cole Palmer di atas padang.
Kemudian meminta Cole Palmer lebih tegas merampas sahaja bola dari tangan Sterling jika penalti diberikan kepada Chelsea.
Shearer jelas tidak berpuas hati dengan sikap Sterling yang masih mahu diberikan kelebihan sebagai pemain senior untuk mengambil sepakan penalti. Sedangkan rekodnya buruk.
Baru baru ini Sterling sekali lagi gagal menyempurnakan penalti pada aksi suku akhir Piala FA menentang Leicester City.
Chelsea menang 4-2 dalam perlawanan itu namun Sterling diboo peminat sendiri kerana gagal menyempurnakan penalti dan juga melakukan sepakan percuma yang teruk.
Alan Shearer dalam podcast The Rest Is Football tidak melayan alasan kononnya Sterling nak ambil penalti kerana nak naikkan semula keyakinan dirinya di atas padang.
Kerana menurut Shearer statistik menunjukkan Sterling hanya menjaringkan 4 daripada 9 penalti yang dia ambil dalam kariernya.
Pengulas perlawanan sendiri kehairanan kenapa Sterling yang mengambil sepakan penalti itu bukannya Cole Palmer? Kerana menurut pengulas, sepakan penaltinya teruk dan langsung tidak ada sudut sasaran.
Legenda England dan Newcastle, Alan Shearer kemudian meminta Cole Palmer merampas sahaja bola dari Sterling kerana pemain itu tidak harus mengambil penalti selagi lagi Palmer ada di padang.
“Apa sebabnya entah dia boleh ambil bola daripada Palmer? Palmer tu skor 5 penalti daripada 5 percubaan.”
Alan Shearer was not happy about Raheem Sterling taking yesterday’s penalty. He felt Cole Palmer should have taken it. pic.twitter.com/df2b3Fa4Tl
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) March 18, 2024
Micah Richards kemudian menyatakan, Cole Palmer mungkin memberikan Sterling bola untuk melakukan penalti itu bagi membantu pemain itu menaikkan semula keyakinannya.
Malangnya Alan Shearer tidak melayan hujah tersebut. Dia menambah: “Ah… pedulikanlah benda mengarut konon konon atas tujuan murni,’saya nak naikkan semula keyakinan saya’ dan semua benda macam tu.
“Cole Palmer sangat berjaya dalam penalti, 5 gol daripada 5 percubaannya. Cole Palmer harus kata: ‘Pergi dari sini, aku yang akan ambil penalti ini’. Simple.”
Alan Shearer on Raheem Sterling (4 penalty goals of 9 chances in his career) taking the penalty instead of Cole Palmer: “Forget about all that being nice shit, ‘I want to get my confidence up’ and all that. Cole Palmer has been successful at penalties, 5 out of 5. ‘Get off, I’m taking it’. Simple.”
byu/MrVISKman insoccer
Pandangan Shearer itu jelas agak ekstrim namun ramai penyokong Chelsea sendiri setuju bahawa Sterling tidak harus mengambil sepakan penalti lagi selepas ini.
Dia sudah banyak diberikan peluang untuk membuktikan dirinya dalam skuad The Blues. Pemain pemain muda yang lain sentiasa mengalah ketika sepakan percuma di luar kotak penalti apabila Sterling mahu melakukannya.
Raheem Sterling merupakan antara bintang mahal yang dibeli oleh Chelsea sebelum ini. Namun masih gagal menunjukkan kualiti yang dimahukan daripadanya. Dia juga bergelut untuk memberikan aksi terbaik secara konsisten.