Shebby: JDT Satu Langkah Ke Belakang Ambik Sumareh Yang Setaraf Akhyar Rashid Sahaja

Pundit dan pemerhati bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menganggap Johor Darul Ta’zim berundur satu langkah ke belakang jika mengambil Mohamadou Sumareh.

Shebby tergerak hatinya untuk mengulas perkara itu selepas mendengar rumors mengaitkan Sumareh dengan JDT.

Kontrak pemain naturalisasi pertama Malaysia itu akan berakhir pada akhir musim ini, selepas 3 tahun di Pahang.

Sumareh bebas untuk memilih pasukan pada musim hadapan. Dan desas desus kuat mengaitkan The Keliboy dengan JDT.

Shebby tak happy

Shebby tidak gembira mendengar berita itu. Kerana menurutnya, tiada yang istimewa mampu dibawa Mohamadou Sumareh ke skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya pemain kebangsaan itu menyertai Harimau Selatan.

Shebby melihat Sumareh hanya setaraf dengan bakat tempatan yang lain yang sedia ada di JDT.

Oleh itu beliau menyarangkan agar JDT menilai semula dan memikirkan sedalamnya untuk perkara itu. Shebby malah mencadangkan JDT mendapatkan pemain import yang lebih bagus daripada Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera.

Dipetik dari BH Online, bekas pemain kebangsaan itu berkata: “Benda ini memang menjadi kebiasaan setiap pasukan mencari pemain tempatan terbaik dan kalau dari aspek perpindahan, tidak menghairankan sebab kita lihat Matthew Davies pun sudah beraksi dengan JDT. Setiap pemain tempatan juga bercita-cita menyertai pasukan terbaik.”

“Namun, dari aspek teknikal, adakah Sumareh akan membawa sesuatu yang istimewa kepada JDT? Tidak. Pada pendapat saya, tahap dia lebih kurang pemain tempatan sahaja, bagi JDT ia bukan langkah ke depan, jadi tiada yang istimewa JDT akan dapat sekiranya ambil dia.”

“Kalau JDT ingin beraksi atau mempersembahkan tahap bola sepak lebih tinggi, mereka harus mencari pemain yang lebih baik dari yang baik. Macam Diogo, Cabrera, itu tahap tinggi, kita lihat Safawi Rasid sudah meningkatkan tahap persembahannya,” katanya kepada BH Sukan.

Shebby kemudian tidak menghalang jika Sumareh mahu ke JDT jika mendapat tawaran. Cuma beliau tidak yakin JDT harus menawarkan kontrak itu kepada Sumareh.

Malah pada ketika ini Safawi Rasid lebih baik daripada penyerang sayap Pahang itu. Sumareh tidak menepati kriteria diperlukan JDT untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Kedua duanya adalah pemain sayap kanan. Di kem kebangsaan, Safawi Rasid dikorbankan ke posisi sayap kiri.

“Kalau dia dapat tawaran dari JDT, pergilah. Tapi untuk JDT, sekiranya mereka inginkan seorang pemain yang beraksi di tahap tertinggi, Sumareh bukan (pemain) yang memiliki kriteria itu dan Safawi lebih baik daripada dia.

Sumareh setaraf Akhyar Rashid

“Bagi Sumareh kita tidak boleh anggap sebagai pemain tempatan, tahap dia harus dinilai sebagai pemain import. Namun dia tiada tahap pemain import dan kalau dilihat dari segi pemain tempatan, dia baguslah.”

“Apa beza Akhyar (Rashid) dengan Sumareh? Tiada perbezaan. Jadi JDT kalau nak maju kena cari pemain yang bertahap pemain import,” katanya.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah