Sheffield United menjadi kelab EPL yang terbaru dikenakan pemotongan mata. Sebelum ini Everton dan Nottingham Forest sudah pun dikenakan tindakan tersebut.
EFL memutuskan bahawa Sheffield United dikenakan pemotongan 2 mata. Namun hukuman itu hanya berkuatkuasa jika Sheffield diturunkan divisyen ke divisyen kedua musim hadapan.
Mereka akan memulakan kempen musim hadapan dengan negatif dua mata. Ketika ini Sheffield termendap di dasar carta EPL.
Jawatankuasa disiplin bebas telah mengenakan hukuman itu setelah kelab itu ada tunggakan beberapa bayaran pada 2022/23.
Mereka memenangi promosi ke EPL pada musim tersebut.
Akibat gagal melangsaikan bayaran tunggakan hutang selama 550 hari, maka EFL mengaktifkan peraturan kewangan yang membawa kepada pemotongan dua mata.
Sheffield sebelum ini berhutang dengan banyak kerana mereka yakin akan dapat membayarnya apabila mereka berjaya memenangi promosi. Malangnya, selepas naik ke EPL, mereka mengabaikan hutang tersebut dan menggunakan wang untuk membeli pemain.
Sheffield dalam kenyataannya menerima pemotongan dua mata tersebut dan berharap masalah ini akan dapat diselesaikan segera. Agar kelab tidak berdepan dengan kekangan di jendela perpindahan akan datang.
Sheffield menyatakan bahawa tunggakan hutang tersebut berlaku pada beberapa bayaran kerana berlaku proses pelarasan semula bayaran.
Dan banyak hutang lain yang mereka sudah lunaskan. Tunggakan bayaran tersebut melibatkan transaksi pembelian 3 pemain. Di mana tunggakan bernilai £8 juta berlaku kerana berlaku kerumitan dalam pembayaran yang bercampur aduk dari segi matawang euro dan pound sterling, kata kelab itu.
Pemilik kelab, Putera Abdullah sebelum ini cuba menjual kelab itu namun gagal. Kelab kemudian menjual pemain bintang mereka ke Burnley iaitu Sander Berge. Sementara Iliman Ndiaye dijual ke Marseille. Yang memberikan mereka pulangan £35 juta.