Sheila On 7: Kisah Kegemilangan Legenda Indo Pop

Sheila On 7 dianggap sebagai pembuka pagar paling besar untuk artis Indo Pop masuk ke dalam pasaran Malaysia.

Memang sebelum itu artis Indonesia sudah ramai yang popular di Malaysia namun selepas pagar itu dibuka oleh SO7, ianya adalah level yang berbeza.

Kumpulan ini diasaskan oleh pelajar SMA terdiri daripada Duta (Vokal), Eross (gitar), Sakti (gitar), Adam (bass) dan Anton (drum) pada 1996.

SHEILA

Pada awalnya S07 digelar W. H. Y Gank dan kemudiannya SheilaGank. Mereka kerap menyertai kugiran dianjurkan untuk para remaja. Namun awalnya, SheilaGank lebih banyak membawa lagu Bon Jovi, U2, OASIS serta artis Indonesia yang lain.

Merekan kemudian telah menambahkan keyakinan mereka untuk membawa lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Selepas itu SheilaGank telah berjaya menarik perhatian Sony Music Indonesia. Mereka kemudian resmi mengubah nama bandnya menjadi Sheila On 7.

Disebabkan nama SheilaGank kurang nilai komersial, mereka dinasihatkan untuk menukar nama itu. Mereka akhirnya memilih Sheila On 7.

Kenapa Sheila? Siapa Sheila?

Satu nama yang penting dalam karier mereka. Sheila adalah kawan mereka ketika sekolah dan selalu pergi dengan mereka ke mana sahaja. Seorang gadis yang telah menjadi simbol kepada salah satu kumpulan paling berjaya di nusantara.

Eross prnah mendeddahkan siapakan gadis bernama Sheila ini. Dia gadis biasa yang memang rapat dengan mereka. Eross juga berkata:

“Kami sepatutnya memberikan royalti kepada empunya nama ini, disebabkan dia seorang yang baik hati dia hanya meminta kaset (album) setiap kali kami menerbitkan album baru.”

On 7 adalah merujuk kepada atas nada do-re-mi yang ada 7 tangga nada. Jadi, Sheila On 7 pun dihasilkan.

DAN…

Selepas berjaya menyelesaikan beberapa isu dan perbincangan, Sheila On 7 menghasilkan album EP yang self-titled pada 1999.

Lagu Dan.. banyak digunakan oleh S07 di dalam promosi awal mereka. Dengan syarikat besar seperti Sony Music, promosi menjadi mudah dan peminat cepat menantikan material lain di dalam album ini.

Dan telah diletakkan dalam track no.6 dalam album pertama mereka. Tertatih diletakkan sebagai track pertama.

Ini adalah setlist lagu mereka dalam album Sheila On 7 (1999)

01. Tertatih
02. Kita
03. J.A.P
04. Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki
05. Pe De
06. Dan
07. Terlintas 2 Kata
08. Berai
09. Bobrok
10. Perhatikan, Rani!

Album ini menjadi fenomena ketika itu. Lagu Dan serta Anugerah Terindah yang Pernah Ku Miliki menjadi hits. Begitu juga dengan J.A.P.

Banyak Anugerah yang mereka dapat hasil daripada EP ini. Mereka meraih Double Platinum Award daripada Sony Music Asia 1999, Song of The Year (Dan) di MTV Ampuh 2000 dan Best New Artist dalam MTV VMA 2000.

Seperti yang sudah dijangka, S07 akan mempercepatkan album kedua selepas hype daripada album pertama.

Ramai juga merasakan ia agak awal kerana album pertama masih terlalu laku dan masih ramai yang mencari album itu di kedai muzik.

Adakah album kedua akan mampu mengatasi standard yang tinggi diletakkan album pertama?

LIHAT, DENGAR, RASAKAN

Jawapannya YA!

Kisah Klasik Untuk Masa Depan telah menjadi fenomena. Album yang lebih matang dengan susunan muzik yang lebih kemas.

Segalanya serba serbi sempurna untuk album ini.

Album ini telah menjadi album penting untuk mengukuhkan cengkaman S07 di Indonesida dan Malaysia.

Album ini seakan-akan digunakan sebagai medium untuk meyakinkan peminat baru mereka, bahawa mereka akan memberikan lebih banyak lagi selepas ini.

Album yang membuka pagar sebesar-besarnya kepada artis pop indo yang lain selepas itu. Inilah dia. Setlist untuk album ini.

1. Sahabat Sejati
2. Bila Kau Tak Disampingku
3. Sephia
4. Just For My Mom
5. Temani Aku
6. Sebuah Kisah Klasik
7. Pagi Yang Menakjubkan
8. Lihat, Dengar, Rasakan
9. Tunggu Aku di Jakarta
10. Karna Aku Setia
11. Tunjuk Satu Bintang
12. Selamat Tidur

Hampir kesemua lagu dalam album ini hits. Sephia menjadi nadi utama album ini dengan personally aku rasa lagu Tunjuk Satu Bintang tu antara karya mereka yang underrated kerana banyak radio lebih fokus kepada 3 trek pertama.

Album ini juga menjadikan Sheila On 7 sebagai band paling berpengaruh di Indonesia ketika itu. Apa sahaja tentang mereka menjadi kegilaan.

SEBERAPA PANTAS (LAYAK)?

Sememangnya mereka pantas (baca dalam nada emak bawang merah).

Album ke-3 “07 Des” terbit pada 2002. Lagu-lagu seperti “Buat Aku Tersenyum” dan “Seberapa Pantas” terus menawan corong radio muzik di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Mereka juga terlibat dengan projek OST 30 mencari Cinta sebagai projek ekslusif. Mereka menghadiahkan buah tangan 4 lagu dalam filem ini dengan 2 lagu utama, Melompat Lebih Tinggi dan Berhenti Berharap.

Nama SO7 menjadi ekslusif dan mereka kini menjadi antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri muzik Nusantara.

DILEMA

Mereka kemudian berhadapan dengan masalah untukmengeluarkan album ke-5. Ini selepas Anton mulai buat hal dan ada masalah disiplin.

Sheila on 7 menerbitkan album Penjantan Tangguh pada 2004. Anton digantikan dengan Brian sebagai ahli sementara.

Pada 2006, SO7 kehilangan seorang lagi original member band mereka iaitu Sakti yang mahu menumpukan pelajaran di Pakistan. Beliau tidak mampu komited dengan jadual band.

Selepa itu Sheila On 7 mendapatkan khidmat Brian secara tetap dan gagal untuk memperbaiki hubungan dengan Anton.

Mereka menerbitkan album 507 pada 2006 dan Menentukan Arah pada 2008. Mereka sukar untuk mendapatkan magis lama mereka. Dalam show mereka tetap lagu-lagu daripada album lama mereka menjadi pilihan dan siulan peminat mereka.

Pada 2014 mereka mengakhiri kerjasama dengan Sony dan kembali menjadi indie. Mereka dianggap sebagai salah satu artis terbaik sepanjang zaman bekerjasama dengan Sony Indonesia dengan lebih sejuta unit album dijual hanya dalam 3 album pertama.

BERLAPANG DADA

Eross masih lagi mahu berkarya dan menghiburkan peminat mereka selagi termampu walaupun kini mereka bernaung di bawah label sendiri.

Itulah kisah Sheila On 7 yang memang sudah menulis Kisah Klasik Untuk Masa Depan pada satu ketika dahulu. Lirik lagu yang sangat bermakna menggambarkan mereka pada hari ini.

Sedikit bait lirik lagu tersebut:

Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar’na hari ini yang ‘kan kita rindukan
Di hari nanti…

Sheila On 7 pada hari ini kerap melakukan konsert reunion, untuk mengajak peminat mereka mengenang kembali saat kegemilangan mereka serta saat berteman dengan lagu lagu mereka di corong radio serta walkman.

Macam biasa, apa top 3 song pilihan anda.

Baca yang lain