Shevchenko Kongsi Detik Penalti Kejuaraan UCL Dan Kegilaan Inzaghi Kepada Bola Sepak

Bekas penyerang AC Milan, Andriy Shevchenko mengungkapkan apa yang ada dalam fikirannya sebelum melakukan sepakan penalti penentuan dalam Final Liga Juara-Juara 2003 menentang Juventus.

Dia juga berkongsi apa yang dilakukan rakan sepasukannya ketika itu, Filippo Inzaghi, pagi sebelum perlawanan.

Andriy Shevchenko sudah pun bersara dan kini menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Ukraine. Sheva dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah.

Shevchenko menjuarai dua Liga Juara-Juara di AC Milan, yang pertama pada tahun 2003, ketika Rossoneri mengalahkan Juventus menerusi penalti. Dan yang kedua beliau tidak begitu menjadi perhatian kerana tidak memainkan peranan besar dalam skuad Chelsea.

Sheva berkongsi detik penalti kejuaraan UCL dengan menewaskan Juventus di final.

“Saya selalu mempunyai keraguan tetapi tidak pernah takut. Saya memikirkan banyak perkara ketika saya akan melakukan penalti. Saya memikirkan masa kecil saya di Chernobyl, rakan-rakan saya yang meninggal, dan semuanya.”

“Saya berkata, ‘Jangan berubah fikiran setelah anda memutuskan di mana hendak menghalakan bola penalti itu.’ Saya ingat meletakkan lidah saya di bibir saya, dan saya menyedari mulut saya benar-benar kering.”

“Saya menatap pengadil kerana bunyi dan semua yang lain, saya tidak ‘dengar’. Selepas wisel dibunyikan saya mara.”

“Ketika bola berada di tengah jalan, saya melihat Buffon bergerak ke arah yang bertentangan. Saya sudah merasakan keraian dahulu sebelum orang lain kerana ia akan kekal diingati dalam sejarah AC Milan.”

Shevchenko ketika itu bergandingan Filippo Inzaghi. Pada sebelah pagi hari final tersebut, Sheva melihat ‘Pippo’ berlatih serealistik yang mungkin.

Paling menarik, walaupun Inzaghi dikenali sebagai king ofsaid, namun Sheva mendedahkan rakannya itu berlatih mengelak ofsaid dengan pengadil khayalannya.

“Pippo taksub dengan bola sepak. Pagi sebelum Final, saya bangun dan melihat ke luar bilik saya. Kami menginap di hotel berhampiran padang golf.”

“Saya melihat seseorang berlari sendirian, membuat beberapa gerakan dan melihat-lihat untuk melihat seolah olah apakah pengadil yang tidak meniup wisel offside. ”

“Dia berlatih menjaringkan gol dan melakukan perayaan gol imaginasinya. Orang itu adalah Pippo.”

Gennaro Gatusso juga pernah mendedahkan hal yang sama tentang Izaghi. Dengan teknologi yang terhad pada masa itu, Inzaghi banyak menoton pita video dan catatan buku untuk analisis lawannya.

Menurut Gatusso: “Inzaghi akan berusaha mendapatkan video lawan seterusnya. Dia akan mengkaji mereka sehingga sehari suntuk. Dia ‘tahu’ segala-galanya mengenai mereka.”

“Inzaghi sangat obses (taksub) untuk hal-hal seperti itu. Ramai berfikir Pippo hanya bernasib baik di dalam padang. Ianya silap. Ia kerana persediaan rapi Pippo.”

“Jika pemain tengah tidak menuruti kehendak beliau ketika latihan; contohnya jika hantaran lintang tidak tepat dari arah tertentu, Pippo akan sangat marah dan merajuk.”

“Ini kerana, ia seperti merosakkan kajiannya. Kajian Pippo melibatkan kelemahan pemain pertahanan lawan yang akan kami tentang nanti.”

Baca yang lain