Era Roman Avramovich telah menyaksikan banyak kejayaan yang telah diraih oleh Chelsea.
Ia merangkumi 5 kejuaraan Liga Perdana, 5 Piala FA, 1 Liga Juara Eropah dan 2 Piala Liga Europa.
Beberapa pembelian hebat dilakukan dalam tempoh itu seperti Didier Drogba, Michael Essien dan Cesar Azpilicueta.
Dalam tempoh itu Chelsea melakukan banyak pembelian yang mengejutkan, jadi tidak hairan ramai pemain yang dibeli dan banyak wang telah dihabiskan oleh kelab ini sejak bertahun-tahun.
Namun tidak semua pemain yang dibeli berjaya menepati jangkaan awal, berikut merupakan XI pemain terbhuruk yang dibeli dalam era Avramovic.
GK. KEPA ARRIZABALAGA (£ 71.6 Juta)
Sebelum itu Chelsea telah berjaya mendapatkan beberapa penjaga gol berkelas dunia seperti Petr Cech dan Thibout Courtois.
Chelsea memecah rekod dunia bagi penjaga gol ketika membeli Kepa tahun 2018 dengan harga £ 71.6 juta.
Pada permulaanya Kepa jauh lebih menyakinkan.
Kepa mempunyai kontroversi dengan Maurizio Sarri ketika perlawanan akhir League Cup, perlawanan yang berlarutan ke penentuan sepakan penalti.
Pada musim ini Kepa sudah digugurkan beberapa perlawanan oleh Frank Lampard.
Dijangka Kepa akan dijual pada penghujung musim ini dan Chelsea juga telah dilaporkan sedang mencari penjaga gol baharu.
DR. KHALID BOULAHROUZ (£ 8.5 Juta)
Seorang pertahanan versatile yang diberi nama gelaran the cannibal. Dibeli oleh Chelsea pada tahun 2006 dengan harga £ 8.5 juta dan pada ketika itu ia merupakan harga yang mengejutkan.
Khalid gagal serta merta, tidak menampilkan sebarang prestasi yang mengagumkan. Dia dijual ke Stuggart selepas 2 musim berada di Stamford Bridge dengan separuh harga yang mereka bayar.
DL. ASIER DEL HORNO (£ 8 Juta)
Pemain Sepanyol ini bernilai £ 8 juta pada 2005 tetapi hanya bertahan 1 musim di Stamford Bridge selepas menampilkan beberapa persembahan goyah.
Peristiwa terburuk berlaku kepada pemain ini semasa bertemu Barcelona dalam pertandingan Liga Juara Eropah.
Dia dibuang padang pada babak pertama selepas melakukan kekasaran terhadapa Lionel Messi.
Chelsea hanya memerlukan keputusan seri, tetapi mereka tewas dan terkeluar dari pertandingan tersebut.
DC. TAL BEN HAIM (Percuma)
Pada awalnya pertahanan ini ditandatangi untuk dijadikan pemain simpanan pada tahun 2007. Ben Haim dijadikan pemain utama selepas John Terry dan Ricardo Carvalho mengalami kecederaan.
Tanpa dijangka Mourinho telah meninggalkan Chelsea hanya beberapa bulan selepas ketibaan Ben Haim.
Penggantinya, Avrant Grant Ben menganggap Ben Haim dibawa masuk untuk dijadikan pemain pilihan pertama, namun hakikatnya pemain ini sebenarnya mempunyai keupayaan sebagai pilihan ke-4.
DC. PAPY DJILOBODJI (£ 2.7 Juta)
Dibeli dengan harga £ 2.7 juta dari Nantes pada musim ke-2 Mourinho di Chelsea.
Pertahanan Senegal ini jelas tidak memenuhi apa yang dimahukan kelab, hanya tampil 1 kali dalam PLeague Cup sebelum dipinjamkan ke Werder Bremen.
Selepas setahun bersama Chelsea, pemain ini dibeli oleh Sunderland dengan harga yang agak tinggi, sekitar £ 8 juta.
Selepas Sunderland tersingkir ke League 1 (divisyen 3), Djilobodji memohon untuk keluar dari kelab.
Pada pra musim pemain ini diarahkan kembali ke sesi latihan, namun dia gagal melaporkan diri.
Apabila Djilobodji kembali, dia gagal melepasi ujian kecergasan dan melanggar kontrak.
MC. MANICHE (Pinjaman)
Maniche merupakan salah seorang pemain yang memenangi Piala UEFA dan Liga Juara Eropah bersama Porto di bawah pengurusan Mourinho.
Pemain tengah Portugal ini dibawa masuk pada tahun 2006 dalam terma pinjaman dari Dynamo Moscow.
Namun dia mengalami pengalaman buruk pada perlawanan debut bersama Chelsea.
Dia gagal menyudahkan peluang di depan pintu gol yang hanya berjarak 6 ela, Maniche kemudiannya dikeluarkan selepas 17 minit bermain.
Chelsea memenangi kejuaraan Liga Perdana pada musim tersebut, namun Maniche tidak mempunyai jumlah perlawanan yang cukup untuk mendapat medal kejuaraan.
Akhirnya Chelsea memilih untuk tidak menjadikannya pemain kekal di Stamford Bridge.
MC. JUAN SEBASTIAN VERON (£ 15 Juta)
Sebastian Veron agak bergelut di Old Trafford selepas pemain Argentina ini dibeli oleh Sir Alex Ferguson dari Lazio dengan harga £ 28.1 juta.
Selepas 2 musim disana, Veron menyertai Chelsea dengan harga £ 15 juta.
Dia diharapkan kembali menemui prestasi seperti di Lazio, tetapi dia sekali lagi gagal di England. Sebastian Veron hanya bermain 14 kali sebelum dipinjamkan ke Inter Milan.
Selepas itu dia sekali lagi dipinjamkan ke kelab negara asalnya Estudiantes.
MC. STEVE SIDWELL (Percuma)
Mourinho membuat satu keputusan aneh apabila membawa masuk pemain ini. Sidwell merupakan bekas pemain Reading telah tamat kontrak dan sudah menjadi ejen bebas.
Sidwell merasakan dia mampu untuk memberi saingan kepada Frank Lampard dan Michel Essien. Akhirnya bergelut untuk memantapkan dirinya dan dijual pada musim berikutnya.
SC. RICARDO QUARESMA (Pinjaman)
Ketika Mourinho di Inter Milan, dia telah membeli pemain Quaresma dari Porto, namun agak kurang digunakan.
“Dia mempunyai bakat luar biasa, saya gembira melihat cara Zlatan Ibrahimovic bekerja bersama pasukan yang tidak dimiliki Quaresma.” kata the special one
“Quaresma harus belajar atau dia tidak akan bermain. Saya yakin dia akan berubah dan lebih berdisiplin secara taktikal.”
“Dia suka menendang bola menggunakan outside foot, jika anda bertanya tentangnya beberapa bulan lepas, saya akan bercakap mengenai Quaresma yang lain.”
Mourinho berjaya membawa pemain ini ke Chelsea pada pertengahan musim sebagai pemain pinjaman.
Bagaimanapun Quaresma hanya membuat 4 penampilan di Liga Perdana sebelum kembali ke Inter Milan pada musim baharu 2009.
SC. ANDRIY SHEVCHENKO (£ 30.8 Juta)
The Blues sudah lama mahu mengidamkan Shevcenko dan akhirnya berjaya mendapatkannya melakukannya pada tahun 2006 dengan yuran perpindahan £ 30.8 juta.
Shevchenko gagal merekod statistik jaringan yang boleh menujukkan dirinya sebagai penjaring prolifik seperti dilakukannya di AC Milan dan Dynamo Kiev.
Shevchenko hanya menjaringkan 9 gol dari 48 penampilan Liga Perdana sebelum kembali ke Kiev.
SC. FERNANDO TORRES (£ 50 Juta)
Torres menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £ 50 juta pada Januari 2011, ia memecahkan rekod perpindahan di England.
Walaupun dia membantu the blues memenangi Liga Juara Eropah, termasuk gol yang tidak boleh dilupakan ketika menentang Barcelona dalam perjalanan ke final, dia akan menjadi persoalan untuk dikenang sebagai pemain yang betul atau salah.