Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong, percaya pasukannya telah banyak meningkat dan menjadi semakin bagus menjelang Piala Asia 2023.
Skuad Garuda telah membuat persiapan untuk Piala Asia sejak Disember tahun lalu. Di mana mereka berhimpun dalam kem latihan di Turki.
Indonesia sempat melakukan 3 perlawanan pemanas badan sebelum ke Piala Asia 2023.
Walaupun keputusan di atas padang kurang memberangsangkan namun Shin Tae Yong lebih menilai pasukannya dari segi keserasian dan corak permainan.
Di mana jurulatih tersebut sangat berpuas hati dengan prestasi Indonesia. Keputusan di atas padang tidak menggambarkan keadaan sebenar pasukan Indonesia menurut jurulatih itu lagi.
Indonesia kalah 0-4 dalam aksi menentang Libya. Dan kalah 1-2 kepada pasukan yang sama dalam pertemuan kedua mereka. Aksi terakhir mereka menentang Iran, di mana Garuda dibelasah 5-0 oleh Iran.
Ujian sebenar pertama mereka adalah menentang Iraq pada 15 Januari akan datang.
Shin Tae Yong menegaskan bahawa Indonesia benar benar sudah bersedia. Persiapan awal yang dibuat banyak membantu mereka dalam membentuk pasukan yang lebih baik.
“Pemain semakin baik,” kata Shin Tae-yong selepas kekalahan besar 0-5 di tangan Iran.
Shin Tae Yong meminta peminat Indonesia tenang. Kerana 3 perlawanan pemanas badan itu adalah medan untuk menguji pemain pemain mereka sahaja. Dengan skuad yang besar dibawa, maka beliau cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk memberikan peluang kepada ramai pemain muda.
“Itu perkara biasa, kerana kita ada skuad yang besar,” tegas jurulatih itu lagi sambil berjanji bahawa keputusan memalukan di tangan Iran tidak akan berlaku lagi.
“Kami tewas kepada Iran dengan lima gol. Tetapi tidak mengapa kerana kita turunkan pemain muda yang masih gementar.
“Pemain muda berasa gementar dan kami melakukan kesilapan yang tidak biasa kami lakukan dan dibolosi tiga gol,” tegasnya lagi
Shin Tae-yong menambah bahawa semua perlawanan pemanas yang mereka sertai benar-benar membantu pasukan.
Dia menganggap bahawa mereka belajar banyak pengajaran selepas perlawanan ini.
“Kekalahan dan pengalaman itu pasti membantu kami dalam kejohanan itu,” akhirinya.