shin tae yong

Shin Tae Yong Jelaskan Secara Taktikal Kekalahan Indonesia: “Keeper Tak Sempat ‘Kenal’ Padang Lagi”

Pasukan kebangsaan Indonesia tewas pada aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 kepada pasukan kebangsaan Vietnam.

Beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi, skuad yang digelar Timnas kendalian Shin Tae-yong tewas dengan jaringan 0-2. Menerusi dua gol Nguyen Tien Linh – di mana kedua duanya dilakukan pada awal babak setiap separuh masa.

Kekalahan ini menjadikan Indonesia gagal mara ke final Piala AFF 2022. Kerana, pada pertemuan pertama menentang Vietnam di Stadium Utama Bung Karno minggu lalu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Sukar Shin Tae-yong berkata, dalam perlawanan ini, pasukan Pemain Indonesia belum menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

Salah satu sebab kenapa gol pertama daripada tuan rumah. Di mana penjaga gol mereka, Nadeo Argawinata masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Fokus beliau terganggu dan tidak sepenuhnya kepada perlawanan, lalu dia dibolosi

“Dalam gol pertama, penjaga gol kami melakukan kesilapan ketika cuba menangkap bola,” kata Shin Tae-yong dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

“Itu kerana pemain secara keseluruhannya belum menyesuaikan diri secara optimum dengan padang,” tambah pakar taktikal dari Korea Selatan itu.

Keadaan padang di stadium My Dinh menjadi subjek kritikan media Indonesia. Walaupun menteri dan penyelia padang di Vietnam memuji kondisi rumput padang mereka.

Pihak VFF sudah menyatakan bahawa rumput di stadium itu sebenarnya sangat bagus cuma tak cukup hijau kerana masalah fotonsintensis. Di mana Vietnam sedang dalam musim tengkujuh dan kurang cahaya matahari. Itu yang mereka jelaskan.

Malah VFF menyatakan mereka bangga kerana padang mereka mendapat pujian daripada AFF. Dianggap cukup bagus untuk menganjurkan pertandingan taraf piala AFF.

Bagaimanapun, Park Hang Seo sendiri sebenarnya tidak gembira dengan padang yang tidak diselenggara dengan baik. Dan mengingatkan pemainnya agar menggunakan but dengan stud yang sesuai.

Vietnam berjaya melepaskan Indonesia apabila perlawanan hanya berjalan selama tiga minit pada separuh masa pertama, dan dua minit pada separuh masa kedua perlawanan.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Nguyen Tien Linh dalam aksi yang agak tegang di antara kedua dua pasukan. Boleh dikatakan pada separuh masa pertama, perlawanan tidak ada rentak daripada kedua dua pasukan kerana seringkali berlaku kekecohan dan pergelutan antara pemain.

Shin Tae-yong mengakui bahawa dia telah meminta pasukannya berhati-hati pada awal dan akhir setiap babak perlawanan. Dia juga mengingatkan pemain pemain Indonesia tentang bahaya ancaman serangan balas pantas daripada Vietnam.

Kerana ia adalah fasa yang penting. Namun dia kecewa kerana fokus dan konsentrasi pemain semakin menurun. Dia menjelaskan pandangannya dari sudut taktikal.

“Konsentrasi pemain semakin berkurangan. Walaupun saya sentiasa mengingatkan pemain supaya berhati-hati terutama pada lima minit pertama dan lima minit terakhir permainan,” kata Shin Tae-yong.

Keputusan ini membuatkan Shin Tae-yong gagal meneruskan pencapaiannya di Piala AFF 2020. Ketika itu dia berjaya membawa pasukannya ke final.

Pada perlawanan akhir Piala AFF edisi sebelum ini, Indonesia gagal bergelar juara kerana tewas kepada Thailand dengan agregat 2-6. Skuad Garuda tewas 0-4 pada perlawanan pertama, dan pertemuan kedua seri 2-2.

Indonesia melanjutkan lagi rekod tanpa kejuaraan Piala AFF 2022. Walaupun mereka boleh dikira antara pasukan kuat dari kalangan negara Asean. Banyak melahirkan bintang yang hebat hebat.

Di media sosial, sudah ada suara suara daripada segelintir peminat yang mendesak agar Shin Tae-Yong dipecat.

Namun ramai juga yang masih memberikan kepercayaan kepada Shin Tae Yong selepas apa yang dia lakukan selama ini.

Baca yang lain