Shin Tae Yong Jujur Dedah Ada 3 Perkara Yang Boleh Menjatuhkan Negara Indonesia Dalam Bola Sepak

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia Shin Tae Yong secara jujur ​​mendedahkan beberapa kelemahan para pemain Indonesia.

Shin Tae Yong turut mendedahkan beberapa sisi buruk pemain Indonesia menerusi podcast Deddy Corbuzier.

Menurutnya, terdapat tiga perkara yang kurang daripada pemain Indonesia. Ianya perlu diperbaiki dari semasa ke semasa kerana boleh menjatuhkan bola sepak Indonesia.

Ianya sangat berkait rapat dengan budaya pemain pemain Indonesia yang sudah lama berada di comfort zone mereka sendiri.

Selain itu, isu pemakanan juga menjadi masalah yang terus membelenggu pemain. Daripada pengambilan makanan yang tidak sihat sehinggalah ke jadual makan yang tak teratur membuatkan para pemain berdepan impak kepada prestasi mereka.

“Sejujurnya, saya akan memberitahu anda. Pertama, terdapat kekurangan mentaliti profesional,” kata jurulatih asal Korea Selatan itu.

“Yang kedua mengenai makanan, dan yang ketiga mengenai latihan bebanan [angkat berat],” sambungnya menerusi penterjemahnya.

Perkara ini tiba-tiba membuatkan Deddy Corbuzier bertanya tentang latihan bebanan atau latihan bebanan kepada coach Shin.

Shin kemudian menjawab bahawa pemain bola sepak juga memerlukan latihan bebanan untuk kekuatan fizikal sama seperti atlet lain.

Malangnya ramai pemain Indonesia yang tak tahu apa tujuan sebenar latihan itu. Lebih menyedihkan, ada yang hanya melakukan latihan angkat bebanan itu kerana menurut rutin latihan jurulatih semata mata.

Lantas Shin Tae Yong mendapati sangat ramai pemain Indonesia cenderung mengabaikan kepentingan latihan bebanan. Mereka tidak mengambil serius tentangnya kerana tak tahu apa tujuan paling utama.

“Latihan bebanan amat penting untuk mengukuhkan kekuatan fizikal dan kekuatan pemain,” kata beliau lagi.

“Bola sepak adalah sukan fizikal yang banyak bergantung kepada duel badan. Jadi anda perlu kuat dari segi fizikal kerana – jika tidak, pemain akan mudah cedera,” tambahnya.

Shin Tae Yong dikenali dengan pendekatannya yang sangat tegas dalam melatih pasukan.

Dan kini semaki ramai anak muda yang faham tujuan sebenar sesuatu latihan.

Beliau merupakan jurulatih yang membimbing skuad senior dan skuad B-23 Indonesia. Ini memudahkan beliau untuk menjadikan DNA bola sepak terutama sekali dari segi corak permainan dan taktikal itu selari di peringkat pasukan utama dan skuad pembangunan.

Shin Tae Yong sebelum ini hampir sahaja meletakkan jawatannya kerana konflik dengan PSSI. Namun akhirnya dia mengalah dan berunding dengan PSSI mencari penyelesaian atas beberapa perkara. Semuanya demi peminat Indonesia.

Nama Shin Tae Yong menjadi bualan ramai selepas aksi memberangsangkan ditunjukkan Indonesia dalam Piala AFF Suzuki 2020 baru baru ini. Popularitinya mengatasi mana mana jurulatih lain dalam Piala AFF 2020 yang lalu.

Di mana beliau berjaya membentuk pasukan Indonesia yang sangat menggerunkan sekali dengan berasaskan pemain pemain pemain muda. Pasukan Indonesia mara ke final dalam Piala AFF Suzuki 2020, namun tewas di tangan Thailand. Ini selepas Indonesia beraksi teruk dalam final pertama.

Namun mereka tampil dengan karakter lebih baik pada final kedua.

Rata rata peminat bola sepak Asean terperasan dengan perbezaan corak permainan Indonesia yang ada pada hari ini, di mana lebih bertaktikal dan bertenaga.

Peminat Indonesia sangat sayangkan Shin Tae Yong. Mereka sudah memberikan amaran keapda PSSI agar tidak memecat Shin Tae Yong walaupun mereka gagal menjulang Piala AFF. Kerana jurulatih itu ternyata individu yang paling tepat untuk melatih pasukan kebangsaan mereka.

Shin Tae Yong sedang mempersiapkan pasukan yang akan beraksi dalam Piala AFF Belia pula selepas ini.