Shin Tae Yong Kecam Van Hau Secara Terbuka, Siap Kongsi Video Azam Azmi Sesak Nafas Disiku Pemain Itu

Perang dingin antara Shin Tae-yong dengan seniornya Park Hang-seo berlarutan. Kali ini Shin Tae Yong menuduh pemain harapan Park Hang Seo, Doan Van Hau sebagai suka menipu dan berdrama atas padang.

Piala AFF 2022 ternyata menjadi medan permusuhan di antara Hang Seo dan Tae Yong. Walaupun kedua duanya sangat rapat sebelum ini. Kemuncak kepada perang dingin antara mereka terpancar apabila kedua duanya enggan berjabat tangan selepas tamat perlawanan aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022.

Shin Tae Yong menyindir Park Hang Seo seolah olah merestui permainan kotor Doan Van Hau.

Misalnya ketika aksi antara Vietnam dan Indonesia baru baru ini Doan Van-hau melakukan kekasaran ganas terhadap Dendy Sulistyawan.

Namun pengadil dikaburi lakonan Van Hau yang berguling guling mengerang kesakitan mendakwa sebenarnya dia yang dikasari.

Terjahan bahaya menggunakan kedua-dua kaki menyebabkan Dendy jatuh ke tanah tetapi pengadil cuma memberikan amaran lisan untuk kesalahan kad merah itu. Malah tiada kad kuning sekalipun.

Menerusi catatan pada muat naik akaun Instagram peribadi, Shin Tae-yong berkata pengadil dan pemain mesti menegakkan permainan yang adil dan saksama.

Shin Tae Yong memuat naik video yang menunjukkan bagaimana Doan Van-hau menggunakan dua kakinya untuk mencederakan Dendy Sulytiawan.

Pengendali Indonesia itu turut memuat naik video bagaimana Van Hau mengasari pemain Malaysia, Azam Azmi sehingga pemain itu sukar bernafas.

Korang boleh slide 3 video yang dia kongsikan di IG ini, kalau tak suka boleh swipe!!

STY menulis: “Tidak boleh la kalau usaha ‘pemain’ yang dilakukan selama ini tenggelam kerana pengadil,” tulis Shin Tae-yong di akaun Instagram peribadinya.

“Pengadil dan pemain mesti bermain adil bersama-sama dan saya harap insiden seperti ini tidak lagi berlaku.” dia menambah.

Sementara itu, pada satu ketika lagi, Shin Tae-yong menganggap dia tidak boleh berbuat apa-apa apabila pengadil tidak memberikan penalti kad kepada Doan Van-hau dalam satu lagi insiden

Menurutnya, perkara ini selalunya berlaku dalam perlawanan, sukar untuk dia mengulas kerana keputusan di tangan pengadil.

Park Hang-seo pula mempertahankan Doan Van-hau dan memberikan pujian kepada pemain yang dia gelar sebagai salah seorang pemain terbaik di Asia Tenggara.g.

“Bola sepak adalah sukan yang kompetitif dan banyak cabaran, dan Van Hau boleh menangani banyak situasi buruk itu,” kata Park Hang-seo.

“Kini dia (Doan Van Hau) boleh mengawal dirinya dengan lebih baik,” tambah beliau lagi.

Marc Klok anggap Vietnam memang main jahat

Pemain Indonesia, mengutuk taktikal Vietnam secara terbuka. Di mana menurut Klok, Vietnam memang suka bermain kasar dan agresif.

Antara pemain yang menjadi sorotan media Indonesia ialah Doan Van Hau yang seringkali berjaya mengaburi pengadil dengan drama berlakon menjadi mangsa selepas mengasari pemain lain.

Dalam satu insiden, Van Hau melakukan stamping challenge ke atas Dendy Sulistyawan. Namun tiada layangan kad langsung diberikan pengadil yang terperdaya dengan lakonan Van Hau yang berguling mendakwa dia juga dikasari. Membuatkan pengadil merasakan bahawa ianya situasi 50-50.

Satu lagi insiden, Van Hau mengasari pemain Indonesia dalam kotak penalti, namun tiada penalti diberikan kepada Indonesia. Van Hau sekali lagi berlakon kesakitan dan memenangi sepakan percuma.

Marc Klok tampil dengan kenyataan terbuka menganggap permainan kasar dan kotor merupakan salah satu gaya permainan Vietnam.

Namun Klok gembira kerana Indonesia dapat menanagani gaya permainan mereka dengan turut bermain agresif.

“Memang itu gaya mereka,” kata Klok.

“Saya rasa ada baiknya kita menghalang mereka.”

“Mereka cuba bermain secara agresif dengan kami tetapi strategi itu tidak berjaya kerana kami juga boleh bermain agresif. Dan kami bermain dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Indonesia dan Vietnam sekadar seri dalam aksi separuh akhir pertama.

Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong yakin dan optimis Indonesia akan ke final sekali lagi dengan memenangi aksi di kubu kuat Vietnam di My Dinh.

[VIDEO] Penyokong Indonesia Pelik Van Hau Pakuk Kaki Orang, Dia Berguling Dan Elak Kad Merah

Doan Van Hau terus menjadi public enemy di Indonesia. Beberapa tahun lalu dia telah mengasari Ivan Dimas sehingga berkerusi roda pemain itu dikerjakannya.

Dalam aksi Piala AFF 2022 kali ini, Van Hau menjadi nama yang paling mencuri tumpuan. Bukan kerana gol atau assistnya. Tetapi kerana permainannya yang kotor dan kasar kemudian berlagak menjadi mangsa / play victim.

Ketika menentang Malaysia, Van Hau tidak dihukum walaupun menyiku dada pemain Malaysia.

Dia kemudian berlakon kesakitan ketika pergelutan dengan Azam Azmi dan membuatkan pemain itu dibuang padang.

Dalam aksi antara Indonesia dan Vietnam, Van Hau terus menjadi buah hati pengadil. Kali ini dia terlepas kad merah walaupun ulang tayang dia jelas melakukan bentesan stamping challenge ke atas Dendy Sulistyawan.

Van Hau malah mengerang kesakitan lebih daripada Dendy. Dia berguling guling kononnya dia diterjah dengan bentesan kotor.

Sebaliknya pula yang berlaku ketika ulang tayang.

Ajaibnya dia sekali lagi terlepas sebarang kad amaran.

Jurulatih Vietnam sendiri, Park Hang Seo hanya tersenyum sinis. Dia seolah olah kenal benar dengan perangai Doan Van Hau itu.

Peminat Indonesia menganggap Van Hau sebagai kaki drama. Jika ada VAR sudah tentunya mudah sahaja Van Hau terkena kad, mungkin kad merah.

Kad kuning tu kira dalam tangan untuk bentesan seperti ini.

Satu lagi insiden, Van Hau sekali lagi melakukan kekasaran di dalam kotak penalti ke atas pemain Indonesia. Dan dia meminta foul daripada pengadil lalu mengelak penalti.

Pengulas sendiri kehairanan: “Van Hau sekali lagi terlepas.”