Jurulatih Pasukan Kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong, merakamkan permohonan maaf kepada rakyat negara itu.
Shin Tae Yong akhirnya akur bahawa kubu pertahanan Vietnam memang kebal.
Sebelum ini Shin Tae Yong menganggap Vietnam tidak bolos di peringkat kumpulan kerana pasukan yang mereka lawan di kumpulan B adalah lemah.
Berbanding saingan di kumpulan A yang lebih berkualiti dari segi kualiti pasukan.
Lantas Shin bertekad akan memberikan Vietnam rasa dibolosi pertama kali untuk edisi kali ini.
Vietnam Belum Kebobolan Selama Penyisihan Grup, Shin Tae-yong: Lawan Mereka Lemah https://t.co/OIMk4eHxwz
— 91.3 FM l Bandung (@MNCTrijayaBdg) January 5, 2023
Malang sekali, Indonesia pun gagal dalam kedua dua perlawanan mereka bertemu.
Membuatkan Shin Tae Yong meminta maaf dengan seikhlas hatinya elepas skuad Garuda gagal ke final Piala AFF 2022 kerana disingkirkan Vietnam.
Indonesia tewas 2-0 dalam aksi kedua hasil jaringan Nguyen Tien Linh (minit ke-3′ dan 47′). Sekaligus melenyapkan harapan Indonesia untuk mara ke final buat kali kedua berturut turut.
Shin sangat kesal kerana gagal memenuhi jangkaan peminat ke atasnya dan gagal mengotakan janjinya.
“Kami kalah dalam perlawanan itu dan saya ingin memohon maaf kepada penyokong Indonesia,” kata Shin Tae-yong selepas tamat perlawanan.
Shin Tae Yong turut memuji Vietnam atas kemenangan yang dicapai. Jurulatih berusia 52 tahun itu juga mengakui The Golden Stars bermain lebih baik daripada pasukannya.
“Saya rasa Vietnam bermain dengan baik hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana menang dan mengekalkan rekod bersih tanpa bolos,” katanya lagi.
Timnas Indonesia Disingkirkan Vietnam, Shin Tae-yong: Saya Minta Maaf
#Sindonews #BukanBeritaBiasa .https://t.co/21rgisKdbT
— SINDOnews (@SINDOnews) January 9, 2023
Kegagalan Indonesia agak malang. Ini kerana masyarakat Indonesia sudah lama menanti Indonesia menjadi juara Piala AFF buat pertama kali dalam sejarah.
Vietnam merupakan pasukan pilihan kejohanan. Mereka mahu menghadiahkan hadiah perpisahan paling bermakna untuk jurulatih legenda mereka Park Hang Seo yang membawa mereka nak sehingga ke ranking dalam kalangan 100 teratas dunia.
Park Hang Seo sudah mengumumkan bahawa dia tak akan menyambung kontraknya dengan VFF dan meminta untuk dilepaskan lebih awal selepas tamat pertandingan Piala AFF.
VFF setuju dan kini kakek Park Hang Seo berpeluang untuk menjulang Piala AFF 2022. Hanya 2 perlawanan sahaja memisahkan Vietnam.