Shin Tae Yong Optimis Indonesia Kalahkan Vietnam Di My Dinh

Skuad negara Indonesia tidak patah semangat meski seri tanpa jaringan menentang Vietnam pada leg pertama separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Utama Bung Karno, Senayan.

Garuda tetap optimis mampu menang di tempat lawan dan melepasi cabaran Vietnam untuk mara ke final Piala AFF 2022.

Perlawanan separuh akhir kedua akan diadakan pada hari Isnin minggu depan di Stadium My Dinh, Hanoi.

Dari segi rekod, Indonesia tidak mempunyai rekod yang memberangsangkan apabila melawat kubu kuat Vietnam itu.

Di mana dalam lima kunjungan terakhir mereka ke My Dinh, mereka mencatakan 2 kekalahan dan 3 seri, tanpa sebarang kemenangan.

Jurulatih Pasukan Kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong percaya skuad Garuda akan mempamerkan permainan terbaik mereka di laman sendiri menentang Vietnam.

“Saya akan menyediakan pasukan sebaik mungkin. Keputusan perlawanan akan dibincangkan kemudian. Jadi, kita lihat di atas padang,” kata Shin Tae-yong dalam sidang media selepas tamat aksi di GBK.

Shin berkata, permainan pasukan kebangsaan Indonesia telah berkembang jauh pada kali ini. Lebih matang! Jadi peminat diingatkan agar tidak khuatir dengan masalah gugup di tempat lawan.

Kerana pemain sekarang sudah berpengalaman dan lebih kuat secara mental dan fizikal.

“Secara mental dan fizikal, semuanya berbeza dengan sebelum ini. Jadi tidak perlu risau tentang masalah itu apabila kami bermain di tempat lawan,” katanya.

Masalah utama Indonesia dalam aksi berdepan Vietnam di SGBK adalah penyudah. Di mana mereka memiliki beberapa peluang keemasan yang dipersia siakan.

“Memang ada beberapa peluang yang tidak dapat digunakan dengan baik dan kami tidak dapat meraih kemenangan. Itu malang,” kata Shin.

Indonesia sebelum ini hampir menamatkan kemarau kejuaraan Piala AFF. Tetapi tewas di tangan Thailand pada final.

Kali ini mereka mahu mencuba sekali lagi untuk menamatkan kemarau tersebut.

Mengambil kira Indonesia sebagai salah sebuah negara yang besar dan liga bola sepak yang maju, agak malang kerana mereka kekal tidak berada dalam senarai salah satu pasukan pernah menjuarai pertandingan serantau itu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.