Shin Tae Yong: Padang Latihan Ini Pun Teruk, Lebih Buruk Dari Padang Sekolah Rendah

Shin Tae-yong kembali menyatakan kejengkelannya dengan kemudahan dan fasiliti latihan yang digunakan oleh pasukan kebangsaan B-23 Indonesia untuk dalam Sukan SEA Vietnam 2021.

Sebelum ini, Shin Tae-yong pernah membuat bantahan terhadap padang latihan skuad Garuda Muda menjelang perlawanan pembukaan menentang tuan rumah sebelum ini.

Dia tanpa berselindung telah mengkritik fasiliti yang diberikan sambil mempersoalkan, sama ada Vietnam sengaja mahu mensabotaj mereka?

Menurut Shin Tae Yong, pasukan kebangsaan B-23 Indonesia tidak diberikan padang latihan yang sesuai dan menepati piawaian antarabangsa untuk mempersiapkan diri secara optimum.

Sedangkan ini adalah kejohanan yang berprestij. Seharusnya Vietnam memandang berat isu kualiti padang latihan.

Kondisi padang yang teruk dianggap tidak sesuai dengan latihan taktikal. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kecederaan yang tak diingini.

Shin Tae Yong kemudian menuduh  padang latihan yang digunakan oleh Indonesia lebih teruk daripada padang bola sepak sekolah rendah.

Menurut Shin lagi, salah satu sebab kenapa mereka kalah teruk di tangan Vietnam adalah kerana tidak berlatih dengan sebaiknya.

“Selama 30 tahun saya bermain bola sepak dan sejak kecil, saya telah menyertai banyak kejohanan tempatan dan antarabangsa, ini kali pertama saya melihat padang yang lagi teruk daripada kanak-kanak sekolah rendah,” kata Shin Tae-yong.

Sengaja atak tidak? – Shin

Shin Tae Yong kemudian mempersoalkan adakah tuan rumah sengaja memberikan mereka padang yang teruk memandangkan Indonesia merupakan pesaing kuat mereka.

Shin Tae Yong menjadi keliru.

“Tidak tahu sama ada ini disengajakan atau ini hanya diberikan kepada pasukan Indonesia.”

“Dan kami keliru untuk mendapat layanan seperti ini, sangat bermasalah dan kami sangat kecewa,” katanya.

Dapat padang baru

Selepas bantahan keras oleh Shin Tae-yong, pasukan kebangsaan B-23 Indonesia akhirnya diberi tempat latihan yang baru oleh penganjur.

Indonesia kemudian menggunakan padang latihan tersebut dalam latihan mereka menjelang aksi menentang Filpina.

‘Ini pun barai’ – Shin Tae Yong

Namun, padang latihan baharu mereka juga nampaknya tidak mampu memuaskan hati Shin Tae Yong. Dia masih tidak berpuas hati kerana padang itu ternyata masih tidak sesuai untuk latihan bola sepak moden.

Shin Tae-yong sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan padang latihan yang digunakan oleh pasukannya. Menurutnya padang tersebut masih tidak ada bezanya dengan padang sebelum ini.

Rasa kecewa itu dimuat naik bekas jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan pada Piala Dunia 2018 menerusi akaun Instagram peribadinya, @shintaeyong7777 beserta dengan video.

Selain rumput kering, Shin Tae-yong juga menekankan bahawa padang latihan terlalu kecil saiznya. Kenapa sampai macam tu?

Ini dapat dilihat daripada imej jurulatih yang dimuat naik yang menunjukkan garisan kotak penalti sangat hampir dengan tepi padang.

Padang yang terlalu kecil akan banyak menjejaskan latihan taktikal pasukan kebangsaan Indonesia U-23 yang mahu mereka terapkan pada perlawanan itu nanti.

“Mengapa Vietnam memberi kami padang yang sangat kecil ini sehingga kami tidak dapat berlatih taktikal sebelum hari perlawanan?,” tulis Shin Tae-yong.

Sementara itu, perjuangan Garuda Muda diteruskan pada pusingan awal Kumpulan A Sukan SEA 2021.

Di mana Indonesia akan menentang Filipina pada Jumaat. Pasukan The Azkal merupakan pesaing mereka untuk ke pusingan kalah mati.

Aksi tersebut dijangka akan menjadi sangat sengit kerana kedua dua pasukan memerlukan 3 mata dalam usaha mereka mahu mengiringi Vietnam ke pusingan seterusnya.

Namun bagi pasukan Filipina, seri juga keputusan yang baik. Sementara Indonesia pastinya tertekan mahukan 3 mata.