Shin Tae Yong Salahkan Suar Punca Pemain Hilang Fokus, Ultras Garuda Nafi Bertanggungjawab

Ddalam aksi minit minit akhir perlawanan antara pasukan kebangsaan Indonesia B-19 menentang Vietnam dalam Piala AFF B-19 2022, suasana Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, dilihat mula diselubungi asap daripada suar.

Ini selepas curva Ultras Garuda, mula menyalakan banyak suar.

Jurulatih Pasukan Kebangsaan B-19 Indonesia, Shin Tae-yong, telah mengkritik perbuatan itu sebagai punca pasukannya hilang fokus di atas padang. Pada masa yang sama Shin Tae Yong tidak menafikan semangat penyokong Indonesia.

Menurut Shin, pembakaran suar oleh Ultras antara punca anak anak buahnya gagal mencatatkan kemenangan dan hanya mampu seri 0-0 — walaupun ada beberapa siri peluang.

Selepas tamat perlawanan Shin Tae Yong berkata: “Pertama sekali, saya sangat berterima kasih kepada peminat kerana menyokong kami.”

“Tetapi mercun dan suar pada saat akhir mengurangkan tumpuan pemain kami,” tambah beliau lagi.

Shin kemudian mengingatkan bahawa, Indonesia akan menjadi tuan rumah pada acara rasmi FIFA tahun depan. Kesalahan membakar flare seperti itu meletakkan Indonesia dalam risiko dikenakan sekatan yang berat.

“Jadi kami mohon untuk tidak melakukannya lagi, terutamanya daripada FIFA akan ada sekatan yang besar dan keras,” kata Shin Tae-yong.

“Saya mohon ubah budaya peminat sedikit demi sedikit agar mereka masih bersemangat menyokong kami,” tuntas beliau lagi.

Ultras Garuda kemudian tampil dengan penjelasan mereka. Menafikan bahawa pihak mereka adalah orang yang bertanggungjawab membakar flare itu.

Menurut Ultras Garuda:

“1. Insiden kebakaran berlaku oleh seorang individu yang masuk ke tempat kami.”

“2. Sebelum perlawanan bermula, jauh sebelum perlawanan, kami memberi amaran dan nasihat kepada ahli sama ada melalui mesej kumpulan WhatsApp atau secara bersemuka sebelum perlawanan bermula.”

Ultras Garuda Indonesia juga mengakui telah mengambil tindakan terhadap pelaku yang membawa suar dengan pantas.

Mereka berjanji pada perlawanan berikutnya menentang Brunei Darussalam, Ultras akan bekerjasama dengan pihak keselamatan stadium.

“3. Apabila suar dinyalakan, kami segera mengambil tindakan terhadap orang itu.”

“4. Penyelaras kami membantu pasukan keselamatan untuk mengawal di pintu masuk dan memeriksa suar.”

“5. Bukti bahawa kami sangat bekerjasama dalam mewujudkan komunikasi yang sengit dengan pasukan keselamatan.”

“Dengan ini, kami Ultras Garuda Indonesia memohon maaf di atas insiden pembakaran suar oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam pendirian kami.”