Shin Tae Yong Singkirkan Dua Pemain Muda Dari Penerbangan Ke Croatia Kerana Terlajak Tidur

Nasib buruk menimpa dua pemain pasukan kebangsaan U-19 pada saat akhir berlepas ke Croatia untuk kem latihan lanjutan.

Mereka adalah Serdi Ephy Fano dari Bhayangkara FC dan Ahmad Afhridrizal.

Pada Sabtu minggu lalu, Shin Tae Yong telah mengetuai pasukan belia Indonesia untuk ke Crotia.

Namun malangnya, kedua dua pemain datang lewat untuk sesi latihan sebelah pagi.

Oleh kerana dua pemain itu lambat melapor diri, maka mereka berdua telah disisihkan secara terus daripada rombongan ke Croatia.

Shin Tae Yong memang jurulatih yang sangat tegas dengan tahap disiplin yang tinggi.

Ada beberapa kesalahan yang dianggap Shin sebagai mandatori dan tak boleh dilakukan langsung. Salah satu daripadanya adalah alasan lambat bangun yang digunakan ketika masuk lambat ke pusat latihan.

Dilaporkan dua pemain tersebut tidak sangka Shin setegas itu sampai menyingkirkan mereka daripada rombongan ke Croatia.

Mungkin diorang ingat Shin Tae Yong ni boleh kawtim lagi kot.

Sherdy menyatakan dia tidak mempunyai dendam terhadap Shin. Sebaliknya, dia mengambil banyak pelajaran dan mengakui kesilapan.

“Pagi ini saya bangun lewat semasa latihan. Semasa rakan-rakan saya hendak pergi (ke padang) saya masih tidur. Itulah sebabnya saya harus mengikuti dari belakang. ”

“Ketika rakan sebilik saya dan saya sampai di stadium, latihan telah dimulakan, ”kata Sherdy di laman web rasmi Bhayangkara.

“Saya masih teruja untuk terus bermain dengan pasukan kebangsaan di masa akan datang. Saya mengakui bahawa saya salah, tidak berdisiplin.

Pelatih Shin adalah pelatih yang mengutamakan disiplin dan sikap dan saya melanggar peraturan itu” kata penyerang dari Maluku Utara.

Tidak cukup tidur antara perkara yang paling serius dalam bola sepak profesional.

Mesut Ozil pernah dipotong gajinya kerana kantoi berstreaming di Twitch lebih 11 malam beberapa tahun lalu.

Ousmane Dembele pernah dikenakan tindakan tatatertib dan kontraknya dirombak dengan memasukkan klausa khas di mana dia tak boleh matikan telefonnya ataupun meletakkannya dalam mod senyap pada hari latihan.

Ianya gara gara pemain itu terlewat bangun beberapa kali.

Mahmadou Sakho pernah dikenakan amaran hanya kerana memuat naik status snapchat pukul 3 pagi pada hari latihan.

Mungkin kita di Malaysia dan Indonesia tidak begitu ambil berat sangat soal ini. Sebab tu pemain bola sepak dibayar mahal. Sebab sebahagian hidup mereka sudah diambil oleh kelab.