Shopee Tamatkan Kontrak Ronaldo?

Pada hari Selasa (30 Jun), laman web pemasaran afiliasi Involve Asia telah membuat pemberitahuan pengumuman dengan judul ‘Penamatan Mr. Cristiano Ronaldo sebagai Duta Shopee’.

Platform e-dagang yang berpangkalan di Singapura menamatkan kontrak duta pemain Juventus tersebut.

Sebelum ini perjanjian itu ternyata berkesan dan memberikan impak publisiti yang sangat kuat kepada Shopee.

Menurut notis itu, semua bahan pemasaran, sepanduk dan penerbitan Shopee dengan gambar Ronaldo “mesti dikeluarkan dari harta digital sebelum 5 Julai 2020, sebelum kontrak berakhir secara rasmi”.

Tidak dapat dipastikan bila kontrak Ronaldo berakhir secara rasmi.

Pada bulan Ogos 2019 Shopee mengumumkan kerjasama mereka dengan bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu dan  memuat naik video Robaldo menari Shppee pipipipipipi untuk mempromosikan Shopee’s 9.9 Super Shopping Day.

Masa tu dia menari dengan lagu Baby Shark yang korang cakap cringe tu.

Menurut Shopee, video dengan Ronaldo itu sahaja telah berjaya mencatatkan sejumlah 35 juta tontonan dalam talian di Asia Tenggara.

Selain itu, hasil kekuatan nama bintang Ronaldo, laman e-dagang tersebut menjual 80 juta barang semasa Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 mereka.

Dengan kejayaan seperti itu, tidak masuk akal bagi Shopee untuk menghentikan kontrak duta yang mereka ada dengan individu yang menolong mereka menarik perhatian pembeli dalam talian di seluruh rantau ini, bukan?

https://twitter.com/i/status/1193830729026867200

Shopee sudah menjelaskan bahawa, kontrak Ronaldo bukan ditamatkan tetapi telah tamat. Dan kerjasama itu tidak akan diperbaharui. Hanya kedua dua pihak sahaja yang tahu kenapa semua ini berlaku.