Siapa Dan Kenapa Brandon Bernard Jadi Pesalah Hukuman Mati Ke-9 Di Bawah Pentadbiran Trump

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) – Donald Trump menghukum mati Brandon Bernard yang berusia 40 tahun pada hari Khamis.

Di mana Bernard disuntik dengan suntikan pada jam 9:27 pagi. Bernard dijatuhkan hukuman mati kerana bertindak sebagai salah seorang rakan subahat atas jenayah ketika dia berusia 18 tahun.

Pentadbiran Trump untuk meneruskan hukuman mati bagi Bernard walaupun mendapat tentangan dari lima daripada sembilan juri.

Mahkamah Agung menolak penangguhan hukuman mati ke atas Bernard pada saat-saat terakhir.

Ramai hakim terkenal di  AS yang Stephen Breyer, Elena Kagan dan Sonia Sotomayor tidak bersetuju. Ini kerana keputusan juri majoriti memihak kepada untuk tidak mengukum mati.

“Hari ini, mahkamah mengizinkan Pemerintah Persekutuan untuk menjatuhkan hukuman mati Brandon Bernard. Tanpa menghiraukan pendakwaan ke atas Bernard, pemerintah tetap menjatuhkan hukuman mati dan melihat bukti kesaksian palsu terhadapnya,” tulis Sotomayor dalam pendapatnya. .

“Bernard tidak pernah memiliki kesempatan untuk merayu di atas pertuduhan terhadapnya di pengadilan.”

Di media sosial ramai yang menzahirkan simpati kepada Bernard.

“Malam ini, kami yang menyayangi Brandon Bernard dipenuhi dengan kemarahan dan kesedihan yang mendalam atas tindakan pemerintah persekutuan dalam mengambil nyawanya,” kata Robert Owen, peguam Bernard selama 20 tahun terakhir, dalam satu kenyataan.

“Brandon melakukan satu kesalahan besar pada usia 18 tahun. Tetapi dia tidak membunuh sesiapa pun, dan dia tidak pernah berhenti merasa malu dan menyesal di atas tindakannya dalam kes itu.”

Bernard yang ketika itu berusia 18 tahun tidak boleh menjalani hukuman mati.

Di media sosial ramai yang mengutuk tindakan pemerintah. Antaranya selebriti terkemuka, Kim Kardashians. Menurut Kim K, Bernard tak sepatutnya dihukum mati kerana berusia 18 tahun ketika kejadian.

Dan Kim K menyatakan bahawa Bernard bukan yang menembak pasangan tersebut.

Hukuman mati kesembilan di bawah Trump

Kematian Bernard menandakan perlaksanaan hukuman mati yang kesembilan di bawah pentadbiran Trump sejak hukuman itu dilanjutkan pada Julai 2020.

Ini adalah perlaksanaan hukuman mati kedua sejak Trump kalah dalam pemilihan Presiden AS. Di mana Joe Biden menang dalam pilihanraya tersebut.

Biden dalam manifestonya sebelum ini menyatakan bahawa dia akan mengakhiri hukuman mati di AS.

Trump dan Peguamnya, William Barr, berusaha untuk memastikan sekurang-kurangnya empat lagi pesalah menjalani hukuman sebelum pelantikan Biden.

Trump adalah presiden pertama dalam 131 tahun yang menjalankan hukuman berdasarkan kuasa persekutuan setelah kalah dalam pemilihan semula.

Ramai menuduh pentadbiran Trump sebagai mendiskrimasi perkauman, kerana kebanyakan orang yang dihukum mati oleh pemerintahnya adalah orang kulit hitam.

Hukuman mati dikembalikan oleh Mahkamah Agung AS pada tahun 1988. Walaubagaimanapun, hukuman mati oleh kerajaan nasional atau persekutuan di AS masih jarang berlaku.

Sebelum Trump menjawat jawatan, hanya tiga hukuman mati oleh mahkamah persekutuan dilakukan.

Semua itu dilakukan di bawah Presiden Republik George W Bush dan termasuk tahanan Timothy McVeigh, yang disabitkan bersalah atas pengeboman bangunan persekutuan Kota Oklahoma.

Pertuduhan ke atas Bernard

Bernard dijatuhi hukuman mati kerana penglibatannya dalam pembunuhan Todd dan Stacie Bagley pada Jun 1999.

Bernard salah seorang daripada lima remaja yang didakwa merompak pasangan tersebut dan memaksa mereka masuk ke dalam boot kereta di Texas.

Ada tembakan dilepaskan oleh Christopher Vialva yang ketika itu berusia 19 tahun dan Bernard dilaporkan menyalakan api membakar kereta itu.

Peguam mewakili Bernard menyatakan kemungkinan pasangan Bagley mati sebelum kereta itu terbakar.

Suruhanjaya siasatan bebas dilantik oleh peguam yang mewakili Bernard dan menyatakan bahawa Stacie mati sebelum kereta terbakar. Ianya berdasarkan laporan perubatan.

Mereka juga menyatakan saksi kejadian tidak mengenalpasti siapa yang membakar kereta.

Namun pendakwaraya menyatakan bahawa Todd Bagley mati serta merta, Stacie pula didapati lemas kerana asap, memberikan isyarat bahawa dia mati kerana asap dan bukannya tembakan.

Peguam Bernard menyatakan anak guamannya ketika itu hanya mengikut arahan Vialva kerana ketakutan. Vialva sudah dihukum mati pada September.

Peguam Bernard mempertikaikan hukuman mati dan meminta mahkamah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. Ini kerana sepanjang Bernard berada di penjara, dia berkelakuan baik dan sering terlibat dalam program di luar penjara untuk kempen menegah orang ramai daripada terlibat dengan jenayah.

Seperti kebanyakan orang yang dijatuhkan hukuman mati, Bernard tidak mampu membayar peguam terkemuka. Oleh itu, dia diwakili oleh peguam yang dilantik mahkamah tanpa pengalaman hukuman mati persekutuan.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil