Siapa David Silva Selama 1 Dekad Di Liga Perdana Inggeris

Micah Richard menyertai Alan Shearer dan Gabby Logan pada Match of the Day untuk liputan perlawanan Southampton lawan Manchester City di BBC One melalui laman web BBC Sport.

Berikut adalah pandangan Richard tentang David Silva ketika bersamanya di Manchester City.

KEHADIRAN DAVID SILVA

David Silva menyewa rumah saya buat sementara waktu. Seperti anda jangkakan, dia menjaga (rumah itu) dengan baik, saya rasa sama seperti dia menjaga bola.

Dia merupakan kawan baik saya dan senang untuk melihatnya di Manchester City sejak beberapa musim kebelakangan ini. Seperti kegembiraan bermain bersamanya pada tahun-tahun awal dia di kelab ini.

Silva merupakan pemain istimewa, jadi nikmatilah jika anda menontonnya selagi boleh. Saya tahu dia disayangi oleh peminat City. Dia dihargai lebih dari sekadar di atas padang Stadium Etihad.

Tetapi saya tidak pasti dia mendapat penghargaan yang sepatutnya. Setaraf dengan apa yang dibawakannya ke dalam bola sepak Inggeris sejak 2010.

Ya, terdapat pemain lain yang mempunyai detik yang lebih besar atau menjaringkan gol lebih penting dari David sepanjang dekad di Manchester City, tetapi bodoh untuk membandingkan perkara itu kerana dia  sudah melaksanakan peranannya dengan luar biasa.

Sekiranya anda mahukan seseorang menjaringkan gol dari jarak 40 ela, maka baiklah, cari di tempat lain pemain tengah seperti itu.

Sekiranya anda mahukan seseorang memandu permainan untuk anda, mengatur tempo pasukan setiap minggu maka David adalah orangnnya.

Orang yang selalu menonton dan bermain dengannya akan tahu kenapa. Dia seseorang yang melakukan sesuatu dari sesuatu yang tiada apa-apa. Pemain yang melakukan hantaran sebelum bantuan gol terhasil, orang yang membuka segala-galanya.

Melakukan killer forward pass adalah perkara paling sukar dilakukan dalam bola sepak, tidak kira dengan siapa anda bermain. David sentiasa mahu melakukan perkara itu setiap kali dia mendapat bola. Dimana sahaja dia berada dia tidak takut untuk mencubanya.

Semasa saya menjadi rakan sepasukannya, tahapnya tidak pernah merosot. Walaupun mereka merosakkanya, dia tetap lebih baik dari orang lain.

Dari sudut permainan tahap tertinggi, dia konsisten tahun demi tahun, saya mengatakan bahawa dia adalah pemain terhebat dalam sejarah Manchester City.

Dia memenangi Liga Perdana di bawah 3 pengurus berbeza. Roberto Mancini, Manuel Pellegrini dan Pep Guardiola. Semua pengurus itu membina pemainan berasaskan Silva.

Begitulah David Silva. Pada usia 34 tahun dia masih berpengaruh seperti biasa.

Apabila saya memikirkan bagaimana Manchester City menyerang, merobek lawan melalui hantaran pantas dan trademark slick passing, saya akan fikir tentang David.

Kehidupan selepas ini akan menjadi sedikit janggal kerana dia akan pergi pada akhir musim nanti.

DIPANGGIL AHLI SIHIR

Saya tidak tahu siapa yang mula memanggil David dengan panggilan ‘Merlin’, hanya Joleon Lescott yang sering memanggilnya dan masih melakukannya sehingga sekarang. Tetapi ada sebab mengapa panggilan itu dipanggil. Dia merupakan ‘ahli sihir’. Bukankah begitu?

Saya masih ingat latihan pertama David di Carrington pada musim 2010. Saya tahu sedikit tentangnya kerana pernah melihat dia bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

Tekniknya? Wow…

Saya sudah biasa melihat pemain bagus datang untuk mendapatkan ‘wang besar’ di City pada masa itu, tetapi David bukan orang seperti itu.

Semua orang disana berdiri memerhatikannya dan berfikir sama seperti saya. “Apa yang telah kami bawa kesini”?

Kami sudah mempunyai Robinho dalam pasukan tetapi David tetap boleh mengalahkan anda melalui permainan hantaran.

Ya, dia kecil tetapi itu tidak menghalangnya. Dia mempunyai kelas berbeza dari apa yang pernah kita lihat sebelumnya. Saya terus sedar dia akan menjadi antara yang terbaik dari apa yang pernah kami ada.

Jika ada yang saya tersalah anggap tentang David pada permulaannya adalah dia tidak suka berlari.

Yaya Toure telah dibeli pada minggu sebelumnya. Kedua-duanya menjadi pemain terbaik kami, jadi kami tiada masalah memilih siapa lebih baik.

Kami juga mempunyai Gareth Barry dan Nigel de Jong di bahagian tengah untuk melakukan ‘kerja kotor’.

Anda tidak boleh mengatakan David malas, dia menambah aspek yang berbeza dalam permainan. Dia sekarang bekerja sangat keras. Dia mempunyai variasi dalam peranannya, sesuatu yang mungkin tidak disedari orang tentangnya.

PERANAN DAVID SILVA

David terkenal terkenal dengan peranan nombor 10, berada dibelakang penyerang. Tetapi dia juga efektif bermain di sisi kiri atau kanan dan sekarang dia lebih kerap bermain di peranan lebih kebawah.

Sesiapa pun boleh bermain dimana sahaja tetapi perbezaannya dengan David, dia mampu mempengaruhi permainan.

Kebanyakan perlawanan terbaik saya di Manchester City adalah ketika David berada dihadapan saya, dia menyusun pergerakkan bola untuk saya berlari, sangat mudah.

Dia hanya akan masuk ke dalam dan menghantar bola untuk saya melakukan hantaran lintang sempurna.

Orang mungkin lupa dia telibat dalam banyak gol penting pasukan, seperti perlawanan akhir Piala FA 2011, kejuaraan yang bermulanya era kebangkitan Manchester City.

Pemain lain selalu menjadi tajuk utama tetapi dia mempunyai banyak momen yang kekal dalam ingatan saya seperti penampilannya dalam kemenangan 6-1 di Old Trafford pada Oktober 2011.

Saya masih mengganggap ia adalah permainan terbaiknya untuk kelab.

Dia menjaringkan gol ke-5 pada hari itu tetapi salah satu yang mungkin dilupakan bagaimana dia melakukan volley pass kepada Edin Dzeko.

Saya berdiri beberapa meter dari tempat dia melakukan hantaran tersebut dan mungkin itu merupakan hantaran paling hebat pernah saya saksikan.

Apabila saya menontonnya sekarang, ia masih mengagumkan. Idea untuk cuba melakukan hantaran itu tidak masuk akal, dia meletakkan mengimbangi berat badan dengan sempurna dan berputar.

Dia menjadikan semuanya kelihatan begitu mudah.

Saya bernasib baik tidak perlu bermain menentangnya terlalu kerap, berhadapan dengan tahap genius seperti itu.

Ketika kami di Manchester City, saya pernah ‘menghancurkannya’ dalam latihan dan dia selalu marah kepada saya dan bertanya kenapa saya melakukannya.

Saya memberitahunya bahawa kedudukan dia dalam pasukan sudah selamat tetapi saya perlu bermain baik, jika tidak saya tidak akan tersenarai pada perlawanan hujung minggu nanti.

Akhirnya kami membuat perjanjian dia tidak akan mendekati saya dan masalah itu tidak akan timbul.

Sejak dari awal dia belajar memiliki sisi permainannya tersendiri untuk berkembang di Liga Perdana, apa yang saya lakukan kepadanya bukan satu masalah.

Dia mengatasi masalah itu ketika dia ditendang dan dia juga akan melakukan perkara sama jika dia mendapat peluang seperti itu.

SEORANG YANG MERENDAH DIRI

David merupakan seorang yang merendah diri. Dia tinggal di tengah-tengah bandar Manchester kerana dia mencintai bandar itu. Dia berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku dan tidak peduli betapa besarnya bintang yang dimilikinya.

Dia sentiasa ada disana untuk menandatangi sesuatu kepada peminat dan bercakap dengan mereka, tetapi hubungan dia dengan kelab lebih dalam dari itu.

Beberapa pemain asing dan jelas mereka datang untuk bermain bola, mendapatkan wang mereka selama beberapa tahun tanpa ada usaha untuk mengetahui budaya kota dan sejarah kelab.

David bukan orang itu.

Agak malang bagi David, ketika musim terakhirnya di kelab keadaan sekarang tidak membenarkan sebarang penonton menyaksikan perlawanan terakhirnya.

Tetapi saya pasti dia akan kembali ke Manchester apabila keadaan selamat dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua peminatnya.

Dia layak mendapatkan detik itu selepas mencurahkan khidmat selama 1 dekad dengan penuh dedikasi.