Liverpool sudah menegaskan bahawa, kelab tidak akan cuba gegatal untuk membawa Steven Gerrard kembali ke kelab itu hanya kerana semata mata membolehkan beliau mendapat pingat pemenang Liga Perdana Inggeris.
Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua eksekutif kelab, Peter Moore baru baru ini dalam ucapan penuh semangat dan propaganda seorang bos.
Ada la berberapa penyokong yang terlalu sentimen dengan Gerrard dan telah meminta tokoh legenda kelab itu agar ditandatangani semula.
Ideanya untuk memberikan Gerrard peluang merasai EPL. Amboi.
Segalanya bermula apabila Fairus Larkin (bukan nama sebenar) memulakan kempen untuk membawa pulang Steven Gerrard.
Moore mengakui bahawa ia adalah perkara yang mustahil dilakukan dalam pengurusan profesional.
Kalau ye pun Liverpool gelenyar nak membawa Gerrard pulang, ada banyak prosedur dan perbincangan yang perlu dilakukan. Bukan semudah yang dicanang oleh Peros.
Hal ini kerana Stevie G kini milik Rangers. Belia ada majikan. Dan Gerrard merupakan pengurus mereka.
Soccer Laduma was present at an event hosted by the @OLSC_CapeTown on Saturday where Liverpool CEO @PeterMooreLFC discussed the influence of Jurgen Klopp, the club's success on the pitch and whether or not Steven Gerrard will be making a return. #SLInthttps://t.co/fN27cVnO4Q
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) February 9, 2020
Lagipun, Gerrard tak kemaruk sangat pun mahukan EPL tu dengan situasi yang sebegini. Beliau sudah bersara.
Masa bergelar pemain dulu pun dia sanggup tolak peluang nak menang EPL bersama pasukan lain seperti Chelsea dan juga Man United. Bukan macam yang sorang tu.
Moore memberitahu Soccer Laduma: “Biar saya jelaskan apa yang berlaku di sini kepada you all.”
“Jadi persoalannya, ‘bolehkah kita membawa pulang Steven Gerrard kembali – semata mata untuk mendapatkan pingat Liga Perdana?’ Dan soalan yang saya tanya ialah: Ada tak mana mana pemain yang anda ingin potong daripada skuad ini untuk membuatkan benda tu boleh berlaku?”
“Jika anda tidak sedar, dia [Gerrard] sekarang adalah bekerja di sebuah kelab bola sepak yang berbeza pada masa yang sama juga.”
“Lihat, kita semua suka Stevie G dan kita semua sangat berbangga dengannya kerana kerjaya pengurusannya, tetapi saya terus melihat idea ini ‘membawanya ke dalam kontrak lima hari supaya dia boleh memenangi pingat’ [tetapi] benda ni tidak semudah itu.”
“Keserasian di bilik persalinan adalah penting. Boleh tak korang bayangkannya? Bahawa korang perlu mencantas nama pemain, dan beritahu dia ‘dey, kau tidak akan dapat pingat ok’?
“Ianya bukan suka suka nak menyerahkan perkara seperti ini kepada semua orang. Bukankah anda mempunyai skuad, bukan? Dan ketiga, anda tidak boleh menambah pemain ke skuad apabila ia sudah didaftar.”
Dalam peraturan EPL hanya pemain B-23 dan penjaga gol sahaja yang boleh dipindahkan selepas pendaftaran. Untuk penjaga gol, walaupun lebih 23 tahun, mereka masih boleh didaftarkan atas kes kecemasan.
Selain daripada situasi itu, ianya sangat tak masuk akal.
Ok, dah setel kan benda ni. Hmmm..