Pada hari ini Manchester City telah mengumumkan pembelian pertamanya untuk 2020/21. Mereka menandatangani Pablo Moreno yang berusia 18 tahun bermain dalam skuad Juventus B-23.
Pablo Moreno: "💙✍️ I'm ready! @ManCity" [IG] pic.twitter.com/7wb8c6P2aa
— Man City Report (@cityreport_) June 30, 2020
Pemain kelahiran Granada ini bermula di Barcelona sebelum dibeli oleh kelab Itali tersebut pada harga €700 ribu pada tahun 2018.
Selepas 2 tahun giliran Manchester City pula melabur sebanyak £9 juta untuk membawa Moreno ke Etihad.
Apa keistimewaannya sehingga City sanggup membayar dengan harga tinggi bagi seorang pemain yang belum membuktikan apa-apa bersama skuad senior.
SITUASI DI MANCHESTER CITY
Sebelum itu kita lihat terlebih dahulu situasi di Manchester City.
Mereka menawarkan sambungan kontrak kepada Leroy Sane namun dia menolak.
Jika kelab tidak menjualnya pada musim ini, mereka tidak akan mendapat apa-apa pada hujung musim depan.
Ia kerana kontrak Sane bakal tamat pada ketika itu.
“Leroy berkata dia tidak mahu memperbaharui kontraknya, jadi dia bermaksud ingin pergi dan perkara itu akan berlaku pada hujung musim ini atau hujung musim depan.” kata Pep Guardiola kepada Zoom
“Pihak kelab telah memberitahu saya, telah menawarkan 2 atau 3 kali untuk melanjutkan kontraknya dan dia telah menolak, dia mahu bermain dengan kelab lain.”
Menurut beberapa laporan pada hari ini, Bayern Munich telah bersetuju membawa Leroy kembali ke Jerman pada harga £55 juta.
BREAKING: Bayern Munich have agreed a fee of £54.8m with Manchester City for Leroy Sane, with the German set to sign a five-year deal at the club.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 30, 2020
Fabrizio Romano melalui tweet berkata semua perjanjian antara Bayern-City dan Leroy telah dicapai dan pemain itu akan bersama kelab barunya sehingga 2025.
KEPERLUAN
Kehilangan Leroy bermakna Manchester City kekurangan pemain di 3 front line. Sergio Aguero, Riyard Mahrez dan Raheem Sterling. Mereka merupakan pemain utama City pada musim ini.
Gabriel Jesus menjadi pelan gantian Aguero dan Benardo Silva pemain yang menyokong di bahagian attacking midfielder dan right winger.
City ketiadaan pelan sokongan kepada Sterling jika pemain itu tiada dalam tempoh jangka masa panjang.
Bagaimanapun situasi tersebut tidak terlalu terdesak dan mungkin Leroy melihat dia tidak mempunyai peluang yang besar selagi nama-nama pemain diatas tidak menghadapai apa-apa masalah.
Leroy perlu bersaing dan salah seorang daripada mereka akan ‘terkorban’.
PABLO MORENO
Membeli Pablo Moreno merupakan satu langkah yang sesuai dengan situasi semasa.
Mana-mana pemain yang akan menyertai Mahrez, Sterling dan Bernardo tidak akan mendapat laluan mudah untuk mencapai status pemain utama.
Dalam masa yang sama Manchester City tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk seorang pemain simpanan.
Atau pemain bernama besar mungkin tidak mahu berada dalam status itu.
Langkah membeli Moreno merupakan pelan yang baik. Pemain ini mempunyai penilaian cemerlang dalam kelas umurnya.
Dilahirkan di Granada, pemain berambut ‘artis’ ini mempunyai kebolehan semulajadi dan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk membuktikan kemampuan.
Ketika berusia 10 tahun dia sudah menunjukkan potensi besar dan mempunyai sikap profesional. Pada usia tersebut juga dia sudah pandai mengamalkan permakanan yang betul.
Dia tidak minum air berkabornat.
Selepas memimpin kelab di bandar kelahirannya mencabar kejuaraan, Ciudad de Granada, dia mula mendapat perhatian beberapa kelab besar di Sepanyol.
Jurulatihnya Javier memberitahu “Moreno bersama saya dalam satu trip perjalanan pasukan dan telefon tidak berhenti berdering.”
“Panggilan masuk itu datang dari Real Madrid, Barcelona, Real Betis, Sevilla dan Malaga.”
Sebagai peminat Barcelona, pilihan Moreno tidak diragukan lagi dan dia segera menyertai akademi La Masia yang terkenal di Catalan.
Perkembangan di Nou Camp sangat luar biasa.
Sepanjang 4 musim, pemain muda itu menjaringkan lebih 200 gol. Pada musim pertama 72 gol, seterusnya 41, 66, dan 34 gol.
Bakatnya menyaksikan dia berjaya meraih tempat dalam skuad B-16 walaupun baru berusia 14 tahun.
Barcelona sememangnya tidak sabar memegang salah satu bakat mereka paling cerah dengan kontrak jangka masa panjang dan pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici mempunyai pelan lain untuk pemain itu.
Paratici mula mengorak langkah pada tahun 2018, meyakinkan Moreno untuk meninggalkan Barcelona dan menyertai mereka di Turin.
Juventus dilaporkan membayar €700 ribu bagi mendapatkan seorang pemain berusia 16 tahun.
Bagaimanapun Moreno tidak dapat mengekalkan sentuhannya di Sepanyol apabila hanya menjaringkan 4 gol dan 4 bantuan dalam 29 perlawanan.
Tetapi dia berada 3 tahun lebih muda berbanding pemain lain di Primavera.
Selepas 2 musim, pada usia 18 tahun dan dengan tawaran £9 juta, Juventus tidak mampu menolak urusniaga sebaik itu.
Manchester City mahukan pelan penggantian jangka masa panjang untuk Sterling, Mahrez atau Benardo dan Juventus dapat urusniaga £9 juta dari modal €700 ribu.