Tanggal 19 haribulan lepas Tan Cheng Hoe memberi kemenangan ke-3 berturut-turut sebelum kalendar 2019 ditutup.
Sepanjang tahun ini ketika beliau menghadapi Piala Airmarine, kelayakan Piala Dunia/Asia dan 4 perlawanan persahabatan, jurulatih kelahiran Kedah ini telah memanggil 46 nama pemain.
Malaysia mempunyai 5 panggilan antarabangsa iaitu bermula pada Mac bagi menghadapai Piala Airmarine seterusnya Jun, September, Oktober dan November untuk kelayakan Piala Dunia/Asia. Melibatkan 12 perlawanan.
Berikut adalah nama pemain yang dipanggil dan siapa pemain paling penting sepanjang tahun.
Apa itu core players
Core players merujuk kepada pemain yang menjadi tulang belakang pasukan. Mereka akan menjadi watak utama yang akan diutamakan di dalam panggilang skuad.
Misalnya di Perancis pasti akan ada Olivier Giroud dan Blaise Matuidi walaupun ada deretan pemain yang lin dikatakan lebih bagus daripada mereka,
Pembentukan core players ini sangat penting. Kesilapan terbesar Nelo Vingada sebelum ini, beliau tidak ada core players yang jelas.
Penjaga Gol
Farizal tidak dipanggil ketika Piala Airmarine berlangsung di Singapura yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1 kepada Singapura sebelum menang 2-1 menentang Afghanistan pada perlawanan penentuan tempat ke-3. Selepas itu pada 4 panggilan berikutnya pemain ini dipanggil.
Farizal mengutip 7 penampilan, yang mana dia bermain dalam kesemua 5 perlawanan pada panggilan ke-3 dan 4. Farizal tewas 3 dari 5 perlawanan besar apabila bertemu Jordan (0-1), UAE (1-2) dan Vietnam (0-1).
Farizal sememangnya salah seorang pemain penting bagi skuad Malaysia tetapi Tan Cheng Hoe mungkin tidak mahu memberi tekanan kepada pemain ini apabila tewas 3 kali.
Khairul Azhan diberi peluang dalam panggilan antabangsa yang terakhir tahun 2019, beliau menampilkan aksi yang cemerlang untuk berada di dalam senarai pemain yang menang 3 kali berturut-turut menewaskan Tajikistan (1-0), Thailand (2-1) dan Indonesia (2-0).
Petukaran dari Tan Cheng Hoe berhasil dan Farizal dikurangkan beban, masuk menggantikan Azhan pada minit ke-23 dengan menggagalkan 1 sepakan penalti dari Indonesia.
Sementara itu Khairul Fahmi Che Mat sempat membuat 2 penampilan, Ifwat Che Kassim 1 penampilan dan Hafizul Hakim, Zharif Hashimuddin 7 kali berada di bangku simpanan. Haziq Nadzli mendapat 3 penampilan di bangku simpanan.
Tan Cheng Hoe tidak mempunyai Core Player dari posisi ini.
Pertahanan
Seperti semua peminat bola sepak tahu hanya terdapat 3 nama di bahagian kanan iaitu Matthew Davies, Syahmi Safari dan Rizal Ghazali.
Hanya 3 nama ini yang dipanggil sepanjang tahun. Sudah semestinya Davies menjadi pemain antara pertahanan paling digunakan Tan Cheng Hoe.
Beliau hanya gagal muncul 1 kali iaitu ketika perlawanan terakhir menentang Thailand. Pertahanan dari Pahang ini muncul dalam kesemua 11 perlawanan dengan 9 kali bermula di barisan utama. P
emain ini akan digantung pada perlawanan Mac 2020 nanti selepas mengutip 3 kad kuning.
Sudah pasti Syahmi Safari kekal mengisi kekosongan itu selepas cemerlang ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada minggu lepas.
Selepas muncul pada pangilan Jun, Lavere Corbin Ong terus menjadi pemain tetap pertahanan kiri negara, mengambil tempat dari Syazwan Andik. Nazirul hilang tempat apabila hanya berada dibangku simpanan sebanyak 7 kali.
Selepas itu Corbin menjadi pemain tetap apabila kekal di barisan utama pada kesemua 8 perlawanan terakhir.
Tan sebenarnya sudah mempunyai back four tetapnya dan berjaya mengemudi pertahanan negara ketika mencatat 9 kemenangan sepanjang musim.
Shahrul Saad menjadi satu-satunya pemain yang mencatat 12 penampilan atau bermain dalam kesemua perlawanan Malaysia. Pemain ini berjaya menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan persahabatan.
Sehingga September sememangnya Adam Nor Azlin merupakan pasangan Shahrul. Beliau sempat bergandingan sebanyak 6 kali, yang mana sebelum itu ia milik Irfan Zakaria.
Apabila Aidil Zafuan kembali cergas dan mula merampas tempat Adam di JDT, dia kembali menjadi pemain utama Harimau Malaya. Tidak menghampakan, dalam 5 perlawanannya sebagai pemain utama, Malaysia menang 4 kali.
Abdul Latif Suhaimi, Dominic Tan dan Nicholas Ryan Swirad antara nama yang diberi peluang tetapi masih jauh untuk berada di dalam barisan pemain utama dan ke-2.
Core Player Tan Cheng Hoe di barisan pertahanan: Matthew Davies, Aidil Zafuan dan Corbin Ong.
3 pemain di tengah
Ketika Azam Azih kekal menjadi pemain penting Tan Cheng Hoe, Saymeer Kutty Abba perlahan-lahan menembusi barisan pemain utama dengan menyingkirkan Akram Mahinan.
Akram merupakan tonggak utama dalam kejohanan AFF 2018 masih menjadi pemain penting sehingga pertengahan 2019. Beliau membuat 7/10 penampilan dari 4 panggilan.
Akram cuma tidak dipanggil dipanggil pada minggu antarabangsa ke-5 yang mana memberi ruang besar kepada Saymeer meraih 3 penampilan sebagai pemain utama.
Sementara itu Brendan Gan mula tersenarai pada Ogos. Tan Cheng Hoe mengorbankan 1 posisi tengah yang lebih menyerang untuk memberi tempat kepada Gan.
Situasi ini mengurangkan peluang kepada pemain seperti Faiz Nasir dan Daniel Amier Norhisyam terutamanya apabila Gan dan Saymer digunakan sebagai double 8 dan Azam lebih banyak berfungsi sebagai lebih kebawah.
Lebih menarik ketiga-tiga pemain ini mampu bermain sebagai pemain no.6 dan no.8 dengan baik.
Afiq Fazail dan Halim Shaari perlu berusaha lebih keras jika mahu mencabar gandingan itu kerana senarai Tan Cheng Hoe masih mempunyai Akram.
Baddrol hanya boleh dijadikan pilihan dan Azzizan mungkin semakin sukar mendapat panggilan.
Core Player di bahagian tengah: Brendan Gan dan Azam Azih
Penyerang
Sememangnya Safawi Rashid dan Mamadou Sumareh merupakan tonggak utama Tan Cheng Hoe, tetapi beliau masih belum menjumpai formula yang berkesan untuk menggunakan 2 pemain ini secara serentak.
Sumareh dan Safawi menunjukan kecemerlangan apabila bermain di bahagian kanan tetapi kedua-duanya agak tenggelam apabila diletakan di bahagian kiri.
Sumareh dijadikan sebagai pemain penyerang tengah ketika menentang Indonesia tetapi tidak terlalu berkesan, malahan Safawi juga tidak mencapai prestasi maksima apabila diletakkan selain dari posisi kegemarannya. Ini masalah yang akan memeningkan Tan Cheng Hoe sepanjang tahun.
Tan Cheng Hoe memanggil 10 nama bagi mengisi penyerang sisi.
Tiada 1 pun yang mampu cop tempat di posisi penyerang kiri. Hafiz Ramdan, Hadin Azman, Syazwan Zainon, Akhyar Rashid, Farhan Roslan dan Faisal Abdul Halim antara yang diberi peluang. Hanya Akhyar yang paling mendapat perhatian.
Sementara itu J.Parthiban dan S.Kumaahran tidak mungkin mampu bersaing dengan kualiti yang dimiliki oleh Sumareh dan Safawi dalam masa terdekat.
Sebelum kehadiran Brendan Gan, Malaysia menggunakan pemain yang lebih menyerang dibelakang penyerang. Ia bermula dengan Norsharul berada dibelakang Zaquan Adha yang cermerlang ketika menjadi naib juara Piala AFF.
Seterusnya Shafiq Ahmad 6 kali membuat penampilan di posisi itu selepas Zaquan diketepikan. Shahrel Fikri dan Baddrol Bakhtiar membuat 1 penampilan.
Selepas Brendan Gan tiba, Tan Cheng Hoe tidak lagi memerlukan 1 pemain lagi dibelakang penyerang. Syameer menjadi pasangan Brendan. Syafiq Ahmad diberi peluang bermain di bahagian atas dan mula mengenepikan Norshahrul.
Sebelum itu penyerang Malaysia adalah Norshahrul, beliau membuat penampilan dalam majoriti 8 perlawanan Piala AFF dan terus kekal, mengutip 10 penampilan pada tahun ini.
Core Player di bahagian serangan: Safawi Rashid dan Mamadou Sumareh
Rumusan
Melihat kepada 46 nama yang telah dipanggil oleh Tan Cheng Hoe melalui 5 panggilan minggu antarabangasa bagi mengharungi 12 perlawanan, boleh dirumuskan beliau mempunyai 7 core player.
7 nama ini akan terus penting pada tahun hadapan bagi menghadapi 3 baki perlawanan kelayakan Piala Dunia/Asia pusingan ke-3.