Siapakah Pemain Terbaik Kelab EPL 10 Tahun Lepas

Terperangkap di dalam rumah tanpa bola sepak untuk ditonton telah membuatkan para peminat sukan ini agak kebosanan.

Sementara Liverpool berada ditangga teratas dengan kelebihan besar 25 mata, liga telah digantung buat sementara waktu.

10 musim lepas (2009-10), Premeir League menyaksikan persaingan sengit merebut kejuaraan.

Carlo Ancelotti (Chelsea) menewaskan Manchester United bagi meraih kejuaraan ke-3 dibawah pemilikan Roman Avramovic dengan kelebihan 1 mata.

Sementara itu Tottenham Hotspurs menewaskan Manchester City bagi meraih slot terakhir ke Liga Juara Eropah pada musim berikutnya.

Didier Drogba muncul penjaring terbanyak sementara itu Roy Hodgson meraih pengurus terbaik tahunan setelah membimbing Fulham mara ke perlawanan akhir Liga Europa.

10 tahun lepas, berikut adalah 1 pemain terbaik dari setiap kelab yang bermain di Liga Perdana (2019/20) ketika itu.

Disertakan kedudukan pasukan mereka pada ketika itu (2009/10).

DIDIER DROGBA (Chelsea)

Premeir League: Juara

Florent Malouda atau Frank Lampard mungkin lebih layak selepas menikmati banyak musim yang baik bersama Chelsea sejak 10 musim lepas.

Tetapi sukar untuk menafikan sumbangan Drogba yang berada di puncak prestasi pada tahun pertama di bawah pengurus Ancelotti.

Selepas menang anugerah kasut emas pemain ini dipilih menjadi pemain terbaik kelab dan namanya tercalon dalam senarai pemain terbaik tahunan.

WAYNE ROONEY (Manchester United)

Premier League: ke-2

Unit serangan Manchester United kelihatan sangat berbeza pada musim 2009, selepas Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab.

Rooney perlu meningkat dan menggalas lebih banyak tanggungjawab menjaringkan gol untuk pasukannya.

Dia berjaya melakukannya apabila menjaringkan 34 gol dalam semua pertandingan ketika pasukan ini menamatkan tempat ke-2 dibelakang Chelsea.

Darren Fletcher dan Patrick Evra juga layak dinobatkan pemain terbaik pada musim itu, apabila masing-masing menjadi pemain penting dalam kesebelasan utama Sir Alex Ferguson.

CESC FABREGAS (Arsenal)

Premeir League: ke-3

Mungkin sukar diigat sekarang, terutamanya peranan pemain ini sangat berbeza ketika bermain bersama Chelsea.

Walaupun berperanan sebagai pemain kreatif, Fabregas bermain di bahagian lebih ke bawah sebagai penyedia bantuan kepada pasukan.

Di Arsenal, pemain Sepanyol ini menjadi penjaring gol dalam beberapa tahunnya di sana. Dia merupakan inti pasukan dalam sebahagian besar permainan menyerang melalui bahagian tengah.

Sementara itu dia juga bertanggungjawab mengambil sepakan percuma dan sepakan penalti.

Dalam kempen yang produktif, Fabregas mencatat gol paling banyak dalam kariernya dengan 19 gol dalam semua pertandingan.

JERMAIN DEFOE (Tottenham Hotspurs)

Premier League: ke-4

Spurs berada dipuncak kehebatan di bawah kendalian Harry Redknapp apabila berjaya meraih slot ke Liga Juara Eropah.

Dalam sejarah kelab, ia merupakan pencapaian pertama sejak Premier League mula diperkenalkan pada tahun 1992.

Aaron Lennon mungkin sudah menampilkan persembahan yang menonjol pada musim 2009/10 ketika Luka Modric dan Gareth Bale belum menemui potensi hebat mereka.

Tetapi dalam senarai itu Jermain Defoe benar-benar menarik perhatian sebagai seorang poacher, mempunyai musim terbaiknya dengan catatan 18 go di Premier League.

Pencapaian itu cukup untuk menjadikanya sebagai pemain England di Piala Dunia selepas musim berakhir.

CARLOS TEVEZ (Manchester City)

Premier League: ke-5

Manchester City hampir meraih slot ke Liga Juara Eropah pada musim itu tetapi perlu berpuas hati di tempat ke-5 selepas Spurs menunjukkan prestasi terbaiknya dalam 4 perlawanan terakhir.

Tevez yang menyertai Manchester City dari Manchester United pada tahun 2009 merekod gol terbaik peribadi dalam liga dengan 23 gol.

Bermakna di menjadi pemain utama ke-2 dari Bandar Manchester.

JAMES MILNER (Aston Villa)

Premeir League: ke-6

Villa sentiasa menjadi pasukan yang merebut tempat terbaik dari baki pasukan big six sejak sejak 10 tahun lalu.

Namun pada musim ini (2019-20), pasukan ini sedang bergelut di zon penyingkiran. Namun mereka mempunyai ramai pemain menraik untuk dibanggakan.

Ashley Young, Gabriel Agbonlahor, Stewart Downing dan penjaga gol Brad Friedel hanyalah sebahagian nama bintang pasukan mereka.

Pada musim 2009/10 James Milner boleh diletakkan sebagai pemain terbaik kelab ini, sehingga menarik minat Manchester City pada musim berikutnya.

STEVEN GERARD (Liverpool)

Premier League: ke-7

Walaupun Pepe Reina dinobatkan sebagai pemain terbaik kelab pada musim itu dan Fernando Torres menjaringkan 18 gol, Gerard masih boleh diletakkan sebagai pemain terbaik kerana dia salah seorang pemain terbaik dunia pada waktu itu.

Musim 2009/10 merupakan musim yang sukar buat Liverpool apabila hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-7.

Mungkin kerana kehilangan pemain tengah Xabi Alonso yang berpindah ke Real Madrid.

STEVEN PIENAAR (Everton)

Premier League: ke-8

Sama seperti Aston Villa, sukar untuk memilih hanya 1 nama dalam kumpulan pemain berbakat yang mengejutkan dari pasukan David Moyes ini.

The Toffees menamatkan liga di tangga ke-8 dengan nama pemain seperti Tim Cahill, Leighton Baines dan Tim Howard.

Serta Louis Saha yang begitu menonjol dan menjaring terbanyak kelab.

Tetapi pemain sayap Pienaar lebih mendapat banyak perhatian walaupun dia mempunyai sedikit masalah kecederaan pada musim tersebut.

MATT JARVIS (Wolveshampton)

Premier League: ke-15

Jarvis dilabelkan sebagai pemain sayap Inggeris paling menghiburkan pada ketika itu. Lebih menghiburkan dari Ashley Young atau Stewart Downing.

Dia menjadi pemain penting Wolves dan diangkat menjadi pemain terbaik kelab 2010/11, bahkan meraih penampilan antarabangsa bersama England.

Tetapi hanya itulah pencapaian terbaik darinya sebelum berpindah ke West Ham United pada tahun 2012.

SCOTT PARKER (West Ham United)

Premier League: ke-17

West Ham bergelut di zon penyingkiran dan terselamat apabila berjaya menduduki tempat ke-17, namun pada musim seterusnya pasukan ini akhir jatuh juga dengan menduduki tempat tercorot liga.

Terdapat ramai nama besar dalam skuad West Ham pada musim itu seperti Mark Noble (kapten), bersama pemain tetap England Robert Green, Matthew Upson dan Charlton Cole.

Tetapi pemain tengah Scott Parker paling menonjol dengan memori gol kemenangannya menewaskan Wigan 3-2 pada April menyelamatkan pasukan ini terus kekal di Premier League.

GRAHAME ALEXANDER (Burnley)

Premier League: ke-18

Steven Flecther yang menjaringkan 8 gol pada musim pertamanya bersama Burnley mungkin menjadi pemain paling layak.

Tetapi dengan usia 37 tahun, Grahame Alexader pemain Wales yang berambut lusuh ini menikmati musim yang menarik perhatian.

Menjadi pemain tertua mendapat debut di Premier League, dia menjaringkan gol penting ketika bertemu pasukan besar seperti Arsenal dan Manchester City.

Dia juga antara pemain tertua yang pernah menjaringkan gol di Premier League dengan 8 gol terkumpul. 7 darinya melalui sepakan penalti.

Namun ia tetap dikira.

KEVIN NOLAN (Newcastle United)

Championship: Juara

Newcatle United mempunyai musim yang tidak menentu selepas terpaksa melepaskan ramai pemain utamanya selepas teringkir dari Premier League pada musim sebelumnya.

Tetapi mereka cepat menemui rentak besama Kevin Nolan dan pemain muda Andy Carroll meletakkan kelab ini di puncak Championship.

Sementara itu Jose Enrique dan Fabricio Coloccini juga terbukti merupakan 2 pertahanan terbaik di luar Premier League.

ANDY KING (Leicester City)

Championship: ke-5

Pada ketika itu penyokong Leicester City tidak akan menyangka di mana dia akan berada pada 10 tahun akan datang.

Mereka sudah cukup gembira menamatkan kempen Championship di tempat ke-5 selepas meraih promosi ke divisyen ini pada tahun sebelumnya.

Nigel Pearson adalah pengurus mereka, Milan Mandaric merupakan pemilik kelab dan Yann Kermorgant adalah pemain baharu yang paling menarik dalam pasukan.

Tetapi Andy King menikmati kempen terbaik dan dianugerahkan pemain terbaik kelab.

King menjadi satu-satunya pemain dari 2009/10 memenangi kejuaraan Premier League 6 tahun kemudian.

NICK MONTGOMERY (Sheffield United)

Championship: ke-8

Walaupun Sheffield United sedang menikmati musim dongeng pada hari ini dibawah Chris Wilder namun mereka hanya mempunyai musim biasa di Championship 10 tahun lalu.

Pada ketika itu pasukan dilumpuhkan sepanjang tahun kerana masalah ramai pemain mengalami kecederaan.

Nick Montgomery merupakan wira terbesar mereka, menjadi kapten pasukan melalui tempoh sukar dan kemudiannya mengenepikan Leeds dalam saingan di Yokshire.

DARREN AMBROSE (Crystal Palace)

Champioship: ke-21

Ia merupakan musim yang malang bagi Crystal Palace, kelab diletakkan dibawah badan pengurusan berkecuali pada tahun 2010 selepas mengalami masalah kewangan.

Palace juga dipotong 10 mata, kelab terpaksa menjual pemain utama seperti Victor Moses dan Jose Fonte.

Di tengah masalah itu Ambrose terbukti menjadi pemain yang paling konsisten, bahkan berjaya mencetak 20 gol dalam semua pertandingan walaupun sebagai pemain tengah.

GRANT HOLT (Norwich City)

League 1: Juara

Ini salah satu lagi pasukan Premier League hari ini yang bermain di League 1 pada 10 tahun lepas.

Dibawah pengurus Paul Lambert, Canaries cepat meraih promosi kembali ke Championship selepas menjuarai League 1 pada musim 2009/10.

Penyerang mereka Grant Holt mencetak 30 gol dalam semua pertandingan. 2 tahun kemudian, dia meneruskan peranan itu di Premier League bersama Norwich.

Namun pada hari ini dia sudah menjadi ahli gusti profesional selepas bersara dari bola sepak.

BRETT PITMAN (Bournemouth)

League 1: ke-2

Pasukan ini adalah pasukan yang sangat berbeza pada 10 tahun lepas.

Walaupun mereka mempunyai Eddie Howe, kelab ini mempunyai masalah kewangan yang besar pada musim sebelumnya.

Bournemouth tidak mempunyai masa depan dan mungkin boleh terpadam. The cheery bangkit dengan meraih promosi ke Championship dengan Pitman membantu melalui 26 gol liga sepanjang proses itu.

RICKIE LAMBERT (Southampton)

League 1: ke-7

Sepanjang perjalanan Southampton di League 1, kelab ini mencipta revolusi.

Dalam tempoh 5 musim, Southampton yang berada di tangga ke-7 League 1 berada di kedudukan yang sama di Premier League.

Majoriti tempoh itu kelab dipacu oleh Adam Lallana dan Morgan Schneiderlin.

Lambert menjadi bintang tertinggi dalam senarai pasukan. Dia dibeli oleh kelab dengan harga 1 juta dari Bristol Rovers pada 2009.

Lambert menjaringkan 35 gol dalam semua pertandingan di musim pertamanya bersama the Saints.

Penyerang ini juga muncul sebagai penjaring terbanyak kelab mengatasi rekod Matt Le Tissier dengan 115 gol sebelum berpindah ke Liverpool.

ANDREW CROFT (Brighton Have Albion)

League 1: ke-13

Kempen 2009/10 bukanlah musim yang banyak boleh diperkatakan untuk pasukan ini. Hanya menamatkan liga di tangga ke-13 di League 1.

Hanya Crofts dikenali, pemain tengah ini menjaringkan 7 gol sebelum berpindah ke Norwich City.