Antonio Conte kedengaran seperti sudah berputus asa dengan Spurs. Ini selepas kelab itu tewas kepada Burnley 1-0 hanya beberapa hari selepas mereka menang 3-2 ke atas Manchester City di Etihad.
Conte yang baru sahaja dilantik menggantikan Nuno Espirito beberapa bulan lalu, sudah menunjukkan bahawa, dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya.
Paling mengejutkan Conte desak kelab untuk membuat penilaian prestasi segera ke atas dia dan pasukan dikendalikannya. Jarang orang minta bos buat penilaian prestasi ketika sedang dalam prestasi teruk. Cuma Conte!
Ini kerana menurutnya, kelab harus melakukan sesuatu termasuk memecatnya sekalipun, jika prestasinya tidak memuaskan.
Selepas tamat perlawanan Conte memberitahu bahawa: “Akan ada penilaian prestasi ke atas kelab dan ke atas sama. Kelab menukar pengurus. Pemain masih sama, namun keputusan tidak berubah.”
“Saya melakukan banyak usaha untuk kelab ini setiap hari. Namun masih tak cukup. Atas alasan inilah, maka saya rasa ini adalah masa terbaik untuk membuat penilaian ke atas kelab. Ini bukan benda normal untuk Tottenham kalah 4 daripada 5 perlawanan. Kita harus bercakap dan mencari penyelesaian terbaik.”
Antonio Conte adds: "I am doing a lot for the club every day. But it is not enough. For this reason I think now is the right moment to make an evaluation for the club… It is not normal for Tottenham to lose 4 out of 5 games. We have to talk and find the best solution." #THFC
— Joe Prince-Wright (@JPW_NBCSports) February 23, 2022
Dalam sidang media selepas perlawanan, Conte berkata: “Saya perlu bercakap dengan kelab. Tottenham harus membuat penilaian tentang kelab dan tentang saya. Kita harus mencari solusi terbaik. Saya tak boleh menerima kalau berterusan kalah, saya minta maaf.”
“Mungkin saya tak cukup bagus. Ya saya tak cukup bagus.”
Conte kemudian menyatakan bahawa dia bukan manusia hipokrit hanya kerana gaji diterima di Spurs lumayan. Jika prestasinya tidak bagus, dia sedia untuk dipecat.
“Saya rasa Tottenham memanggil saya untuk memperbaiki situasi di sini. Saya seorang yang terlalu jujur untuk menutup mata dan meneruskan sahaja dengan cara begini dan berkata: Ok saya akan menamatkan musim macam ni, dan ok, gaji saya bagus, tetapi saya bukan manusia jenis macam ni. Saya ada cita cita.”
#thfc Probably the key quote from Conte tonight: "I'm too honest to close my eyes, you understand, and to continue to say, 'Ok I want to finish the season in this way and OK my salary is good'. I'm not this type of person. I have ambition…"
— Dan Kilpatrick (@Dan_KP) February 23, 2022
“Kami sudah melakukan segalanya untuk mengubah keadaan, namun masih tak cukup lagi.”
“4 kekalahan daripada 5 perlawanan adalah tidak cukup bagus. Saya tidak boleh menerimanya.”
Antonio Conte: “Maybe I'm not so good. Tottenham called me to change things – but I'm too honest. We are doing everything to change situation but it's not enough”, @AlasdairGold reports. ⚪️ #THFC
“Four defeats out of five is not good enough. This doesn't happen to me”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 23, 2022
“Saya sekarang terbuka menerima apa sahaja keputusan.”
"Maybe I'm not so good. I want to try and move this situation and to also make assessments with the club" 👀
Antonio Conte questions whether he is the right man for the job at Spurs in a dramatic post-match press conference 😳#THFC pic.twitter.com/ftoBsfNHrU
— Hayters TV (@HaytersTV) February 23, 2022
Jaringan minit ke-71 oleh Ben Mee, menarik semula Spurs ke realiti. Kini skuad The Lillywhite itu sekali lagi mempersiakan baki perlawanan dalam tangan yang mereka ada dalam usaha untuk menempatkan diri mereka di top 4.